Bendera Brunei Darussalam
Tanggal 12
Nov 2012...tarikh keramat menandakan aku telah meninggalkan bumi
Malaysia tercinta. Melepasi sempadan antarabangsa. Menuju ke negara Brunei
Darussalam! Ho yeah!
Even dirasakan ceritanya dah basi kalau di lihat pd tarikh
keberangkatan kte org ke sana...namun aura teruja masih ada! Semangat!!!
Memandangkan linet tenet pd zaman dahulu kala
rosak-terbengkalai-terstuck-whatever... selama 5 bulan.. Hari ini, alhamdulillah
line nya sudah pulih. Syukur. Dapat jgk sharing pic awesome kte org dri sana.
Sehari sebelum tu, kte org check in di hotel Miri, Sarawak. Kepenatan. Long trip
bah. Perjalanan yg jauh. Coz ada di kalangan kte org bertolak dri Kuching.
So...kena rest dulu. Singgah di Pantai Tanjong Lobang. Tempat makan malam. Bez.
Byk menu. Sedap2 semuanya! Order jer...asal ada duit..order lagi..lagii..and lagiii...
Penuh 1 meja. Zaaaaap!!! Sepantas kilat lauk pun habis. Sememangnya terbukti
rangkak. Kikikiki...
[Melepasi Sempadan Sarawak-Brunei]
Segala urusan passport diuruskan terlebih dahulu di 2 tempat. Yg 1st
di Imigresen Sarawak and yg ke-2 pulak di Imigresen Brunei. Segalanya harus lengkap.
Terutama dokumen driver. Dokumen kereta. Oh lupa..kte org ke Brunei menggunakan
kereta. Penumpang seramai 6 orang.
Bayaran RM100.00 utk membuat 1 passport.
Pic Sepanjang Perjalanan
Memasuki sempadan Brunei, kami terlihat signboard ni di tepi jalan. Notis LARANGAN MEROKOK. Arahan: Kementerian Kesihatan Negara Brunei
Darussalam. Nice kannn...sepanjang kami berada di sana memang x nampak org
merokok. Bagus kannn..kempen yg berkesan. Sememangnya asap rokok amat bahaya
kepada org sekeliling.
Haaaa..ni nak share ngn korang ni. Nampak x jarak perjalanan tu.
Destinasi kte org nak menuju ke pusat Bandar Brunei: Bandar Seri Begawan. Sejauh 118km.
Then, kena bayar tol. Kenderaan macam kami dikenakan B$3.00. Kadar
tukaran asing dgn mata wang Brunei, B$1.00 = RM2.50. Huhuhu...memang tinggi kan. Baru
1 dolar tu..klo nak beli barang harga B$10.00 = kena bayar RM25.00. Memang
jimat habis la kte org.
Bandar Seri Begawan – Hari Pertama
Sampai di Bandar, jam menunjukkan pukul 3 p.m lebih. Azan Asar
berkumandang. So kte org singgah di masjid utk solat. Ni la masjid pertama yg
kte org masuk. Masjid
Omar Ali Saifuddien. Rasa kagum pd warga Brunei, tak kira yg tua,
pemuda, wanita dan remaja pun singgah solat di sini. Ada yg berjalan kaki
menuju ke masjid. Terlihat beberapa orang gadis, kiranya masih remaja duduk
menggunakan telekung di luar masjid. Jarang melihat situasi begini di tempat
sendiri. Terasa diri ini begitu kerdil sekali di sisiNya.
Next, kte org jalan2 di shopping complex. Struktur bangunan yg berbeza
dri negara kita. Kelihatan spt pejabat. Inilah Komplek Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Tempat yg bez utk bergambar. Cantik viewnya.
Tempat kte org window shopping. Hua Ho Department Store. See, ada tulisan jawi
kannn. Memang bez ar..lama dah x mengeja jawi ni. Sampai tergagap-gagap.
Hikhik. Masa sekolah rendah dulu2 terer. Bila dh besar, x berapa nak lancar.
Sini jugak la tempat aku membeli T-Shirt cop BRUNEI. Sehelai B$9.90. So aku
beli 2 helai..1 utk my mom & 1 lg utk my dad. Total B$19.80 klo dlm duit
Brunei, tp klo di tukar dlm bentuk mata wang kita..kira2 dlm RM50.00 gitu la.
Luar shopping complex ni, ade gerai2. Makanan paling glamour di Brunei
ni. NASI KATOK.
Harganya Cuma B$1.00 je. Dlmnya ada nasi putih, seketul ayam, tauhu goreng dan
sambal. Sedap! Sejarah Nasi Katok ni, pd masa dahulu...bila tuan rumah terdengar
ketukan tetamu di tengah malam utk meminta makanan, maka nasi katok ni lah yg
akan dibuat kerana dikatakan paling cepat dan senang utk dihidangkan kpd
tetamu. Hmmm...tp memang sedap. Sambalnya..fuh..pedas! Nyaman n lazat.
Bandar Seri Begawan – Hari Kedua
Masuk hari ke-2, kte org pergi meninjau Masjid Sultan Hassanil Bolkiah. Ni
masjid sultan. Sempat solat kat sini jap. Then, bergambar di entrance. Siap ada
escalator lg. Ni la kte org gambar beramai-ramai.
Malamnya pulak kte org pg ke One Billionth Barrel Monumen. Time kte org pg dh
malam. So x nampak sgt pemandangan. Melihat hasil seni lukisan pada dinding
konkrit. Memang byk ar...x tersnap..coz byk... mengenai sumber pendapatan
negara iaitu minyak ‘Shell’, budaya,
sejarah n etc... Pic kat atas tu bukan aku erk.. Ni model Si Cilik
Manis..orgnya peramah..baik ati..pemurah..
Jeng jeng jeng...dapat baca x korang. Haaaa..bacalah ye..hikhik
Masa ni memang berebut2 kte org snap papan board nih...terletak di tepi
jalan berdekatan Masjid Sultan Hassanil Bolkiah.
Kuala Belait, Brunei – Hari
Ketiga
Be4 balik kte org singgah di Bandar Kuala Belait. Beli souvenier. Dari sempadan
Brunei ke Kuala Belait sejauh 12km. Dekat je. Time ni xde ambik gambo sebab bz
shopping..beli ole-ole utk family.
Okay..2 je yg dpt dikongsikan bersama korang. Actually ada byk pic n
destinasi yg berbeza. Tp xpe lah..kang aku citer byk2..meleleh air liur basi
korang. X pasal2 keyboard pc tu melekat kat pipi korang. Hohohoho..
Assalamualaikum...
Morning..afternoon...evening...or goodnight..
Thanks sudi membaca...Membaca
Jambatan Ilmu!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
18 comments
welcoming Brunei siok! hehehe
nice...... lenkali dtg la pulak ke Limbang sarawak ye
welcome back yumida,lame menghilang..hehe
lamanya tak mai sini...patut la tak berupdated..hihi..
hurmm best jugak jln2 brunei kan.. senibinanya pun cantik....^^
best.. blm pernah g brunei.. hhehe
komen kat sini la eah
anda ditag:
http://miszfarahanis.blogspot.com/2013/01/fivers-hijabis-giveaway-ii.html
eiii, bestnya dapat melancong. murah rezeki bolehlah sy pi Brunei :D
seronoknya jalan2.... :)
brunei negara yang cantikkan... :)
bersih..dan unik...
bilalah nur nak sampai sana..
bestnya dah smp Brunei..
negara yg kaya tu :)
tmp shoping tu mmg cantik gilerr lah dah mcm ala2 hotel lah..makanan kat sana byk beza x ngan kat tmp kita?
wahh...bestnyerr dapat pi Brunei!:) lama menghilang, dik...welcome back..:)
wah best nyer dapat melancong kat brunai..Betoi ker soto $ 1.00...
andu teringin pula mau pegi bila tengok entry yumida ni
alahai..lama x nampak awak bersiaran...dulu sampai ke Brunei sbb nak attend kawin sepupu wish dpt dtg utk jalan-jalan lg kat sana sbb nda puas
oleh-oleh untuk kiteowang x der ker???heheheh...n'way nice place for mind terapy...hahahahaha...
Bestnya trip ktk ngan family ke Brunei....
bestnye jenjalan ke brunei.. ehh yumida ke tu??? atau yg mana satu kamu ni dear? hihi
Lamanya Yumida menghilang yek..rupa2nya ke Brunei..bestnya dapat jejak ke sana.. Bagusnya tanpa asap rokok..
Assalammualaikum...kak Yumida,
bestnyer dapat jalan2 brunei...
mselim3
yea selamat bercuti di Brunei (^_^).