Kalau Berani Kampung Stail (Astro)

Kalau Berani Kampung Stail (Astro) | Semalam, sempat menyaksikan game show Kalau Berani Kampung Stail kat saluran Astro Warna. Game yang diadakan di kawasan perkampungan, memang cantik la senibina rumah Melayu lama. Rumput menghijau. Eh, tak ada pulak orang kampung datang berkumpul tengok game show tu. Tak nampak pun penonton dalam tv Kalau Berani Kampung Stail.

Game show terbaru tahun 2015 Kalau Berani Kampung Stail (Astro)

Setiap minggu Sherry Al-Hadad dan ketua kumpulan iaitu Mamak Puteh dan Ali Puteh akan dibawa ke kampung yang berlainan bersama artis jemputan untuk menolong ketua kumpulan memenangi perlawanan mingguan dalam game show Kalau Berani Kampung Stail. Riuh-rendah. Seronok tengok.

Sherry Al-Hadad pengacara Kalau Berani Kampung Stail

Game show Kalau Berani Kampung Stail ni dibawah terbitan dan arahan Michael Ang. Artis jemputan untuk minggu 1 adalah Dira dan Achok (Kumpulan Jello), manakala group lagi satu ialah Acong Sweetchild dan Nadia Nisa (Jelly).

Antara game yang dimainkan dalam Kalau Berani Kampung Stail (Astro) adalah:
1. Test drive – cari barang dalam doh tepung dan bawa barang tersebut ke tempat disediakan sambil kaki diikat berpasangan.
2. Aku tarik kau yang sentap – main tarik tali namun lantai dibasahi dengan air sabun, licin.
3. Extreem makeover – bawa baju yang disidai menggunakan hanger dan pass kepada kawan. Halangan. Tudung saji gergasi akan menjadi penghalang.

Setiap kumpulan diketuai oleh Mamak Puteh dan Ali Puteh

Pada penghujung game, pemenang Kalau Berani Kampung Stail akan menerima tengkolok bagi menggantikan songkok hitam. Episod minggu pertama Kalau Berani Kampung Stail dimenangi oleh kumpulan Jello, ahlinya Dira, Achok dan Mamak Puteh. Tahniah!!

Gambar Kalau Berani Kampung Stail (Astro) 

Saksikan game show Kalau Berani Kampung Stail
Jam: 7.30 – 8.30 malam
Hari: Rabu
Saluran: Astro Warna 132


EmoticonEmoticon