1st Giveaway by jaakechik corner

KLIK BANNER UTK JOIN

3 tempat best di tanah airku bumi Sarawak:

1. Taman Negara Bako

Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Taman ni merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini. Menarik kan? Memang sesuai untuk aktiviti Akak Jaa sekeluarga. Camera jangan lupa k!

2. Kampung Budaya Sarawak


Tempat ni terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup masyarakat Sarawak. Akak Jaa & famili juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Mmg bez! Super awesome! Terpegun bila tengok persembahan diorang nanti.

3. Jong's Crocodile Farm

Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia. Paling bez..Akak Jaa sekeluarga bakal menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Mcm bez...n macam menggerunkan jugak kan? Hihi..

4. Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Klo Akak Jaa nak tahu Kek Lapis Sarawak amat popular sehingga mereka yang datang berkunjung ke Sarawak tidak akan melepaskan peluang untuk membawa pulang kek lapis sarawak sebagai buah tangan. Antara tempat menarik di Bandaraya Kuching yang popular ialah kek lapis Mariam di Satok, Kuching dan juga kek lapis Dayang Salhah di Kampung Boyan, di seberang Sungai Sarawak (bertentangan dengan Hotel Holiday Inn Kuching). Seberang sungai ini dihubungkan dengan jambatan, tetapi pengunjung juga boleh memilih untuk menaiki sampan pada harga tambang dari 30 ke 50 sen sahaja. Pengalaman menggunakan sampan mmg bez!

Tag:
Waniey
Ismi Huda
Faz

3 comments

tengkiu for join dear btw...done follow u... :) jom bw sesama peserta tgk tempat2 menarik!

info menarik. complete! hehe. pastikan org yg di tag tahu ye

hye blogger sarawak! deqla blogger dari KL.. singgah sini... hihihi.. =)

http://norumara.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-jaakechik-corner.html

esok 31/7/12 pemenang ga akan diumumkan. sila alert ya!


EmoticonEmoticon