Gelap Geli Tak (Astro) Tiru Total Blackout

Gelap Geli Tak (Astro) Tiru Rancangan Total Blackout Channel AXN 701| Korang pernah menonton Gelap Geli Tak game show siaran Astro? Game show terbaru ni di hoskan oleh Faizal Ismail (FBI). Peserta bersaing antara satu sama lain dalam pelbagai cabaran, tapi muslihatnya mereka ditempatkan dalam persekitaran gelap gelita.

Gelap Geli Tak (Astro) tiru rancangan Total Blackout channel AXN 701, Gelap Geli Tak game show siaran Astro, cabaran game show dan hadiah pemenang Gelap Geli Tak, gambar Gelap Geli Tak (Astro)
Aksi peserta meraba dan teka benda dalam game show Gelap Geli Tak (Astro)

Sebelum ni Astro ada juga tiru game show dari channel tv lain, program nyanyian Karok La Kau – Pertandingan Karaoke Artis yang mana program ni tiru rancangan Killer Karaoke channel Fox HD 724. Tak kisah la kan, tiru program channel mana sekali pun, yang penting best di tonton. Penonton enjoy tengok rancangan tv. Baru berbaloi bayar bil Astro bulan-bulan. Kan…

Antara cabaran dalam game show Gelap Geli Tak (Astro) ialah meletakkan tikus putih ke dalam corong kepala, minum jus petai dan sebagainya. Bagi aku, ok la cabaran ni, kurang mencabar. Kalau tengok game show Total Blackout saluran AXN 701 fuh tu geli-geliman tengok! Benda pelik, menggelikan, kengkadang rasa jijik. Dah la meraba-raba dalam gelap, fobia weh!

Gelap Geli Tak (Astro) tiru rancangan Total Blackout channel AXN 701, Gelap Geli Tak game show siaran Astro, cabaran game show dan hadiah pemenang Gelap Geli Tak, gambar Gelap Geli Tak (Astro)
Rancangan Gelap Geli Tak (Astro) berinspirasikan Total Blackout AXN 701

Dalam keadaan gelap gelita, peserta harus meneka benda apakah yang berada di hadapan mereka ataupun di atas kepala mereka. Pemenang game show Gelap Geli Tak (Astro) akan menerima trofi pada hujung rancangan. Sebelum ni, aku pernah tengok Ika Nabilla menang Gelap Geli Tak. Manakala yang program tv orang putih tu, pemenang Total Blackout akan menerima wang tunai $5,000.

Gambar Gelap Geli Tak (Astro) 
Gelap Geli Tak (Astro) tiru rancangan Total Blackout channel AXN 701, Gelap Geli Tak game show siaran Astro, cabaran game show dan hadiah pemenang Gelap Geli Tak, gambar Gelap Geli Tak (Astro)

Saksikan game show Gelap Geli Tak
Hari: Selasa
Jam: 10:30 malam
Saluran: Astro Warna 132

3 comments

agaknya ape jadi kalo mereka letak ular euwwww

Dalam gelap kenapa ade nampak bayangan badan

mereka dirakam guna kamera yg khas untuk dalam gelap tu


EmoticonEmoticon