Masa
tengok brita hari tu aku dengar pasal hak
milik strata. Tertanya-tanya...strata tu apa? So..aku search sambil membawa
slogan ‘Membaca Jambatan Ilmu’. So, aku nak share ngn korang sekali la... Jom
baca ramai2..
Skim
Strata
Skim
strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau
tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah
ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa,
pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti
berpagar.
Kepentingan
Hak Milik Strata
Hakmilik
strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik,
gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.
Harta
Bersama
Harta
bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung
dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga,
tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan
Petak
Aksesori
Petak
aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya
petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh
digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.
Hak-hak
Pemilik Petak
● membuat urusniaga seperti pindahmilik,
memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya;
● mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan
(AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan;
● hak ke atas harta bersama mengikut unit
syer yang diperuntukkan;
● hak ke atas sokongan, perkhidmatan
seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik,
pungutan sampah dan perkhidmatan lain;
● hak untuk meneliti rekod dan akaun
Perbadanan Pengurusan
Tanggungjawab
Utama Pemilik Petak
● membayar caruman kumpulan wang
pengurusan;
● mematuhi undang-undang kecil yang
sedang berkuatkuasa;
● menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Luar Biasa
● Mematuhi apa-apa arahan yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang
dimilikinya.
Larangan
terhadap pemilik petak
● menggunakan petak untuk maksud yang
menyalahi undang-undang;
● mengunakan bahan api yang mendatangkan
asap atau bau busuk;
● membuang atau menjatuhkan apa-apa
kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;
● memelihara apa-apa binatang dalam
petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.
Kumpulan
Wang Caruman (Management Fund)
Kumpulan
wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran
pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun
khas dan lain-lain.
Perbadanan
Pengurusan
Perbadanan
Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia
wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan
Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun
(perpetual succession).
Kuasa-kuasa
Perbadanan Pengurusan
● menentukan bayaran yang perlu dibuat
oleh setiap pemilik petak kepada tabung pengurusan;
● membeli, menyewa atau memperolehi harta
alih untuk kegunaan bersama;
● mematuhi notis / arahan oleh pihak
berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas harta bersama;
● mengambil tindakan ke atas petakl-petak
sekiranya pemilik berkenaan gagal mematuhi arahan-arahan dalam tempoh tertentu;
Tanggungjawab
Perbadanan Pengurusan
● mengurus dan menyelenggarakan harta
bersama untuk memberi faedah kepada semua pemlik petak;
● menginsuranskan bangunan dari kebakaran
dan lain-lain risiko;
● membayar premium insurans dan lain-lain
kadar yang ditetapkan;
● mempamerkan nama dan alamatnya di pintu
masuk lot serta menyediakan peti surat;
● mematuhi apa-apa notis atau arahan yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung dengan harta bersama
So...dah
abeh baca kannnn..mulut pun melongo ‘ooooooo..rupa-rupanya!’.
Sumber
dirujuk dr SINI
************************************************************
Nak
tahu pasal berita pemilikan strata ni..meh terjah jap:
Hak
milik strata, milikan kosong keluar serentak
KUALA
LUMPUR 26 Sept. - Pengeluaran hak milik strata dan pemilikan kosong yang
sebelum ini dibuat secara berasingan akan diberi secara serentak bagi mengatasi
masalah kegagalan pendaftaran hak milik yang membelenggu pembeli.
Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, bagi
memastikan perkara itu dapat dilaksanakan, sejumlah 46 pindaan ke atas Akta Hak
Milik Strata 1985 akan dilakukan.
Menurutnya,
menerusi pindaan itu bukan sahaja pengeluaran hak milik strata dan pemilikan
kosong dapat dibuat secara serentak tetapi masalah permohonan pendaftaran bagi
bangunan lama yang diduduki sebelum 1996 juga mampu diatasi.
Selain
itu jelas beliau, hukuman lebih berat bagi tujuan pencegahan iaitu denda
RM100,000 dan penjara dua tahun juga akan dikenakan ke atas pemaju yang gagal
serta ingkar menunaikan tanggungjawab mengemukakan permohonan hak milik strata.
"Sehingga
kini, sebanyak 1,148 skim strata melibatkan 105,133 petak masih berdepan
masalah pendaftaran hak milik manakala 200,000 petak lagi belum mengemukakan
permohonan hak milik," katanya ketika menggulung perbahasan pindaan Akta
Hak Milik Strata 1985 pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tambah
beliau, berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dibuat secara bersama antara
agensi-agensi kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), terdapat tiga punca utama yang menyebabkan kegagalan permohonan
strata.
Masalah
pertama, katanya, banyak tanah yang berstatus hak milik sementara dibangunkan
sekali gus bercanggah dengan syarat nyata tanah.
Tambahnya,
masalah kedua adalah bangunan yang terkeluar daripada sempadan lot serta binaan
tidak mengikut pelan.
"Masalah
ketiga ialah tuan tanah atau pemaju gulung tikar, menghadapi masalah kewangan
dan pengurusan, gagal dikesan serta meninggal dunia," katanya.
Mengulas
lanjut, Douglas berkata, sejak dikuatkuasakan pada 1985, pentadbiran tanah di
seluruh negara berjaya mendaftarkan lebih 970,000 hak milik strata mengandungi
lebih 15,000 skim bangunan berbilang tingkat.
Namun,
kata beliau, sejak tempoh itu juga, berlaku banyak perubahan dan ada antaranya
tidak dapat ditangani melalui undang-undang sedia ada sehingga memerlukan
kepada pindaan baru.
Sumber
dari SINI yer..
Okay...done!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
ooo..baru shu taw. hehe. mula2 tgok kt berita malam semalam kot. pelik je nak sebut ^^
strataaa,serupa nama makanan pulak,hehe
owh...
ni baru ai tahu..
sblm ni amik pot sgt :)
Owh.. Baru tau.. Thanks for sharing! ^^, Rajin cari maklumat.. =)
nice info teman, ijin baca" dulu..
lamanya x kesini.. apa khabar??
tq for sharing
deqla baca xde lak mulut melongo.. menyebut ooo...hihi...apapun, tq for sharing...rajin search bertmbh ilmu yg ditimba.. alhamdulillah.. =)
tq sharing
M pun sama baru tau..hi hi