PAPA I LOVE U

KLIK BANNER UTK JOIN

Bapak saya adalah yang terbaik kerana bapak bertindak sebagai ketua rumah yang amat bertanggungjawab dalam mencari nafkah membesarkan kami sekeluarga, juga mengajar dan membimbing kami dalam soal agama, pendidikan, adat dan menjadikan kami insan yang penuh adab. Bapak juga pendokong dalam kejayaan kami beradik dalam menjejak kaki ke menara gading. Begitu banyak pengorbanan bapak juga kesabarannya dalam menjaga kami sehingga kami dewasa ini. Tabahnya bapak apabila mengisi kekosongan tempat ibu, mendodoikan sang adik yg menangis dalam buaian, tergesa-gesa memasak di dapur, mengajar abang membuat kira-kira, juga bersengkang mata untuk ke tempat kerja demi mendapatkan rezeki yang halal untuk kami sekeluarga. Keranamu bapak, kami merasa terhutang budi dan akan sentiasa membahagiakan hatimu, seperti mana bapak mengembirakan kami ketika zaman kanak-kanak kami. I love u bapak. Bapaklah salah seorang ayah mithali di muka bumi ini. Syukran Ya Allah.

“Tidak ada sesuatu pemberian yang lebih baik daripada seseorang ayah kepada anaknya selain daripada budi pekerti yang baik.”
Hadis riwayat at-Tirmizi

‘SELAMAT HARI BAPAK KHAS UNTUKMU TUAN HAJI HANAFI

TAMAT: 30 JUN 2012



EmoticonEmoticon