Jadilah Seperti Lebah Jangan Jadi Seperti Lalat

Jadilah seperti lebah, matanya hanya nampak bunga-bunga yang cantik untuk dihinggapi. Jangan jadi seperti lalat yang matanya hanya mencari sampah.

jadilah seperti lebah jangan jadi seperti lalat, kebaikan dan keburukan, bahaya lalat, kebaikan lebah
Maksud yang sangat mendalam, ‘jadilah seperti lebah’
Sentiasa melihat dan mencari kebaikan dalam orang lain, kita sendiri pun banyak keburukan tetapi Allah telah menutup aib kita.

Lebah ni memang kita tahu kerjanya mencari madu, manakala lalat pula lebih banyak berkerumun di sampah, di tempat-tempat kotor. Paling sakit hati bila lalat berak kat makanan, bahaya woo boleh sakit perut, keracunan makanan. Lalat penyebar bakteria.

Anehnya, lalat pun boleh masuk dalam minuman, minuman berais pulak tu, apa la sangat nak berenang dalam tu, takde keje punya lalat. Dah tengok air tercemar dengan lalat, terus kena buang air tu, tak pasal-pasal membazir kat situ.

Begitu jua dalam kehidupan kita, lakukan sesuatu yang bermakna, yang ada matlamat, memberi kebaikan, faedah pada diri kita dan orang lain. Contohi sikap lebah ni. Banyak berjasa dan mendatangkan kebaikan pada semua.

Jangan jadi seperti lalat, yang mendatangkan keburukan pada orang lain. Dalam melakukan sesuatu, fikirkan baik dan buruknya. Kerana itu kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir, jom ramai-ramai kita jadi seperti lebah dan ingat..jangan jadi seperti lalat.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

Dalam maksud ni, lebah tu berbisa tau kalau menyengat..lalat? hahaha...

Jemput singgah join giveaway saya..http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html

tapi fitrah dan tugas lalat itu mencari yang kotor, hanya untuk mengingatkan manusia yang pengotor