Projek Metro

Projek Metro Mencari Peserta Berkredibiliti

Seramai sembilan orang peserta layak menyertai program realiti pencarian bakat baru dalam bidang penyiaran dan kewartawanan, Projek Metro, anjuran tiga platform di bawah naungan Media Prima Berhad iaitu Harian Metro, TV3 dan Hot FM.

Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar berkata, sembilan peserta yang terpilih  akan diuji dengan pelbagai tugasan termasuk terlibat dalam program khidmat masyarakat, berdepan dengan konflik dunia hiburan menerusi program Melodi serta menguji daya tahan sebagai Pegawai Perhubungan Awam untuk Karnival Jom Heboh.

“Peserta-peserta ini dipilih kerana mereka merupakan yang terbaik di antara 500 peserta yang datang ujibakat. Oleh itu, mereka seharusnya mempunyai ciri-ciri serba boleh kerana program ini mencari personaliti TV, penyampai radio dan juga kolumnis,” ujar beliau di majlis sidang media Projek Metro pada Khamis.

Walaupun program realiti ini mirip rancangan realiti terbitan TV3, Top Host, namun menurut Datuk Mustapa, Projek Metro lebih menarik kerana penonton dapat lihat bagaimana peserta-peserta ini menyelesaikan tugasan dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Pengacara TV Wanita Popular, Fara Fauzana diberi mandat untuk memimpin dan membimbing peserta. Fara juga dipilih untuk mengacarakan program ini memandangkan dia seorang penyampai radio Hot FM, pengacara TV dan juga seorang kolumnis di sisipan majalah M Harian Metro.

Kebolehan dan pencapaian peserta sepanjang lapan episod pula akan dinilai oleh Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan juga aktres Fasha Sandha selaku juri tetap.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, Projek Metro juga disokong oleh Tonton di mana terdapat episod paparan khas belakang tabir, ‘Skrin Kedua’, yang hanya dapat ditonton secara eksklusif menerusi portal rasmi Projek Metro, www.projekmetro.com.my.

Sembilan peserta yang bakal bertanding bagi merebut wang tunai RM20,000 serta kontrak satu tahun bersama Harian Metro, TV3 dan Hot FM adalah Jeed (25), Basyar (26), Fareez (26), Fiza (25), Taufiq Rahman (19), Faizun Ezliza (25), Iera Fakhira (24), dan Liza (27). 

Projek Metro akan mula bersiaran mulai 3 November hadapan, setiap Ahad jam 10.30 malam di TV3.



Projek Metro?
Program ini mencari personaliti TV, penyampai radio dan juga kolumnis. Pendek kata menjadi seseorang yang serba boleh!

Peserta Projek Metro
Nur Jaziedah Zulkefli (Jidd)
Muhd Basyar Mustapha (Basyar)
Muhammad Fareez Abu Bakar (Fareez)
Nur Hafizah Md Saad (Hafizah)
Muhammad Taufiq Abd Rahman (Taufiq)
Faizun Eliza Ali Azhar (Faizun)
Nurfakhira Che Abdul Muhsin (Ira Fakhira)
Nur Adrina Saidin (Adrina)
Khairu Norliza Khairudin (Liza)

Pengacara Projek Metro
Fara Fauzana

Juri tetap Projek Metro
Roslen Fadzil - Pengarang Hiburan Harian Metro
Fasha Sandha - aktres

peserta Projek Metro, gambar Projek Metro, juri Projek Metro, pengacara Projek Metro

Hebahan Projek Metro

Dapatkan informasi terkini Projek Metro di

 Saksikan Projek Metro
Hari: Ahad
Jam: 10.30 malam
TV3

5 comments

Wah.. mcm syok je rancangan ni.. best.. :)

sekali tengok haritu macam best :)

Macam best jer,macam seronok jer,macam terbaik jer..hehe


EmoticonEmoticon