Amirah..jarang
sangat panggil aku ‘mak’. Selalu je aku ajar dia sebut “emak”. Memang tak nak.
Time nangis je baru panggil mak. Di situlah baru watak emak wujud.
‘Abah’
memang dia suka sangat sebut. Sentiasa disebut. Bapaknya balik dari kerja, buka
pintu, dia dah teruja sambil cakap “ bah..bah..abah..”. Selagi bapaknya tak
tengok, selagi tu dia jerit-jerit dari jauh panggil abah.
Amirah masa umur 4 bulan..sekarang dah 1 tahun |
Macam
tu juga kalau kat kedai makan, kat shopping complex, masa jalan-jalan, even
bapaknya tengah kendongkan dia, mulut dia asyik sebut ‘abah’. Pendek kata
memang anak bapak. Sentiasa dibelai manja oleh bapaknya. Bergurau pun camtu
jugak. Sampai nak tidur pun dia akan peluk bapaknya. Memang anak manja bapak.
Amirah
suka gurau sambil baring kat perut. Aku memang tak kasi can la dia baring kat
perut. Kang terpijak kat tempat czer, tak pasal2 datang bekas sakit tu. Tapi
dengan bapaknya, hmm habis bapaknya kena kerja. Bapak dia pun layankan aje.
Maybe pasal tu dia lebih rapat dengan bapaknya berbanding aku yang garang sikit
ni. Haha..
Kalau
jatuh..automatik nama ‘mak’ keluar. Tak ada pulak sebut nama abah. Hmm pandai
budak kecik ni. Dengan matanya yang kuyu, air mata membasahi pipi, minta
dipujuk, diambil, dipegang. Anak korang macam mana? Lebih rapat belah korang,
belah mak atau bapaknya?
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
amboi..bijaknya diaaa..
comel...
comel.. anak buah ejulz pun camya juak.. hehe
Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. MASA: dahulu dan sekarang