Kita sering tertanya-tanya, apa hukum
puasa tapi tak solat. Puasa penuh dalam bulan Ramadhan tapi tidak sembahyang 5
waktu. Bagaimana puasa bagi mereka yang tergolong dalam kes ini? Apa hukum
puasa tapi tidak solat. Malah kita juga pernah mendengar, apa guna puasa kalau
tak solat.
Soalan:
Berpuasa
tapi tak solat. Apa pendapat ustaz apabila seseorang yang meninggalkan solat 5
waktu tapi berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan.
Jawapan:
Soalan yang baik.
Kalau kita buat sedekah, Allah terima.
Bayar zakat, Allah terima.
Puasa Ramadhan, Allah terima.
Khatam al-Quran 800 kali, Allah
terima.
Buat masjid 2 buah, Allah terima.
Taat ibubapa, Allah terima.
Taat suami, Allah terima.
Buat haji 20 kali, Allah terima.
Tapi kalau tidak solat, semua pahala
amalan di atas adalah sia-sia. Kerana ibadah solat merupakan penanda aras
kedudukan kita samada ke syurga atau neraka. Solat merupakan ibadah paling
pertama dihisab, jika gagal hisaban bab solat, maka amal-amal lain hangus
begitu sahaja. Maka, janganlah kita menjadi orang yang rugi dengan melalaikan
solat. Kerana manusia dan jin, Allah cipta khusus untuk menyembahNya. - Kuliah
Online Fiqh & Umum
Hukum
tinggalkan solat
Jika seseorang meninggalkan solat
dengan sengaja kerana dia menafikan kewajipan solat tersebut, maka sepakat
ulama dia telah kufur dan murtad kerana mengingkari kewajipan salah satu
daripada rukun Islam.
Orang yang tidak solat kesalahannya
amat berat. Ia di antara sama ada menjadi kafir atau fasiq. Jika diambil hukum
yang paling ringan pun sebenarnya ia sudah terlalu berat iaitu fasiq. Fasiq
adalah seorang yang berterusan dalam melakukan dosa yang besar. Dosa besar
tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat nasuha.
Hukum
berpuasa tapi tidak solat
Perbezaan pandangan dalam menentukan
kedudukan ibadah puasa yang dilakukan oleh orang yang tidak solat:
"Pertama: Puasanya tidak sah dan
tidak diterima. Ini adalah pandangan ulama yang berpegang, orang yang tidak
solat adalah kafir. Jadi puasanya tidak sah dan tidak diterima sehinggalah dia
bertaubat dan kembali menunaikan solat. Kedua: Puasanya sah sekiranya
ditunaikan bertepatan dengan rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan di
dalam hukum fiqh. Sah bermaksud dia tidak perlu mengulangi semula puasa
tersebut.
"Tetapi, perlu diingat, ibadah
yang sah tidak menjamin ia akan diterima ALLAH. Contohnya, seseorang yang
menunaikan solat dengan perasaan riak. Solatnya adalah sah menurut hukum fiqh
jika ditunaikan bertepatan dengan syarat dan rukun yang ditetapkan. Namun,
solat tersebut tidak diterima kerana riak," katanya.
Jadi, persoalan ini perlu difikirkan.
Adakah puasa orang yang tidak solat diterima di sisi ALLAH sedangkan dia
mengabaikan kewajipan ibadah yang lebih utama. Untuk apa kita berpuasa?
Bukankah kita mengharapkan amalan tersebut diberi pahala dan diterima di sisi
ALLAH?
Mari berubah! Untuk golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan
puasa anda. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah
Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan
keimanan anda.
Seandainya puasa yang anda tunaikan
semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk
dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan
solat. Jika anda ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadan bulan
orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan
kembali tunaikan solat.
Solat itu tiang agama. Mari kita
sisipkan dalam diri kita untuk mewajibkan diri kita sendiri melaksanakan solat
5 waktu. Berpuasa juga ya, solat juga ya, wajib dibuat! Moga amalan kita
diterima oleh Allah.
6 comments
info yang berguna di bulan ramadan.(>.<)Sertai Segmen Memori Berkasih Ucing Follow :cool:
Singgah pagi sambil smbil isi tabung raya :D
singgah Sini... baca menbaca,.. ramai yang puasa tak solat...
didikan awal.. dari kecil.. harus belajar Solat dulu pada anak2.. bukan berpuasa dahulu..
Sebab kita tak pernah dengar orang solat tak berpuasa.. tapi memang ramai puasa tapi tak bersolat,
moga kita semua terhindar dari semua ini.. aamin
selamat berpuasa
betul apa yg ustaz ckp.. semoga amalan kita diterima Allah
jemput join GA :)
http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_97.html
EmoticonEmoticon