Program TV
Karok La Kau! berilhamkan rancangan
Killer Karaoke
Menyanyi
lain daripada suasana biasa. Karok La
Kau! menampilkan sisi berbeza. Pasal peserta yang menyertai Karok La Kau! ni terdiri di kalangan
artis terkenal. Iye! Dalam merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000 peserta Karok La Kau! mesti menyahut cabaran
dengan hati yang pasrah! Haha.. Cabarannya pelik-pelik dan amat menggelikan!
Program
Karok La Kau! ni berilhamkan
rancangan tv luar iaitu Killer Karaoke
di saluran Fox HD 724. Yang orang putih nyer, lagi dahsyat cabaran mereka.
Menyanyi dalam balang yang dipenuhi ular, anak buaya. Malah ada jugak part yang
ada perangkap tikus tu, sakit tu tau. Yang kotor dan buat kita geli rasa nak
termuntah-muntah bila peserta menyambut otak lembu yang penuh lendir melalui
kepala. Yaks! Geli tau!
Cabaran berdepan Karok La Kau! sila selami perasaan Tauke Jambu
Yang
dah tengok Karok La Kau! kat tv
mesti dah tahu apa cabaran yang mereka harus tempuhi. Menyanyi dalam keadaan
dibaling bola, berada dalam balang kaca yang dipenuhi katak, labah-labah,
berpusing sambil menyanyi dan sebagainya!
Peserta
yang dapat menyanyi dengan baik dan mengumpul markah tertinggi akan layak ke
pusingan seterusnya. Kemudian, kumpulan ni pula akan berentap ke kumpulan
seterusnya. Peserta Karok La Kau! yang
berjaya raih mata paling banyak, berpeluang mendapat gandaan wang tunai.
Gambar Karok La Kau!
Pengacara / Hos Karok La Kau!
Faizal
Ismail dan Haniff ERA Fm
Peserta Karok La Kau!
Bekas
pelajar Akademi Fantasia, Fear Factor, Kilauan Emas, Gegar Vaganza, Maharaja Lawak
Mega 2014 dan MasterChef Selebriti Malaysia
Hmmm,
memang nampak menarik. Aku dah tengok Karok
La Kau! ni, so far boleh la. Sebab kadang-kadang hos Karok La Kau! kurang berjaya menimbulkan suasana gempak dan kecoh.
Ala-ala krik krik krik gitu. Haha.. Sesekala kalau boring, aku layan gak Karok
La Kau!
Saksikan
program hiburan menyanyi Karok La Kau!
Saluran:
Astro Ria (104), Maya HD (135)
Jam:
9.00 malam
Hari:
Khamis
6 comments
hahhha geliiiiiiiiiii
memang tak berani ler nak join
hehe
mmg taj tgk sbb uska version yg original...tu lg ekstrem...
Salam singgah pagi dik yumida...hanya yang berani dan tak geli boleh join rancangan ni...kalau diana memang tak bolehlah...hihi
nangga katak ya pun dha gelik dah
hahha , kalau sebab nak 10k saya snggup , hehehhe
EmoticonEmoticon