Suka Berambut Pendek Tapi Aku Bukan Tomboy

Fuh..lega bila dah gunting rambut. Rimas pulak bila rambut dah start panjang. Takde la panjang mana pun, tapi aku tak suka bila rambut mencecah ke bahu. Panas dan rimasku rasa. Aku start suka berambut pendek masa kat sekolah menengah. Tak pernah rambut melepasi bahu.

Sampai la sekarang ni, dah kahwin, dah ada anak sorang. Imej berambut pendek tetap ku kekalkan. Eh nak tahu setakat mana pendeknya rambut aku? Nah..begini la gambarannya. 

kerat rambut, gunting rambut, potong rambut, style rambut pendek, hairstyle, haircut
Pic pinjam dari image google

Tak ada la pendek sangat kan. Rasa ringan je rambut bila rambut sependek tu. Pastinya wanita yang suka berambut pendek sering dikaitkan dengan tomboy. Tapi jauh lagi nak sampai ke tomboy tu. Hahaha..

Anak-anak buah aku sering usik aku, suruh potong rambut macam tomboy. Katanya lambat rambut tu nak panjang, kan aku tak suka berambut panjang. Memandai je korang ni.

Oh ya, yang tukang gunting rambut aku setiap bulan adalah hb aku. Memang teliti orangnya. Tak suka kalau rambut tak lurus digunting. Mesti dia nak betul-betul perfect. Kalau aku minta suruh buat pesen ni pesen tu, pandai dia buat. Iye…Cuma sekarang je aku lebih suka rambut pesen dalam gambar tu. Cepat digunting. Yang penting bila panjang lagi, nanti aku kerat lagi. Hakhak.. Korang pulak, suka simpan rambut panjang ke rambut pendek? 

7 comments

sy pun suka.. tapi skrg dh simpang pnjang bila rasa teringin rmbut pendek asik xjadi nk potong sbb syg pulak dgn rmbut nih... hehehe

wah..suami yg potongkan? sng lah!
saya suka pendek gak..tapi suami tak bagi. :(

shaz suka rambut panjang.. dan mmg agak pnjang smpai ke pinggang , tp laa ni dah ada baby.. rimas pulak panjang rambut , baby asyik taarik je, hrmmm

saya pun suka rambut pendek, senang jaga

Rambut pendek memang selesa, senang nak jaga tapi bila dah tersimpan rambut panjang2 macam sayang pulak nak potong kasi pendek.

Rambut pendek senang diurus tidak kiralah dia lelaki mau pun wanita.


EmoticonEmoticon