Jambatan Batang Sadong Siap! Dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya-Simunjan dan Sebuyau

Jambatan terpanjang di Borneo: Jambatan Batang Sadong SIAP! Tak perlu guna feri lagi! Horrey!! 15 September 2016 tarikh keramat ianya siap secara rasmi. Berita amat mengembirakan buat orang Sarawak, lepas ni tak perlu bingung fikir pasal feri, fikir pasal hari ni air pasang ke tak, fikir pasal berapa lama nak tunggu feri Sebuyau.

Gambar Jambatan Batang Sadong
Gambar Jambatan Batang Sadong

Serius, menunggu masa giliran masuk ke dalam feri dari Sebuyau menuju ke Muara Tuang amat menyakitkan hati. 4 jam kami tunggu. Bayangkan nak masuk ke dalam feri tu, ada 2 pertembungan satu dari Sebuyau dan satu lagi dari Simunjan. Yang simpang dari Simunjan tu senang nak potong barisan. Serik weh nak tunggu lama-lama. Sampai bergaduh pasal RELA tak jaga kat simpang Simunjan. Kami ni yang tunggu nun jauh berbaris jalan Sebuyau kereta tak gerak-gerak.

Bayangkan kalau time menunggu feri tu, perut memulas nak berak. Lagi la kalau berak cirit. Haa.. Tak mampu menahan. Mujur time kami pergi ke Sebuyau tu Raya ke-3. Rumah sepanjang jalan Sebuyau terbuka. Open house. Sempat la singgah nak tumpang kencing ke, tumpang berak. Bayangkan kami yang tunggu start 4 petang berbaris, jam 8 malam baru dapat masuk feri. Fuh! Panas hati ni wei! Serik ke Sebuyau guna jalan air. Tu berlaku pada tahun 2014.     

Jambatan Batang Sadong pada waktu malam
Jambatan Batang Sadong pada waktu malam

Alhamdulillah mujur dengan adanya Jambatan Batang Sadong ia mempermudahkan urusan nak pergi atau ulang alik dari Kuching ke Muara Tuang-Asajaya-Sadong Jaya-Simunjan dan Sebuyau tanpa perlu lagi menggunakan perkhidmatan feri. Happy ler..memudahkan! Jambatan Batang Sadong ni adalah sepanjang 1.5 kilometer menelan kos pembinaan lebih RM230 juta. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

5 comments

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan penduduk di sana..")

Akhirnya siap..hari tu kesana, masih dalam pembinaan..

kalau dah siap mesti best..banyak manfaatnya untuk penduduk setempat

Saya akan melalui jambatan ini buat pertama kali pada 28/11/2016 ini, in sya Allah.