Pernah aku hebahkan di blog berkenaan
tawaran menghasilkan sebuah video melalui kempen blogbuster Nuffnang. Kempen Blogbuster Oral
B Supernova 3. Ramai rakan blogger yang menyahut cabaran
menghasilkan video mengikut kreativiti masing-masing. Alhamdulillah..
Kempen kali ni, aku akui agak sukar
jika dibandingkan dengan kempen blogbuster sebelum ni. Jika baca arahan yang
diberikan, mula-mula agak blur. Baca sampai berbelas kali baru faham. Arahan
dia agak terperinci.
Lagi 1 masalah yang aku hadapi, tak
boleh buka FB application Lisa Surihani & Oral B yang diorang kasi. Nasib
baik aku jumpa video Lisa tu kat Youtube. Masa yang diberikan untuk buat video
tu sekitar seminggu sahaja mengikut terma yang dinyatakan dalam email. Aku pun
apa lagi, kelam kabut nak siapkan.
Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak
siapkan dan submit. Malangnya hari Sabtu lepas dapat lagi email dari mereka
suruh edit video tu. Bukan aku sahaja, malah rakan yang lain pun sama gak dapat
email tu. Tapiiii…bila buka pada akaun Nuffnang ‘button submit’ dah ghaib! Since
tempoh penghantaran dah tamat. Ter-stuck lagi keje kat situ.
Hari ni, dapat lagi email dari mereka.
Rupanya hanya perlu submit video yang dah edit tu di emel sahaja. Settle!
Tapi keje aku belum settle! Malam tadi
aku tidur pukul 2 pagi. Gara-gara layan channel ‘The Return of Superman’.
Ada Sarang, Haru, Junseo, si twin 2 orang tu, adik Junseo, sape lagi erk... Best tengok The Return of Superman! Tak sedar jam dah menunjukkan pukul 2 pagi!
Pagi ni
aku lemah, lesu, kurang tidur. Part yang bestnya, 1 video pun aku belum edit
lagi! Hahaha! Nampak tak kesantaian aku kat situ. Padahal due date hari ni
05/05/2014. Dengan rushing nya aku buat hari ni, edit itu ini, convert format
video. Fuh..berpeluh-peluh wei!
Bila nak submit, paparan tanda awas '!' timbul di permukaan laptop.
Takde line internet! Haih..kejam
sungguh line internet ni kat aku.. Dah la nak submit benda penting.
Aku pun menunggu dan menunggu sambil
menguap-nguap. Akhirnya…
Berjaya! Submit jam 6.06 petang tadi bertarikh
05/05/2014. Alhamdulillah...
Aku tak tahu video aku ni memenuhi
syarat advertiser or tak. Berani mencuba. Ambil risiko. Even capek. Kalau tak
dicuba, kita takkan tahu hasilnya. Buat kengkawan semua yang menyertai kempen
blogbuster Oral B kali ni, Yumida ucapkan all the best. Moga video kita semua
di approve oleh advertiser.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
Yup btl yumida dia srh htr kat email jer.. akak pn dh send tadi.. tunggu la ada rezeki ada la kan.. =D
nice sharing
Gud luck yumi.....teringin nk buat tp x pandai loh uwaaa
Gud luck yumi.....teringin nk buat tp x pandai loh uwaaa
Moga terpilih nanti Yumida..! :)
Saya dapat tapi tak buat huhuhu rugi je kan :(
semoga berjaya.
gudluck sis:)
Good luck yer Yumida :))
ada buat jugak.. hopefully, dapat.. wallahualam.. all the best ya, gud luck ! ^_^
Sama la. Dpt email suruh edit balik. Haishhh
tak buat kita tak tahu kan kak..
moga berjaya..:)
Menarik.. saya kena bnyk belajar lagi Yumida.. :)
good luck..
good luck. nice blog.