Sinopsis Drama Kasih Jasmin TV1

Sinopsis Kasih Jasmin Drama RTM TV1 Slot Bidadari Kasih Jasmin mengisahkan Jasmin (Zarina Zainoordin) baru sahaja tamat sekolah tinggal bersama datuknya, Pak Hamid (Wan Hanfi Su) yang sudah uzur.

Sinopsis Kasih Jasmin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Kasih Jasmin TV1, Kasih Jasmin episod akhir, rahsia dan kelebihan amalkan ayat kursi dalam drama Kasih Jasmin TV1
Drama Kasih Jasmin TV1 lakonan Zarina Zainoordin sebagai Jasmin

Jasmin rajin mengaji Al-Quran dan suka menghafal suruh yang penting untuk amalan seharian. Arwah nenek Jasmin berpesan supaya dia selalu membaca ayat kursi terutama selepas solat semasa memohon doa, agar sebagai pelindung diri dari musibah.

Disebabkan datuk Jasmin sudah uzur dan demi masa depan Jasmin, Ketua Kampung mencadangkan supaya datuk Jasmin di hantar ke Rumah Kebajikan, datuk Jasmin pun setuju dengan cadangan Ketua Kampung itu. Manakala Jasmin pula ditawarkan bekerja di rumah Dato’ Nasir (Rahim Jailani) sebagai pembantu tukang masak di rumah dan di resort miliknya. Isteri majikannya bernama Datin Aini (Lidyawati).

Sewaktu Jasmin sampai di rumah itu, keluarga Dato’ Nasir hadapi masalah dengan anak-anaknya. Anak sulung bernama Zamir (Fizz Fairuz) sedang hadapi masalah dalam proses penceraian dengan isterinya bernama Shera (Nisha Dir). Anak ke-2 Dato’ Nasir iaitu Zahim (Dazrin Kamarudin) pula baru pulang dari belajar dari luar negara dah masih mahu berehat dan bersosial.

Situasi itu membuatkan Dato’ Nasir pening kepala memikirkan anak-anaknya. Manakala anak ke-3 pula masih belajar di sebuah kolej swasta bernama Zarul (Azam Pit), dia pula selalu buat hal disekolah dan mempunyai masalah disiplin di sekolah.

Melihat daripada itu Jasmin cuba amalkan bacaan 3 KUL semasa dia membasuh beras untuk memasak nasi. Amalan itu sering dilakukan oleh arwah nenek Jasmin supaya dalam satu keluarga ada nilai kasih sayang dan bersatu.

Jasmin juga sering mengaji Al-Quran dan amalan baik yang lain. Pada mulanya Datin Aina tidak menyukai dan tidak faham dengan amalan Jasmin tetapi setelah diterang oleh Jasmin barulah Datin Aina berminat untuk mempelajari ilmu agama dari Jasmin. Jasmin berjanji akan membimbing sekadar yang mampu.

Zamir seorang lelaki yang panas baran dan selalu melepaskan tekanan kepada anaknya yang masih kecil. Pada mulanya Zamir juga tidak menyukai Jasmin tetapi selepas Jasmin menyelamatkan Alesha (Zaara Alesha) semasa terjatuh dalam kolam renang, dia mula berlembut hati dengan Jasmin. Zamir juga mula rapat dengan Jasmin.

Pada suatu malam berlaku suatu kejadian dimana Zahim yang pulang dalam keadaan mabuk cuba untuk merogol Jasmin, tetapi Zahim terlihat bayang-bayang orang lain di sebelah Jasmin. Zahim terkejut dan berlari keluar dari bilik Jasmin.

Pada keesokan pagi dalam keadaan kebingungan Zahim cuba mengingati apa yang dia lakukan semalam. Zahim cuba memikirkan bahawa Jasmin ada membela hantu. Itu sebenarnya adalah azimat daripada amalan ayat kursi yang selalu diamalkan oleh Jasmin ia bertindak sebagai pelindung diri sekiranya ada orang ingin melakukan pekara tidak baik terhadap pengamalnya.

Jasmin juga selalu pergi ke resort dan menolong apa-apa kerja disana. Ketua staf di sana adalah Cik Rozana yang agak berumur dan belum berkahwin. Sebenarnya Cik Rozana sudah lama meminati Zamir dan menyimpan perasaan. Cik Rozana dibantu oleh Malik (Syed Nahar) dan Shima (Kuni).

Jasmin dan Malik menjadi rapat dan itu dicemburui oleh Shima kerana dia mencintai Malik dalam diam. Shima telah tersalah faham dan cuba menyihirkan Jasmin, tetapi tidak berjaya.
Sementara itu pula, Zarul anak ketiga Dato’ Nasir menyintai adik kepada Malik yang bernama Marina (Roziana Ali).

Sinopsis Kasih Jasmin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Kasih Jasmin TV1, Kasih Jasmin episod akhir, rahsia dan kelebihan amalkan ayat kursi dalam drama Kasih Jasmin TV1
Jasmin cucu kepada Pak Hamid dalam drama Kasih Jasmin TV1

Datin Aina juga tidak setuju kerana keluarga Malik tidak setaraf dengan keluarga mereka. Tetapi Zarul tidak sependapat dengan papa dan mamanya. Lantaran dari itu, Zarul nekad untuk melarikan diri dengan Marina dan berkahwin di sempadan tanpa restu keluarga.

Sebenarnya di dalam keluarga Dato’ n Nasir ada penghasut iaitu adik kepada Datin Aina bernama Ainon (Kuna) yang merupakan ibu tunggal, dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania (Jia Azizah). Sebenarnya Ainon berniat jahat terhadap keluarga Datin Aina dan cuba untuk mendapatkan harta mereka. Tetapi hati Rania tidak seburuk ibunya namun dia tersepit kerana sayangkan ibunya.

Sementara itu, Zahim pula mula menyukai Jasmin tetapi Ainon cuba untuk menjodoh Rania dengan Zahim. Manakala Zamir pula mengharapkan Jasmin untuk menjadi pengganti Shera (Shakilla Koriri). Manakala Shera pula cuba untuk kembali semula ke pangkuan Zamir setelah dia menyesal dengan kecurangan dia sebelum ini.

Hati Zamir berbelah bahagi. Namun Jasmin menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku dan dia bersedia. Dalam masa yang sama, Zahim terus menanti balasan cinta dari Jasmin manakala Malik yang turut menyimpan perasaan pada Jasmin hanya berserah pada takdir. Saksikan segalanya menerusi drama Kasih Jasmin di kaca tv anda.

Pelakon Drama Kasih Jasmin TV1
Zarina Zainoordin - Jasmin
 Dazrin Kamarudin - Zahim
 Fizz Fairuz - Zamir
 Azam Pit - Zarul
 Wan Hanafi Su – Pak Hamid
 Nissa Dir - Afni
 Syed Nahar – Malik
Roziana Ali – Marina
Jia Azizah - Rania
 Lydiawati – Datin Aini
 Rahim Jailani – Dato Nasir
Kuna – Puan Ainon
Kuni - Shima
Shakilla Khoriri – Shera
Zaara Alesha - Alesha

Gambar Drama Kasih Jasmin TV1 
Sinopsis Kasih Jasmin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Kasih Jasmin TV1, Kasih Jasmin episod akhir, rahsia dan kelebihan amalkan ayat kursi dalam drama Kasih Jasmin TV1
Ketahui kelebihan mengamalkan ayat kursi dalam kehidupan seharian dan tonton menerusi drama Kasih Jasmin TV1

Saksikan drama Kasih Jasmin Slot Bidadari
Tarikh drama Kasih Jasmin mula disiarkan: 14 Disember 2015
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 3.05 petang
Saluran: TV1


EmoticonEmoticon