Dah Terima Hadiah. Terima Kasih Sponsor Jujur, Baik Hati & Menepati Janji

Alhamdulillah, syukur, rezeki join Giveaway Nurfuzie Baby Store Malaysia pada bulan Mei yang lepas. Tak sangka daku dapat TEMPAT PERTAMA. Hadiahnya….jeng jeng jeng..wang tunai RM100. Terima kasih sponsor a.k.a penaja hadiah, terima kasih penganjur GA.

duit rm100, note rm100, seratus ringgit
Note RM100. Tengok duit je, mata jadi bling-bling

Hadiah tersebut aku dah terima baru-baru ni. Terkejut tengok akaun ada penambahan RM100, bila check kat transaksi rupanya hadiah dari GA THE BABY STORE. Happy..yey…money..money..

Dulu rajin je aku join mana-mana segmen, join giveaway, contest. Sekarang dah pencen dah. Busy. Buka blog pun just update aktiviti harian.

Seronok bila kita dapat hadiah, seperti dijanjikan. Terima kasih sponsor yang menepati janji, yang menunaikan janjinya kepada pemenang. Moga Allah berikan kesejahteraan kepada anda.

Dah menang, tapi tak dapat-dapat hadiah? Haaa, kes yang itu pun ada. Buat sponsor tersebut, berusahalah menunaikan janji anda. Hutang tetap hutang, selagi ianya tak dihalalkan. Bila kita belum menunaikan janji seperti yang kita katakan, kita ‘masih berhutang’ dengan seseorang tersebut. Selagi kita tak bayar, selagi itulah kita berhutang sampai bila-bila.

Hutang..fuh berat topik tu. Untuk peringatan bersama, jangan pandang remeh pada hutang. SEGERA langsaikan hutang bila kita masih berhutang pada orang.

Wokeh dah selit sedikit tazkirah untuk kita renungkan bersama. Moga timbul kesedaran dan keinsafan dalam diri kita. Mood masih lagi happy ni, lepas terima hadiah dari THE BABY STORE. Jom shopping barang pregnant dan barang persediaan untuk kelahiran baby kita di THE BABY STORE. Macam-macam ada dijual..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

wah..tahniah..setakat ni saya belum menang apa-apa contest lagi =P

wow tahniah! Selama ni tak pernah menang lagi apa2 keke

wahhh.. tahniah.. ejulz masih ada hutang hadiah kat pemenang.. Insyaallah pos dlm masa terdekat.. janji tetap janji.. cuma lambat je..

hutang tetap hutang.. tersalah tmpt kot adiah tu pergi tu yg tak sampai dkt tuanya tu lg/.. haha.. tahniah.. bagus dapat yang jujur ni.. xpe masa untuk cooldown dr join segmen2 ni..

jgn disebabkan nila setitik rosak susu sebekas.. pastu takde dah org join segmen kan..