Rahsia Doa Mustajab

Antara rahsia kemustajaban doa ialah apabila seseorang itu apabila terjaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan segala kebesaranNYA dengan melafazkan wirid yang diajar oleh Nabi s.a.w dalam hadis yang sahih riwayat al-Bukhari dan selainnya; 

من تَعَارَّ من الليلِ فقال : لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ ، لهُ المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ، ثم قال : اللهمَّ اغفرْ لي ، أو دعا ، استُجِيبَ لهُ ، فإن توضَّأَ وصلَّى قُبِلَتْ صلاتُهُ 

Rahsia Doa Mustajab
Maksudnya: "Sesiapa yang terjaga pada waktu malam, lalu menyebut :
لا إلهَ إلَّا اللهُ وحدَهُ لا شريكَ لهُ.، له المُلْكُ ولهُ الحمدُ ، وهوَ على كلِّ شيٍء قديرٌ ، الحمدُ للهِ ، وسبحانَ اللهِ ، ولا إلهَ إلَّا اللهُ ، واللهُ أكبرُ ، ولا حولَ ولا قوةَ إلا باللهِ ،
Kemudian menyebut: Ya Allah ampunilah daku, ataupun dia berdoa dimustajabkan doanya, ataupun dia berwuduk dan solat, diterima solatnya."

Hadis ini memberitahu kita antara rahsia doa mustajab. Ini kerana seseorang hamba Allah apabila terkejut jaga di malam hari, terus mengingati Allah dengan menyebut perkataan-perkataan yang dinyatakan itu, yang mempunyai makna tauhid, memuja dan memuji Allah serta mensucikanNYA, pasti dia akan dikasihi Allah.

Apa tidaknya, ketika akal masih baru sedar, namun jiwa dan minda terus tertumpu menyebut perkataan-perkataan yang mulia di sisi Allah dengan menghayati maknanya. Maka doanya akan dimustajabkan oleh Allah yang menyukai hamba-hambaNYA yang menyebut perkataan-perkataan itu dengan tujuan memuja dan memuji kebesaranNYA. sumber


EmoticonEmoticon