Sinopsis Drama Cinta Dari Marikh TV2

Sinopsis Drama Cinta Dari Marikh RTM TV2 Selekta Prima| Cinta Dari Marikh mengisahkan percintaan jejaka bumi bernama Aiman (Fattah Amin) dengan gadis dari planet Marikh, Nova (Chacha Maembong).

Sinopsis drama Cinta Dari Marikh TV2, pelakon dan gambar drama Cinta Dari Marikh TV2, biodata pelakon drama Cinta Dari Marikh TV2
Kisah cinta orang bumi dengan makhluk asing dalam drama Cinta Dari Marikh di TV2

Aiman cucu kepada Datuk Harun (A.Galak), seorang datuk yang tegas dengan cucunya. Datuk Harun tidak suka melihat Aiman melibatkan diri dalam dunia seni, dia lebih suka Aiman menyertai kem ketenteraan. Tambahan lagi, Aiman baginya sering menghabiskan duit dengan membelanjakan rakan-rakannya.

Datuk Harun ingin memupuk sikap disiplin dalam diri Aiman. Dia terus mendesak Aiman masuk ke kem tentera. Aiman berusaha curi-curi keluar untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.

Maimunah (Amyza Aznan) ibu kepada Aiman. Melihat ketegasan ayahnya dalam mendidik Aiman, Maimunah sering membela anaknya. Maimunah begitu memahami minat anaknya.

Suatu hari, Aiman bertembung dengan Nova. Aiman jatuh cinta pandang pertama. Nova sememangnya gadis yang cantik yang pastinya membuatkan para jejaka di muka bumi terpesona melihatnya. Cinta Aiman terbalas. Nova juga suka padanya.

Status Nova berasal dari planet Marikh. Nova mempunyai kuasa sakti. Nova diturunkan ke bumi untuk belajar cara bagaimana manusia hidup. Ini kerana penduduk Marikh bakal dipindahkan ke bumi. Planet Marikh kini tidak selamat didiami. Bekalan tenaga dan sumber alam semakin kehabisan.

Sinopsis drama Cinta Dari Marikh TV2, pelakon dan gambar drama Cinta Dari Marikh TV2, biodata pelakon drama Cinta Dari Marikh TV2
Jangan lupa tonton drama Cinta Dari Marikh TV2 tau

Permaisuri Marikh (Zila Bakarin) menitahkan agar beberapa makhluk Marikh ditempatkan di bumi untuk proses pembelajaran hidup. Sekembalinya mereka ke planet kelak, mereka akan mengajar penduduk Marikh yang lain cara hidup di bumi.

Nova salah seorang mahkluk Marikh yang dihantar ke bumi. Namun siapa sangka, dia bakal bertemu jodoh di bumi. Aiman, cinta hatinya. Saksikan segalanya dalam drama Cinta Dari Marikh di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cinta Dari Marikh TV2
Fattah Amin – Aiman
Chacha Maembong – Nova
Syafiq Yusof – Adam
Nur Fatihah Binti Sazali (Tyha) – Farah
Wan Kharina Alisa – Lisa
Kamal Fareidz – Kaizer
Harun Salim Bachik – Tuan Jefri
A.Galak – Datuk Harun
Amyza Aznan – Maimunah
Ruzaidi - Mulgazar
Zila Bakarin – Permaisuri Marikh

Gambar Drama Cinta Dari Marikh TV2 
Sinopsis drama Cinta Dari Marikh TV2, pelakon dan gambar drama Cinta Dari Marikh TV2, biodata pelakon drama Cinta Dari Marikh TV2

Tonton drama Cinta Dari Marikh Selekta Prima
Tarikh Cinta Dari Marikh disiarkan: 30 November 2015
Hari: Isnin
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV2

Biodata pelakon drama Cinta Dari Marikh TV2:
Biodata Fattah Amin – watak Aiman

6 comments

Macam citer dongeng mat saleh plak. Kikikik

Knpa dri awal crita mcm jln crita Korea my girlfriend is a gumiho?

Tula pasal.macam xde idea lain.dh la mgig my favourite kdrama.

Mmg sebijik gumiho pon.. Tak faham..

Mmg sebijik gumiho pon.. Tak faham..


EmoticonEmoticon