Mimbar Pencetus Ummah

Pengenalan Mimbar Pencetus Ummah
Astro Oasis yang sememangnya sinonim dengan pelbagai rancangan berbentuk keagamaan seperti 'Imam Muda' kini sekali lagi membawakan anda sebuah program realiti baru berjudul ‘Pencetus Ummah’ bermula 21 November ini.

Pencetus Ummah, peserta Mimbar Pencetus Ummah, gambar Mimbar Pencetus Ummah, fasilitator Mimbar Pencetus Ummah

Bertemakan ‘Duniaku Dahwahku’, program ini  memaparkan sedikit kelainan dimana para peserta menggunakan pelbagai cara kreatif dan platform yang wujud untuk membawakan mesej dakwah. Mereka akan diberi penekanan dari segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam menyampaikan dakwah menerusi metadologi yang berbeza.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Namanzee Harris, program ini telah mendapat sambutan hangat walaupun masih belum memulakan tayangannya. “Biarpun masih belum memulakan siaran, program ini sudah mendapat maklum balas positif di kalangan masyarakat.

“Semua ini seolah-olah memberikan tanda positif bahawa program ini mampu untuk mencetuskan fenomenanya tersendiri. Kami akan memberikan yang terbaik kepada penonton terutamanya dari sudut kandungan dan pengisian program ini.” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta ‘Pencetus Ummah’ baru-baru ini.

Seramai 12 orang peserta yang terpilih iaitu Attan Thowi Yusof, Fakhrul Islam Md Zarin, Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, Mohd Hafidz Mohd Zawawi, Hishammuddin Iberahim, Izzat Fathi Hisham, Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, Mohd Sufian Mohd Isa, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, Salman Maslori, dan Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

Selain itu, barisan Murabbi (fasilitator) yang terdiri daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak serta pengacara bagi program ini, Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah turut diperkenalkan.

Juara ‘Pencetus Ummah’ akan menerima hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta, naib juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan mendapat wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Sumber

Menerusi program realiti baru ni, peserta Mimbar Pencetus Ummah akan menggunakan pelbagai cara kreatif untuk menyampaikan mesej dakwah. Wah, program macam ni memang di tunggu-tunggu oleh penonton. Moga dengan kehadiran program dari Astro Oasis, Mimbar Pencetus Ummah bakal meninggalkan kesan di hati penonton, khasnya golongan muda-mudi, remaja, juga golongan dewasa. Selari dengan cabaran arus pemodenan dunia, strategi kreatif diperlukan dalam menyebarkan dakwah. Excited nak tengok ni. Start malam ni tau, 21 Nov 2013 jam 9 malam saluran 106/135.

Pengacara Mimbar Pencetus Ummah
Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Peserta Mimbar Pencetus Ummah
1) Attan Thowi Yusof    2) Fakhrul Islam Md Zarin    3) Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi
4) Muhammad Hafiz Mohd Haneefa    5) Mohd Hafidz Mohd Zawawi
6) Hishammuddin Iberahim    7) Izzat Fathi Hisham    8) Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md
9) Mohd Sufian Mohd Isa    10) Mohd Zainudin Mohamed Zaini
11) Salman Maslori   12) Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan.

gambar Mimbar Pencetus Ummah, fasilitator Mimbar Pencetus Ummah, astro oasis Mimbar Pencetus Ummah

Fasilitator Mimbar Pencetus Ummah
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Ustaz Zulkefli Hamat
Ustaz Ahmad Termizi Abdul Razak

Hadiah Pemenang Mimbar Pencetus Ummah
Juara Mimbar Pencetus Ummah
Wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta
Naib juara Mimbar Pencetus Ummah
Wang tunai sebanyak RM30,000
Tempat ke-3 & ke-4 Mimbar Pencetus Ummah
Wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang

Saksikan program realiti Astro Oasis, Mimbar Pencetus Ummah
Hari: Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135

Tarikh mula ditayangkan: 21 November 2013

16 comments

Baguslah Astro sentiasa menerbitkan rancangan keagamaan ini.

alhamdulilah. rancangan yang memberi manfaat.

rancangan realiti yg lebih bgus dr AF sy rasa...

rancangan keagamaan dpt mmupuk sifat2, serta tguhkan iman kita.... dripada terkinja2 tgok rncangan tak bfaedah... http://cercitertashaqisha.blogspot.com/

wah best nie dik...
sayang astro cik akak...huhuhu

alaaa.. licha xd astro. huhu. hm.. bgus jgk la byk program cenggini. tak melalaikan

akak perasan juga rancangan ni yumida, tengah meningkat naik ni rating agaknya...tapi akak tak sempat lagi nak tonton dalam waktu2 kritikal ni...ihikss...

Baguslah begitu. Moga program sebegini diperbanyakkan untuk membangun ummmah kita.

bagus la klau astro banyakkan program macam ni..:) setuju sngat..

salam

sama entri hehe
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/11/pencetus-ummah-program-baru-astro-oasis.html

memang bagus buat rancangan keagamaan camni...

biasanya realiti show berunsur keagamaan hadiahnya lebih sikit kalo nak dibandingkan dgn realiti show yg lain kan.. tu yg sedihnya.. huhu

dah start duhal.. tertinggal lah kmk episod 1st tok..

betapa susah tiada piring.kalaua da radio saya tak mahu lepaskanlah
astro..p/s:isi tabung 2 kali

Slm semua...sya nk tya kt mna studio mimbar ni diadakn ...mohon shbt semua mbrthu lokasi..krna sya xmhu tlepas peluang utk mnonton scra live...t.ksh...

@heqoenz82studio saya x tahu. baca di facebook pencetus ummah, yang final nanti diadakan di PKK KUIS - kolej universiti islam selangor.


EmoticonEmoticon