Aidilfitri 2016: Cara Terbaru Bagi Duit Raya

Eh ye ke ada erk cara terbaru, tercanggih, termoden nak bagi duit raya kat orang? Ada! Aku pun baru tahu. Maybank2u e-Duit Raya cara paling mudah dan senang kirim angpau raya kat orang yang kita sayangi. Sekali hantar boleh send kat 10 orang penerima duit Raya sekaligus!!! Canggih weh! Jimat masa.


Auumm! Cara terbaru bagi angpau raya melalui rimau famous: Maybank2u e-Duit Raya

Kalau dulu nak bagi duit raya, kena letak dalam sampul. Lepas tu kita kena jumpa orang tu untuk bagi angpau raya. Contoh nak bagi duit raya kat mak ngah yang duduk kat Nilai. Kita pulak duduk kat Shah Alam. Kita pun nak kereta… Tutt tuttt tuttt. Sampai dah kat Nilai. Salam kat mak ngah, baru bagi duit raya. Eh dengan cara termoden, kita boleh hantar awal duit raya. Bagi surprise kat mak ngah. Caranya melalui transaksi e-Duit Raya guna Maybank2u je. Ting! Sampai dah kat akaun bank mak ngah.

Paling syok, paling best.. boleh masukkan terus duit Raya mak ngah dalam bank ASB dia, bank tabung haji. Itulah pentingnya ada Maybank2u, mudah nak buat segala urusan transfer duit. Malah aku sendiri tiap-tiap bulan hanya buat pemindahan wang ke akaun ASB baby Amirah, tak perlu pergi pejabat pos, hanya duduk depan internet lepas tu transfer duit kat ASB dia guna Maybank2u je. Jimat masa. Tak perlu beratur di pejabat pos, tak perlu ambil nombor giliran di Maybank, di CIMB. Memudahkan kerja.

Artikel menarik:

Sempena nak tibanya Aidilfitri 2016 tak lama lagi ni, jom try kirim duit raya guna Maybank2u e-Duit Raya. Bagi kat ayah, mak, isteri ke, kat adik, kat anak buah, kat mak saudara, kat girlfriend.. Eh boleh eh girlpren…banyak duit awak! Bagi duit Raya kat orang terpenting je tau.. Salam Ramadan. Jangan lupa.. #SyukurSelalu

3 comments


EmoticonEmoticon