KLIK BANNER UTK JOIN
HADIS RASULULLAH
TEPUNG
TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR
Tidak ada
kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak
baik kerana burung hantu , dan kesialan bulan safar
( Riwayat Bukhari
dan Muslim )
BERDOA UNTUK
ORANG KAFIR
Daripada Abi
Hurairah Ra bahawa Rasullullah SAW bersabda : Jangalah kamu memulakan salam
kepada orang yahudi dan nasrani. Apabila kamu berjumpa dengan salah seorang
dari mereka di jalanan , tolaklah mereka ketepi
( Riwayat Turmuzi
- Hasan Sahih )
PAHALA MENDOAKAN
ORANG LAIN
Daripada Abi Al
Dardak RA bahawasanya Rasullulah SAW bersabda : Sesiapa yang berdoa bagi
saudara islamnya dengan tidak setahu saudaranya tersebut, berkatalah malaikat
yang bertugas itu Amin..dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga.
(Daripada Abi Al
Dardak RA)
DOA DALAM BAHASA
MALAYSIA
Berdoalah kepada
Ku , Nesaya aku akan perkenanankan bagi kamu
( Al Mukminun )
PEGANG TANGAN
PASANGAN KEKASIH SEBELUM NIKAH
Sabda Rasullullah
SAW : Sesungguhnya kepala seseorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi
lebih baik daripada menyentuh tangan perempuan yang tidak halal baginya.
LELAKI MEMAKAI
BARANG PEREMPUAN
Dari Ibnu Abbas
RA katanya : Rasullullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan
orang perempuan yang menyeruai lelaki.
( Riwayat Bukhari
)
JANGAN DUDUK DI
JAMUAN YANG MENGHIDANGKAN ARAK
Sabda Rasullullah
SAW : Barang siapa yang beriman kepada Allah SWT , janganlah duduk pada
perjamuaan yang dihidangkan arak.
LAMBANG ALLAH DI
BAJU TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS
Daripada Anas RA
bahawasanya Rasullullah SAW apabila ia masuk ke tandas dicabut cincinya.Dan
adalah cincin itu diukir 3 baris.Muhammad satu baris , Rasul satu baris dan
Allah satu baris
(Riwayat ibnu Hibban
)
ADAB BERKHATAM AL
- QURAN
Daripada Amr bin
Syuib , Rasullullah SAW Bersabda : Apabila seseorang hamba Allah itu berkhatam
Al - Quran , diselawatkan ke atasnya 6000 malaikat .
WASIAT MENDERMA
MATA
Sabda Rasullullah
SAW : Membedah mayat itu sama seperti membedahnya semasa ia masih hidup .
( Rawayat Abu
Daud dengan sanad mengikut syarat muslim dan ditambah oleh Ibunu Majah )
GADIS MERAMPAS
SUAMI ORANG
Sabda Rasullullah
SAW : Bukanlah dari golongan kami seseorang yang merosakkan hubungan seseorang
perempuan dari suaminya
KAHWIN SETELAH
HAMIL
Sabda Rasullullah
SAW : Barang siapa menasabkan seorang anak kepada bukan ayahnya yang sah ,
sedangkan diketahuinya bukan ayahnya , haramlah ia ke syurga.
ISTERI PAKSA
SUAMI CERAIKAN DIA
Sabda Rasullullah
SAW: mana mana perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang
munasabah , maka haramlah ia mencium bau syurga.
SUAMI MENJATUHKAN
TALAK KEPADA ISTERINYA YANG TIDAK SIUMAN
Sabda Rasullullah
SAW:Diangkat kalam (tidak diambil cacatan amalnya) kepada 3 orang iaitu :
1.Orang tidur
sehingga dia jaga
2.Kanak kanak
sehingga dia baligh
3.Orang gila
sehingga dia berakal semula
Tanda Kebaikan
Daripada
Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa
yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia
menjadi pandai dalam hal keagamaan."
(Muttafaq 'alaih)
WALAUPUN SATU
AYAT
Daripada Abdullah
bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba:
"Sampaikanlah
(kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat . Berceritalah
tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan sesiapa yang
berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat duduknya dari
neraka."
(Riwayat Bukhari)
Jalan Mudah Ke
Syurga
Daripada Abu
Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa
yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah
akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga."
Dunia Yang
Terlaknat
Daripada Abu
Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah
s.a.w. bersabda:
"Dunia ini
adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan
berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta
orang yang menuntut ilmu."
Diriwayatkan oleh
Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan.
Mesti Konsisten
Daripada Abdullah
bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w.
bersabda:
"Hai
Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu. Dulu ia suka sekali
bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu
malam itu."
(Muttafaq 'alaih)
dari Umar bin
Khattab berkata sabda Rasulullah s.a.w:
"seorang
mati disiksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan
keluarganya"
(HR. Bukhari dan
Muslim)
dari Ibnu Mas'ud
berkata: sabda Rasulullah s.a.w:
"bukan dari
golongan ku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan
suara kaum jahiliyah"
(HR Bukhari dan
Muslim)
dari Abu Sa'id
Al-Khudri r.a berkata:
"Rasulullah
s.a.w telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya"
(HR. Abu Dawud)
Kelebihan Memberi
Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Daripada Zaid bin
Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan
(berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang
yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau
sedikitpun”.
(At-Tirmidzi)
Puasa Sunat,
Sembahyang Sunat, Dibulan Yang Dimuliakan
Hadith :
Daripada Abu
Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Puasa yang lebih utama
selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan
Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah
sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)
(Muslim)
Puasa lidah
Hadith :
Daripada Abu
Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu
berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia,
dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh
seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya
aku berpuasa hari ini”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Orang-orang Yang
Berhak Menerima Zakat
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang fakir miskin (yang sangat
menderita) bukanlah orang yang (menadah tangan) meminta- minta ke sana ke mari
kepada orang ramai, yang apabila ia mendapat sesuap atau dua suap makanan, atau
mendapat sebiji atau dua biji buah kurma – ia akan pergi ke tempat lain meminta
lagi. Sebenarnya orang fakir miskin (yang sangat-sangat menderita) itu ialah
orang yang tidak mempunyai sesuatu yang mencukupi sara hidupnya. Dan ia pula
malu hendak meminta bantuan kepada orang ramai, dan orang ramai pula tidak
mengetahui keadaan penderitaannya untuk diberi bantuan.( orang inilah yang
sebenarnya layak diberi zakat)”
(Imam Ahmad)
Puasa Yang Berkat
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak
mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
Riwayat Ibnu
Majah
Bersifat Pemurah
Dibulan Ramadhan
Hadith :
“Daripada Ibnu
Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah
kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda
didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam
lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah
dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Hidupkan Malam
Ramadhan Dengan Qiamullail
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di
bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa
yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala
daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Puasa Penyelamat
Dari Api Neraka
Hadith :
Daripada Abu Said
al-Khudri r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak seorang pun daripada
hamba Allah yang berpuasa sahari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah
jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh
tahun lamanya.”
(al-Bukhari dan
muslim)
Sunat Berbuka
Dengan Kurma
Hadith :
Daripada Salman
bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Nabi s.a.w. bersabda: “Jika seseorang
kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma
tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi
suci”.
(Abu Daud dan
at-Tirmidzi)
Beriman Kepada Malaikat
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah beberapa Malaikat yang berjalan di
merata-rata bumi untuk menyampaikan salam kepadaku dari sesiapa di antara
umatku yang memberi salam kepadaku, sekalipun jauh negeri orang itu dan tempat
tinggalnya.
Abdillah bin
Masud r.a
Selawat
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat,
sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu
terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau
banyak."
Amir bin Rabiah
r.a
Tebusan Orang
Islam
Hadith :
Dari Abu Musa r.a
katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak di hari kiamat, Allah Taala mendorong
setiap Yahudi atau Nasrani ke hadapan setiap orang Islam lalu
firman-Nya:”Inilah tebusanmu dari api neraka.”
(Muslim)
Sebab Dilarang
Melakukan Perbuatan Keji
Hadith :
Dari Abdullah r.a
Rasulullah s.a.w bersabda.”Tidak ada yang lebih suka dipuji selain dari Allah
S.W.T. Kerana itu Dia memuji diri-Nya sendiri. Dan tidak ada yang lebih cemburu
daripada Allah. Kerana itulah dia melarang segala yang keji.”
(Muslim)
Solat Jenazah Di
Dalam Masjid
Hadith :
Dari Abu Salamah
bin Abdur Rahman r.a katanya:”Ketika Saad bin Abi Waqqas wafat, Aisyah
berkata:”Bawalah jenazah itu ke adalam masjid supaya aku dapat mensolatkannya .
Permintaan Aisyah itu diingkari oleh banyak orang. Lalu berkata Aisyah:”Demi
Allah, Rasulullah s.a.w pernah solat jenazah dalam masjid untuk dua orang
putera Baidha’ iaitu Suhail dan saudaranya.”
(Muslim)
Solat Sambil
Duduk
Hadith :
Daripada Abdullah
bin Syaqiq r.a bahawasanya dia bertanya kepada Aisyah r.a, katanya:”Adakah nabi
s.a.w solat sambil duduk?” Jawab Aisyah:”Ada! Iaitu di hari-hari tua baginda.”
(Muslim)
Sedekah Yang
Ditolak
Hadith :
Dari Ibnu ‘Umar
r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat
seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan
(seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
(Muslim)
Dada Rasulullah
S.a.w Dibelah
Hadith :
Dari Anas bin
Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Aku dibawa orang (Jibril a.s) ke
telaga zamzam; di sana dadaku dibelah kemudian dibersihkan dengan air zamzam,
sesudah itu aku dihantarkannya kembali ke tempatku semula.”
(Muslim)
Cara Solat
Rasulullah s.a.w
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a katanya:”Apabila rasulullah s.a.w berdiri untuk rakaat kedua baginda terus
membaca Fatihah tanpa diam terlebih dahulu sebentar.”
(Muslim)
Zakat Dan
Rasulullah s.a.w
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a katanya:”Pada suatu waktu, ketika Hasan bin Ali masih kecil, dia pernah
mengambil kurma dari tompokan kurma sedekah (zakat), lalu diletakkannya ke
mulutnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w,:”Jijik, jijik, buang! Tidak tahukah
kamu bahawa kita (keluarga Muhammad) tidak boleh memakan sedekah (zakat)?”
(Muslim)
Jangan Kedekut @
Tamak!
Hadith :
Asma’ r.a
menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (kepada Asma): “Nafkahkanlah
dan janganlah kamu menyempitkan sedekah yang menyebabkan Allah menyempitkan
(tidak mengeluarkannya) untuk kamu.” Dan janganlah kamu menyembunyikan sesuatu
dalam bungkusan yang kerananya Allah memutuskan berkatnya dan kesuburannya.”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Bahagianya Di
Alam Syurga
Hadith :
Dari Anas bin
Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah
pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari
sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan
pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah
didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada
isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah
sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan
pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”
(Muslim)
Menafikan Asal
Keturunan Suatu Pendustaan
Hadith :
Dari Wasilah bin
Aqsa’ r. a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:’Sesungguhnya termasuk dusta yang
amat besar bahawa seseorang menamakan dirinya bukan keturunan ayahnya atau
mengaku melihat apa yang tidak dilihatnya atau mengatakan sabda Rasulullah
s.a.w padahal beliau tidak bersabda begitu.”
(al-Bukhari)
Cara Memandikan
Jenazah
Hadith :
Ummu Athiyah r.a
mengatakan bahawa ketika para wanita memandikan puteri Rasulullah yang
meninggal, Rasulullah bersabda kepada mereka:”Mulailah dengan bahagian kanan
dan anggota wudhu’nya.”
(al-Bukhari)
Makmum Tidak
Menanggung Dosa Imam
Hadith :
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w bersabda:”Mereka solat
menjadi imam solat bagimu. Maka jika mereka betul, dia dan kamu akan mendapat
pahala. Tetapi jika ia salah, kamu tetap mendapat pahala sedangkan mereka
berdosa.”
(al-Bukhari)
Siksa Kubur Itu
Benar!
Hadith :
Dari Abu Ayyub
r.a katanya:”Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah sebelum Maghrib, maka
terdengar oleh baginda suatu suara. Kata baginda: Itu suara Yahudi sedang
disiksa dalam kuburnya.”
(Muslim)
Fadhilat Puasa
Assyura
Hadith :
Dari Abu Qatadah
al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari
Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun
yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa
hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa
tahun yang lalu".
(Muslim)
Sejarah Puasa
Assyura
Hadith :
Dari Aisyah r.a.
katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari
asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda
juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
(Muslim)
Pemberian Ansar
Kepada Muhajirin
Hadith :
Dari Anas bin
Malik r.a, katanya:”Waktu orang Muhajirin datang ke Madinah, mereka tidak
membawa suatu apapun sedangkan orang Ansar mempunyai tanah, kebun dan
rumah-rumah. Orang Ansar lalu membahagikan tanah itu dengan memberikan hasil
harta itu kepada orang Muhajirin setiap tahun dan mereka (muhajirin)
mencukupkan kerja dan belanja. Ibunya (ibu Anas dikenali dengan nama Ummu
Sulaim) adalah ibu Abdullah bin Abu Thalhah. Ibu Anas memberikan pohon kurma
kepada Rasulullah saw. lalu baginda berikannya kepada Ummu Aiman, maula baginda
(hamba perempuan yang telah dimerdekakan dan diambil sebagai isteri) iaitu ibu
Usamah bin Zaid. Ibnu Syihab berkata:”Anas bin Malik menceritakan kepada saya
bahawa nabi saw. setelah selesai memerangi penduduk Khaibar, baginda kembali ke
Madinah. Waktu itu orang Muhajirin mengembalikan pemberian orang Ansar yang
buahnya dahulu telah mereka ambil. Nabi saw. mengembalikan kepada ibu Anas
pohon kurmanya dan Rasulullah saw. memberikan gantinya kepada Ummu Aiman dari
kebun beliau sendiri.”
(Bukhari)
Orang Yang Mati
Syahid
Hadith :
Daripada Abi
Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara
sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang
dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana
membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid,
dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya
adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya
daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.
(Abu Daud dan
at-Tirmidzi)
Berkongsi pahala
Hadith :
Dari ‘Aisyah r.a
katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila seorang isteri menyedekahkan makanan
dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa mengurangi keperluan rumahtangganya,
maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si
suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang
bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun.”
(Muslim)
Kemuliaan Mati
Syahid
Hadith :
Dari Anas bin
Malik r.a, dari nabi SAW sabdanya:”Tidak ada seorangpun yang telah masuk syurga
ingin kembali semula ke dunia walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya
kecuali orang-orang yang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali
ke dunia lalu dia tewas (syahid) di dunia hingga sepuluh kali, kerana dia telah
menyaksikan bagaimana mulianya orang yang mati syahid.”
(Muslim)
Bohong sunat
Hadith :
Dari Ummu Kalsum
binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:”Bukanlah
termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau
dikatakannya yang baik.”
(Bukhari)
Berbuat Baik Itu
Sedekah
Hadith :
Dari Abu Syaibah
r.a dari nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”
(Muslim)
Dilarang Puasa
Sunat Apabila Tinggal Separuh Bulan Syaaban
Hadith :
Daripada Abu
Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila tinggal separuh
bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat.”
(at-Tirmidzi)
Memakai Haruman
Hadith :
Dari Aisyah r.a
katanya:”Aku pernah memakaikan haruman ke baju ihram Rasulullah s.a.w tatkala
baginda hendak berihram dan sesudah tahallul sebelum tawaf di Baitullah.”
(Muslim)
Kelebihan
bersedekah
Hadith :
Dari Amru bin Auf
r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu
memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT
pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan
diri (dari pemberiannya).”
(Bukhari)
Elakkan
Berkata”kalau”
Hadith :
Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin
yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap
perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan
daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau
berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang
berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa
yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan
syaitan.”
Riwayat Muslim
Keguguran Dan
Cara Mengurus
Hadith :
Sabda Rasulullah
s.a.w:”Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya
agar memperolehi keampunan dan rahmat.”
Riwayat Abu daud
dan at-Tirmidzi
Kelebihan
Bersedekah Di Bulan Puasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada
bulan Ramadhan.”
Riwayat at-
Tirmidzi
Lestarikan
Kemerdekaan Dengan Perpaduan
Hadith :
Dari Amir bin
Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari
daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk
ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan
baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda
berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia
memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan
supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka
diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam
(seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja
Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga.
Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka.
Permohonan ini tidak diperkenankan. “
(Bukhari)
Galakan Berpuasa
Sunat
Hadith :
Dari Aisyah r.a
:” Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:”Wahai Aisyah! Adakah di
sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah!
Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku
berpuasa”
(Muslim)
Di Mana Imam
Berdiri Dalam Solat Jenazah?
Hadith :
Samurah Ibnu
Jundub r.a berkata : “Saya bersolat di belakang nabi SAW untuk jenazah seorang
perempuan yang meninggal kerana nifasnya. Maka nabi berdiri bertentangan
pinggang jenazah tersebut.”
(al-Bukhari dan
Muslim )
Adab Dan
Tatatertib Melawat Orang Sakit
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati,
hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat
mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."
Ummi Salamah r.a
Air Mazi Tidak
Mewajibkan Mandi Hadas Besar
Hadith :
Daripada Ali bin
Abi Talib r.a berkata : “Aku adalah seorang yang selalu keluar air mazi, lalu
aku menyuruh al-Miqdad ibn al-Aswad bertanya kepada nabi SAW, lalu ia pun
bertanya, maka baginda menerangkan : “Padanya, air sembahyang.”
(al-Bukhari 4 :
34. Muslim 3 : 4)
Setiap Penyakit
Ada Penawarnya
Hadith :
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat
dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan
berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)
Jalan Yang
Menyampaikan Kepada Ma'rifat
Hadith :
Dari Nabi s.a.w,
sabdanya: "Fikirkanlah mengenai segala apa jua (yang diciptakan Allah),
tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah….."
Ibn Abbas r.a
Kerasulan Nabi
Muhammad S.a.w
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda: " Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Tidak ada
seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar
akan perihalku ( menjadi utusan Allah ) kemudian ia mati sedang ia tidak
beriman dengan ( agama Islam ) yang aku diutuskan membawanya melainkan
menjadilah ia dari ahli neraka."
Abu Hurairah r.a
Beriman Kepada
Malaikat
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung
dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan
keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh
ke dalam rahim, Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan
disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan
disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan
disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan
jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia
seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau
perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah
Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah
diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."
Anas r.a
Beriman Kepada
Malaikat
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Sesiapa yang menyeksa haiwan dengan mengerat, mengoyak,
mencabut atau mengelar mana-mana anggotanya, maka ditimpakan atasnya laknat
Allah dan Malaikat serta manusia semuanya."
Ibn Umar r.a
Perihal Syaitan
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda dalam khutbahnya: "Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku telah
memerintahkan supaya aku mengajar kamu akan apa yang tidak kamu mengetahuinya
dari perkara-perkara yang diajarkannya kepadaku pada hari ini, iaitu (Tuhanku
berfirman): "Segala harta benda yang Aku berikan seseorang mendapatnya
dengan mana-mana jalan yang Aku benarkan: Adalah Halal; dan sesungguhnya Aku
telah jadikan hamba-Ku semuanya suci bersih (dari fahaman dan amalan syirik)
serta betul benar menurut keadaan semula jadinya; dan sesungguhnya mereka
didatangi dan diperdayakan oleh syaitan-syaitan sehingga sebahagian besar di
antara mereka menyeleweng dan terpesong dari ajaran agamanya yang
sebenar…."
'Iyadh bin Himar
Al-Mujasyi'I r.a
Keadaan Seseorang
Ketika Sampai Ajal
Hadith :
Dari Aisyah r.a
katanya: "Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya
sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu
lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: "Ya Tuhanku! Berilah aku
pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang
sedang aku hadapi)".
Aisyah r.a
Keadaan Seseorang
Ketika Dalam Kubur
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat
hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama
"Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir",
(lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam
jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan
mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu
Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?"
Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan
berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa
yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada
satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata:
"Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka
bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah
Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan
dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan
menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan
RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah
hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia
mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat
oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru
dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya
satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah
baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya );
kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan
cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya:
"Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada
keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu
berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan
dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia
dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang
munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar
orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu
benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami
tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud:
"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang
itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan
pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke
Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya
sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi
supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang
rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah
bangkitkan dia dari kuburnya."
Abu Hurairah r.a
Allah Mengampuni
Dosa Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:“Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada
Allah, maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”
Riwayat Bukhari
dan Muslim
Keadaan Seseorang
Ketika Sampai Ajal
Hadith :
Dari Anas r.a
katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang
sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya:
"Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada
(rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab
dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda:
Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada
saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan
menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."
Anas r.a
Ciri-ciri Orang
Munafik
Hadith :
Sabda Rasulullah
s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat
perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah
satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu
ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila
berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah ) “.
Riwayat Ahmad
Menghormati Orang
Yang Sedang Sakit
Hadith :
Dari Ibn Abbas
r.a katanya: "Diantara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w
ialah: Memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising semasa melawat orang
sakit." Ibn Abbas berkata lagi: "Rasulullah s.a.w bersabda ketika
sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (semasa mereka
melawat Baginda yang sedang gering): "Bangunlah kamu semua tinggalkan
daku!".
Ibn Abbas r.a
Memuliakan
Rasulullah Dan Keluarga Baginda
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilihku dan memilih untukku beberapa
sahabat dan mertua serta menantu-menantu; dan (ingatlah) akan datang suatu puak
yang mencaci dan membenci mereka, maka janganlah kamu bersekedudukan dengan
mereka, dan janganlah kamu semakan seminum dengan mereka,dan jangan juga kamu
bersemenda dengan mereka."
Anas r.a
Masa Hari Kiamat
Dan Huru-haranya
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Manusia berpeluh pada hari kiamat dengan banyaknya sehingga air
peluh mereka meresap ke dalam bumi berpuluh-puluh hasta, dan menenggelami
mereka sehingga sampai ke telinga masing-masing".
Abi Hurairah r.a
Perhimpunan Di
Padang Mahsyar Sehingga Masing-masing Menerima Balasan
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas
satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang
baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau
bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan
bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang".
Sahl bin Sa'id
As-Sa'idiy r.a
Keadaan Seseorang
Ketika Sampai Ajal
Hadith :
Dari Aisyah r.a
katanya: "Aku tidak memandang elok atau merasa iri hati kepada sesiapa pun
dengan sebab mudah dan ringannya Sakratul maut yang dialaminya, sesudah aku
melihat kesukaran Rasulullah s.a.w menghadapi Sakratul maut."
Aisyah r.a
Hampirnya
Saat-saat Kiamat
Hadith :
Nabi s.a.w
sabdanya: "Tidak berlaku saat kiamat melainkan semasa tidak ada di dunia
ini selain daripada orang-orang jahat (yang tidak mengenal baik dan
buruk)."
Ibn Mas'ud r.a
Tanda-tanda
Kiamat
Hadith :
Nabi s.a.w
sabdanya: "Tidak akan berlaku saat kiamat sehingga orang yang tidak tentu
saka bakanya, yang buruk akhlaknya, dan yang bodoh bebal, menjadi
sebahagia-bahagia manusia dengan kesenangan dunia."
Huzaifah r.a
Adab Dan
Tatatertib Melawat Orang Sakit
Hadith :
Dari Ummi Salamah
katanya: Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu
Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda bersabda:
"Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh
pandangan mata (si mati itu)"; (mendengar yang demikian) sebahagian dari
keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan
mereka), lalu Baginda s.a.w bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut
perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah
perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa
yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda s.a.w berdoa dengan
sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah
darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah
sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan,
dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah
kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya."
Ummi Salamah
Adab Dan
Tatatertib Melawat Orang Sakit
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah
segera meninggalkan sakit itu."
Jabir r.a
Separuh Pahala
Hadith :
Abu Hurairah r.a
berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : “ Apabila seorang wanita menafkahkan
sebahagian dari hasil usaha suaminya tanpa izin suaminya maka bagi suaminya
separuh pahala.”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Keadaan Seseorang
Ketika Dalam Kubur
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya kubur ialah tempat perhentian yang pertama dari
tempat-tempat perhentian alam akhirat, oleh itu jika seseorang terselamat dari
huru hara azabnya, maka huru hara di tempat-tempat yang lain lebih ringan lagi
kepadanya; dan jika ia tidak terselamat dari yang tersebut, maka huru hara di
tempat-tempat yang lain lebih berat lagi.
'Uthman bin
'Affan r.a
Bawang Putih Dan
Bau Mulut
Hadith :
Abu Ayyub r.a
meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan
makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku.
Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun
dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada
beliau: “Apakah ia haram? Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak
menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai
apa yang anda tidak menyukainya.”
(HR Muslim)
Pahalanya Tetap
Ada
Hadith :
Abu Hurairah r.a
menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “ Seorang lelaki
berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa
sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada paginya, orang
ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telah diberi sedekah
kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah
segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi. Maka
dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina. Pada
pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata :
“Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai
Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan
memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan
di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan hal
tersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang
itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian
terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah
seseorang kepadanya dalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada
si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala
kepada wanita penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina
dan orang kaya mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan
sebahagian harta yang telah Allah berikan kepadanya.”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Himpunan Hadis -
Hadis Rasullullah 12
Hijrah Satu
Perjuangan
Hadith :
Dari Abdullah bin
Mas’ud, katanya:”Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiap-tiap Nabi yang diutus
sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari
umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti
perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi
yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak
menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan,
mu’minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu’min pula, dan menentangnya
dengan hatinya mu’min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak
menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya.”
(Muslim)
Mentera
Dibolehkan Asalkan Tidak Bercampur Syirik
Hadith :
Dari ‘Auf bin
Malik al-Asyja’i r.a katanya:”Kami biasa melakukan mantera pada masa jahiliyah.
Lalu kami bertanya kepada Rasulullah s.a.w:”Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat
anda tentang mentera ?” Jawab baginda:”Peragakanlah (bacalah) menteramu itu di
hadapanku. Mentera tidak ada salahnya selama tidak mengandungi syirik.”
(Muslim)
Kesabaran Allah
S.w.t
Hadith :
Dari Abdullah bin
Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak ada yang lebih sabar
mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya
berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun
begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan
apa yang mereka pinta.”
(Muslim)
Larangan
Menyombong Diri
Hadith :
Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk
syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar
zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan
kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan
Allah suka kepada keindahan”.
Riwayat Muslim
Bersedekah
Sebagai Tanda Bersyukur Dengan Rezeki Kurniaan Allah
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang
menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik
sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya,
sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T,
sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan
kepadanya.”
Riwayat Bukhari
dan Muslim
Islam
Mementingkan Kasih Sayang
Hadith :
Rasulullah s.a.w.
bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah
mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal
di langit”.
Riwayat
at-Tabrani
Kewajipan Berlaku
Adil Terhadap Anak-anak
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap
anak-anakmu. ”
Riwayat
al-Bukhari dan Muslim
Memberi Salam
Amat Digalakkan Dalam Islam
Hadith :
“Daripada Anas
r.a. bahawasanya ia berjalan di kalangan beberapa orang kanak-kanak lalu ia
memberi salam kepada mereka dan katanya Nabi s.a.w. berbuat demikian.
Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim
Wasilah
Meningkatkan Darjat
Hadith :
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:”Mahukah aku tunjukkan satu pemadam yang
dengannya dapat kamu hapuskan dosa serta mengangkat darjat? Jawab para
sahabat:”Sudah tentu, wahai Rasulullah.” Kata baginda:”Sempurnakanlah wudhuk
sewaktu kepayahan (seperti sejuk, sakit dan sebagainya) banyak berjalan ke
masjid dan menanti waktu masuk sembahyang, perkara inilah yang dinamakan Ribat”
(Muslim)
Fitnah terbesar
Hadith :
Dari Usamah bin
Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang
lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum
lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim,
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Tatatertib Wanita
Di Dalam Masjid
Hadith :
Yahya bin Qaza’ah
menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Said, daripada az-Zuhri,
daripada Hind binti Harith daripada Ummu Salamah katanya :”Apabila rasulullah
s.a.w memberi salam, wanita-wanita bangun ketika selesai salam baginda dan
baginda duduk sekejap pada tempatnya sebelum baginda bangun. Katanya:”Kami
berpendapat wallahu a’laam, itu adalah bertujuan supaya wanita-wanita beredar
lebih dahulu daripada lelaki.”
(Bukhari)
Mengetahui waktu
Sembahyang
Hadith :
"Daripada
Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, "waktu zuhur
bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang
dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir
sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu
sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit
sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah
malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit
matahari".
Muslim
Keabadian islam
Hadith :
“Daripada Ibnu
Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima
perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu,
mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa
pada bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Berusaha Mencari
Rezeki
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan
yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan
berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang
terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa
dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu
malam.”
Riwayat
At-Tabrani
Berbuat Baik Dan
Bersabar Di Atas Perilaku Manusia
Hadith :
Seorang lelaki
bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat,
yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat
baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar
mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah
bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau
katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas,
sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana
engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim
Berpada-pada
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a daripada Nabi s.a.w bersabda “Seseorang mukmin belum sempurna imannya
hinggalah ia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar
sekalipun benar.”
(Ahmad dan
at-Tabrani)
Islam Agama Yang
Mudah
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:”Jikalau tidak menjadi keberatan ke atas umatku,
nescaya aku menyuruh mereka bersugi ketika setiap kali sembahyang.”
Riwayat
at-Tirmidzi
Hakikat kebijaksanaan
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya
serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh
ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan
cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”
Riwayat
at-Tirmidzi
Solat sunat
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:”: Sesungguhnya tidak ada suatu sembahyang sunat pun yang
begitu dijaga oleh baginda daripada sembahyang dua rakaat sebelum subuh..”
Riwayat Muslim
Wasiat Jangan
Ditangguhkan
Hadith :
Rasulullah saw.
Bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan
hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia
segera menulis wasiat itu”.
Riwayat Hadith
al-Bukhari dan Muslim
Iman Dan Amal
Adalah Dua Perkara Yang Seiring
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:”Iman dan amal adalah dua perkara yang seiring.”
Riwayat al-Hakim
Bersedekah
Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan
Hadith :
Rasulullah saw.
Bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan
dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan
seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah
seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan
diangkatkan darjatnya”.
Riwayat Muslim
Larangan
Bunuh-membunuh Tanpa Hak
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:”Apabila dua orang muslim berbunuh-bunuhan dengan
pedang maka pihak yang membunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka.
Abu Bakrah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang yang membunuh memanglah masuk
neraka tetapi bagaimana orang yang terbunuh pun masuk neraka?” Jawab baginda,
kerana ia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak membunuh lawannya.”
Riwayat Bukhari
dan Muslim
Tanggungjawab
Sosial
Hadith :
Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan
kezaliman lalu dia tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan
azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan
kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya."
Abu Daud dan
at-Tirmidzi
Besar Dan Yang
Lebih Besar Ganjarannya
Hadith :
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan
Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang
engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk
keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan
kepada keluargamu”
(Muslim)
Kategori : IBADAH
Akidah
Tajuk :
Senyuman Suatu
Sedekah
Hadith :
Dari Jabir bin
Abdullah r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Tiap-tiap perkara yang makruf
menjadi sedekah. Antara perkara yang makruf itu ialah hendaklah engkau (semasa)
bertemu dengan saudaramu (sesama anak Adam) biarlah dengan muka yang manis dan
(kalau ada yang meminta air) hendaklah engkau tuangkan timbamu ke dalam bekas
air yang dibawanya.”
(Ahmad)
Malaikat Pencatat
Selawat
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal
kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari
pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik
bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap
diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan:
ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis
puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang
membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah."
Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi
galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang
kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu
kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu
itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari
mereka yang berbahagia itu."
Abu Hurairah r.a
Solat Jumaat
Hadith :
Dari Abu al-Ja`d
ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda: “ sesiapa yang meninggalkan
(solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan
mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya”.
Riwayat Abu Daud
Batasan Dalam
Bergurau Senda
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:”:Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita
dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”
Riwayat Abu Daud
Beradab Ketika
Minum
Hadith :
Rasulullah s.a.w
telah bersabda yang maksudnya:”Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang
ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila
mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai.”
(at-Tirmidzi)
Jihad Perjuangan
Paling Utama
Hadith :
Rasulullah saw.
Bersabda yang bermaksud:
“Ada seorang
lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab
Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan
Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw.
Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada
Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan
meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”.
Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim
Balasan Rahmat
Daripada Allah
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya orang yang lebih hampir kepadaku dari kalangan kamu pada
hari kiamat pada setiap tempat yang aku berada padanya ialah orang yang lebih
banyak selawatnya kepadaku di dunia…"
Anas r.a
Jauhi fitnah
Hadith :
Dari Zainab
ats-Thaqafiy r.a katanya:’Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya’
berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.”
(Muslim)
Doa Yang Tidak
Diperkenankan
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik.
Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah
memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada
para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal)
dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki
yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian
Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana
jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu.
Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
“. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram,
pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka
bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”
(Muslim)
Sujud syukur
Hadith :
Dari Abu Bakar
r.a bahawa “Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang
mengembirakan baginda terus sujud kepada Allah.”
(Ahmad )
Catatan Amal
Hingga hari Akhirat
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Sesungguhnya ada bagi Allah satu Malaikat yang diberikan
kepadanya kuasa mendengar ucapan hamba-hamba Allah semuanya, maka tidak ada
seseorang pun yang mengucapkan sesuatu selawat kepadaku melainkan Malaikat itu
menyampaikannya kepadaku."
Ammaar bin Yasir
r.a
Khusyuk Yang
Terganggu
Hadith :
Diriwayatkan dari
Aisyah katanya:”Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar
(bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu.
Setelah selesai solat, nabi berkata:”Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan
bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi
dari solatku.”
(al-Bukhari)
Kebinasaan
Berlaku Tidak Mengira Sesiapa Masa Dan Tempat
Hadith :
Rasulullah saw.
Bersabda yang bermaksud:
“Bakal ada
tentera yang akan menyerang Ka’abah, tetapi ketika mereka sampai disuatu tempat
lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya , baik yang pertama hingga yang
terakhir.’Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya,
padahal disitu ada orang-orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang
dipasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi di binasakan semua, kemudian dibangkitkan
menurut niat masing-masing”.
Riwayat Bukhari
Muslim
Al-quran Al-karim
Hadith :
Katanya:
Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah!
Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku
bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya
Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh
kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang
terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu,
serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah
al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah),
bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh,
meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah,
dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh
Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang
menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah
kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang
tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya
tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim
ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian
juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau
hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan,
tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa
mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan
berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan,
yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian
juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya,
diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan
hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang
ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah
pertunjuk ke jalan yang lurus."
Ali r.a
Perkahwinan
Rasulullah Saw Dengan Aisyah R.a
Hadith :
Daripada Aisyah
r.a katanya : “ Aku berkata: “ Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika tuan
berhenti di sebuah wadi yang ada pokok yang telah dimakan sebahagiannya dan
tuan dapati pula pokok yang belum dimakan darinya, pokok manakah yang tuan
hendak menternak unta tuan? Rasulullah SAW bersabda : “Pada pokok yang belum
lagi dimakan daunnya. Maksud Aisyah ialah bahawa Rasulullah SAW tidak pernah
mengahwini perawan selainnya.” (al-Bukhari)
al-Bukhari
Hati Yang Selalu
Muda
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Hati seorang tua tetap muda dalam hal
mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.”
(Muslim)
Bangkai Haram
Dimakan
Hadith :
Abu Waqid r.a
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apa-apa yang dipotong
dari binatang ketika ia masih hidup, maka ia adalah bangkai.”
(HR Abu Daud)
Mati Kerana Lemas
Hadith :
Adiy bin Abi
Hatim r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Apabila
haiwan yang engkau panah jatuh di dalam air lalu tenggelam dan mati maka
janganlah engkau memakannya.”
(HR al-Bukhari,
Muslim dan Abu Daud)
Pengertian
Kebajikan Dan Dosa
Hadith :
Dari Nawwas bin
Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW
tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi
pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang
menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu
diketahui oleh orang lain.”
(Muslim)
Istimewanya
Madinah
Hadith :
Rasulullah pernah
berdoa yang maksudnya:“Ya Allah, berikanlah kecintaan kami kepada Madinah
sebagaimana Engkau berikan kecintaan kepada Makkah, atau lebih dari itu dan
bersihkanlah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalnya dan
gantikan wabak penyakitnya dengan juhfah.”
(Bukhari dan
Muslim)
Menjaga Imej
Agama
Hadith :
Sabda Rasulullah
s.a.w:”Sesungguhnya Allah SWT telah menyerahkan agama itu pada diri seseorang,
maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokkan akhlak.
Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? ”
Riwayat
at-Tabrani
Siapa Tahu
Nilaian Allah
Hadith :
Dari Abdurrahman
bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,:”Seorang lelaki memuji orang lain
berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti
kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang
kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah
bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak
menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”
(Muslim)
Sikap Yang Baik
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang
memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala
orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada
pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia
akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia
tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.”
Riwayat Muslim
Manusia Tidak Lepas
Bebas Daripadanya!
Hadith :
Dari Aisyah r.a,
isteri Rasulullah s.a.w, dia menceritakan bahawa pada suatu malam rasulullah
s.a.w pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah:’Kerana itu aku
cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku
dan baginda bertanya:”Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?”
jawabku:”Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki
seperti anda? Tanya baginda:”Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?”
Jawab Aisyah:”Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab baginda :”Ya!”
Aku bertanya:”Aku sendiri juga?” Jawab baginda:”Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku
sehingga aku selamat.”
(Muslim)
Kesaksian
malaikat
Hadith :
Abu Hurairah r.a
mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Solat berjamaah
lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para
malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar.
Kemudian Abu Hurairah berkata:”Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran
sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat.”
(al-Bukhari)
Sunnah rasul
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang
kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka
yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”
(al-Bukhari)
Ringan Disebut,
Berat Ditimbang
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a katanya,:”Nabi s.a.w bersabda:’Dua kalimah yang amat dikasihi Allah Yang
Maha Pemurah, ringan disebut lidah dan berat timbangannya (pahalanya) iaitu;”
Maha Suci Allahdan dengan kemuliaan-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Besar.”
(al-Bukhari)
Keyakinan dalam
Berdoa
Hadith :
Dari Anas r.a
katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu
bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan
mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu,
berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu
doa.”
-
Tipu Daya
Hadith :
Dari Huzaifah
r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Dajal selalu membawa air dan api. Api itu
sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu
waspadalah kamu agar tidak celaka.
(muslim)
Penjahat Kecil
Hadith :
Dari Amir bin
Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w
telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat
kecil’.
(Muslim)
Dana Di Dunia Dan
Akhirat
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia
berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan
sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Riwayat
at-Tirmidzi
Allah Bersifat
Lemah Lembut
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda, bermaksud:
“Sesungguhnya
Allah itu bersifat lemah lembut dan ia menyukai sifat lemah lembut. Dan Allah
memberikan sesuatu dengan cara lemah lembut yang tidak diberikan dengan cara
kekerasan, dan juga tidak diberikan sesuatu melainkan dengan cara lemah
lembut.”
Riwayat Muslim
Mati Dalam
Perbuatan Syirik
Hadith :
Rasulullah saw.
Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan
yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga
menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang
menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan,
atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan
pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat
dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat
pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit
pula penderitaannya”
Riwayat Hadith
At-Tarmizi
Mukmin Yang
Berakhlak Mendapat Darjat Yang Tinggi
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya
seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan
sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.
Riwayat Abu Daud
Doakan Yang
Baik-baik
Hadith :
Dikhabarkan dari
Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat hujan, baginda
berkata:”Semoga hujan yang bermanfaat.”
(al-Bukhari)
Hanya Allah Yang
Maha Mengetahui
Hadith :
Dari Aisyah r.a
katanya:”Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat
Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:’Pemandangan
tidak sampai kepada-Nya”. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa
Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan
mengatakan:”Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah.”
(Muslim)
Alamat Mimpi
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi
seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang
selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45
jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah
khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan
datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan
atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu
senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang
lain.”
(Muslim)
Sempurnakan Hari
Dengan Keberkatan
Hadith :
Nabi s.a.w
bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan
Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan
berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa
mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah
banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada
memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam
(dalam bulan yang tersebut)."
Abu Hurairah r.a
Tidak
disengajakan
Hadith :
Dari Ibnu Abbas
r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku
dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka
atasnya.”
(Ibnu Majah dan
al-Baihaqi)
3 Amalan Yang
Berkat
Hadith :
Dari Ibnu Mas’ud
r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang
lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu
bapa dan berjuang di jalan Allah.”
(Bukhari)
Batas-batas Dalam
Berhias
Hadith :
Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu,
wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita
yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan
Allah.”
Riwayat Ibnu
Mas’ud
Bekas Ahli Neraka
Hadith :
Dari Anas bin
Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka
sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga,
sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’. “
(al-Bukhari)
Mengukur Tahap
Kecintaan Terhadap Rasulullah
Hadith :
Diriwayatkan
daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah
s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu
melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak
sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya
sendiri. Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada
engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata
kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”
Riwayat Muslim
Kedudukan Masjid
Dalam Islam
Hadith :
Dari Uthman , r.a
, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang membina sesebuah masjid
(atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya
sebuah rumah di Syurga.”
Riwayat Bukhari
dan Muslim
Menghukum Dengan
Adil
Hadith :
Dari Ibnu Abbas
r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia
apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang
lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan)
saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”
(al-Baihaqi)
Kemuliaan Syahid
Fisabilillah
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding
dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup
mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun
nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan
seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding
dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah,
tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.”
(Muslim)
Hari Raya: Hari
Untuk Bergembira
Hadith :
Dari Aisyah r.a
katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang
gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam
peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka
berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w
?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar!
Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”
(Muslim)
Sekadar Untuk
Berhibur Di Hari Raya;
Hadith :
Dari Aisyah r.a
katanya:”Ketika hari raya, orang-orang Habsyi datang ke masjid mempertunjukkan
permainan pencak silat. Lalu Rasulullah s.a.w memanggilku dan kuletakkan
kepalaku di bahunya. Aku ikut menonton pertunjukkan itu hingga aku puas
melihatnya.”
(Muslim)
Puasa Tanpa Izin
Hadith :
Dari Abu Hurairah
r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat)
ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia
membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan
sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa perintah
suami, pahalanya seperdua bagi suami.”
(Muslim)
Sembahyang Hari
Raya
Hadith :
Daripada Abi Said
al-Khudri, r.a. katanya: “Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang
pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula
dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya)
kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai
(untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing,
lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa)
serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan
segala larangannya).”
(al-Bukhari)
Amalan Di Malam
Hari Raya
Hadith :
Daripada Abi
Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Sesiapa mengerjakan amal
ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan
keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat)
sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
(Ibnu Majah)
Doa Ketika
Melihat Anak Bulan
Hadith :
“Daripada Talhah
bin Ubaidillah r.a. bahawa nabi SAW, apabila baginda melihat anak bulan baginda
membaca doa yang bermaksud: “Ya Allah keluarkanlah bulan sabit ini dengan
keberkatan dan keimanan, berikanlah keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan
Tuhanmu ialah Allah S.W.T. inilah sabit yang boleh memberi petunjuk serta
kebaikan.
(at-Tirmidzi)
Wanita Dan Hari
Raya
Hadith :
Dari Ummu
Athiyyah ra., ia berkata:” Nabi saw. memerintahkan kami untuk membolehkan
gadis-gadis dan gadis-gadis pingitan keluar rumah dan beliau memerintahkan para
wanita yang sedang haid agar menjauhi tempat salat kaum muslimin.
(Muslim)
Lailatul Qadar
Turun Pada Malam Ganjil
Hadith :
Diriwayatkan dari
Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa
Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w.
bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh
malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang
ganjil.”
(Muslim)
Banyakkan Amalam
Dihari Yang Kesepuluh Terakhir Ramadhan
Hadith :
Daripada Aisyah
r.a. katanya: “Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang
kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya
agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya)
Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.”
(al-Bukhari dan
Muslim)
Disunatkan
Berbuka Sebelum Mengerjakan Solat Maghrib
Hadith :
Dari Anas r.a ia
berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah
disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului
solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).
Puasa Orang Yang
Musafir
Hadith :
Dari Hamzah bin
Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya
Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah
saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah
satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan
itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa
yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.”
(Muslim)
Tidak Mendapat
Pahala Puasa Selain Dari Lapar Dan Dahaga
Hadith :
Daripada Abu
Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak
meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa,
baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga
sahaja yang didapatinya.”
(al-Bukhari)
Bezakan Puasa
Dengan Orang yahudi Dan Nasrani
Hadith :
Daripada Amru bin
al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perbezaan diantara puasa umat
Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan
sahur.”
(Muslim)
Hutang Puasa
Orang Yang Meninggal Dunia
Hadith :
Dari Aisyah r.a,
bahawa Rasulullah saw. bersabda:”Sesiapa yang meninggal dunia dan ia mempunyai
tanggungan puasa, maka walinya harus berpuasa untuk membayar tanggungannya.
(Muslim)
MENGUBAH CIPTAAN
ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan
daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang
kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain
dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil
bersabda:
"Cukurlah
semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).
Kesimpulan Hadis:
1- Larangan dari
mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di
sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah
kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.
2- Harus mencukur
rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat
kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
BUMI AKAN MENJADI
SAKSI
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang
bermaksud:
Pada hari itu
bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah
yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t.
dan RasulNya yang lebih mengetahui.
Baginda s.a.w.
bersabda:
"Sesungguhnya
berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua
perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka
lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada
hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis
riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Dorongan
supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.
2- Kemampuan
Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan
memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
3- Larangan keras
terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain
tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim
di hari kiamat kelak.
KELEBIHAN MEMBERI
MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN
Diriwayatkan
daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa
yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala
sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala
orang yang berpuasa tersebut."
(Hadis riwayat
Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang
Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan
tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah
disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan
menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada
kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti
ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa
untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau
seteguk susu.
AMALAN PEMBERI
SYAFA'AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa dan
al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang
Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara
kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa
pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan
meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang
diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui
cara diharamkan.
2- Kelebihan
bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya
pada hari kiamat kelak.
CINTAKAN DUNIA
Daripada Tsauban
r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba
suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada
hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak
sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut
rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan
mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat
bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w.
kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa
yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini,
menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam
walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk
dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan
bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan
sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama,
mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.
Sebenarnya,
segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin
itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran
dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia”
dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan.
"Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu
mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula
bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk
menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri
dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.
Kitaa berdoa agar
Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada
mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.
DOA MALAM
LAILATUL QADAR
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu
sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku
baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:
"Bacalah
doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha
Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah
diriku)."
(Hadis riwayat Imam
Tirmizi).
Pengajaran Yang
Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Permintaan
yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan
penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan
supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan
tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya
pada malam lailatulqadar.
3- Di antara
tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa
tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan
sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa
memancarkan sinaran.
ORANG MUKMIN YANG
DIUJI ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang
mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t,
sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah
s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."
(Hadis riwayat
Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Sabar
menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2- Cubaan yang
paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang
soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut
SETIAP UMAT ADA
UJIANNYA
Diriwayatkan
daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Sesungguhnya
setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. "
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan
Hadis:
Allah s.w.t
menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah
kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh
yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di
mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari
mengumpulkan harta yang haram.
SOLAT SUNNAT ENAM
RAKAAT
Diriwayatkan dari
Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w
"
Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia
diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12
tahun"
BALASAN SYURGA
PADA YANG SABAR
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam
Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada
balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali
kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak,
adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan
penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar).
" (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Kesimpulan Hadis:
1- Tabah dan
sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman
manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
2- Keagungan
ganjaran tabah menghadapi musibah.
DIHARAMKAN
MEMASUKI SYURGA
Bersabda
Rasulullah s.a.w
"Tiada
seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu
rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga."
AMALAN PALING
UTAMA
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:
"Apakah
amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah
s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad
pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat
bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu
ibadat Haji yang diterima"
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:
"Apakah
amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya.
Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada
kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda:
Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w.,
semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."
Adakah jihad ke
arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat
mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan
ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ?
Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di
akhirat ?
Diriwayatkan
daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara
yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja
yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta
benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala
yang kekal bersamanya ialah amalannya *
Firman Allah
s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah
(dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan
umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik
(bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan
(meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.
PENYESALAN DIHARI
KIAMAT
Sabda Rasulullah
saw yang bermaksud :
"Orang yang
paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di
dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang
mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari
ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."
PENJELASANNYA
Hadis ini
menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia
untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan
dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan
amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang
betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang
merosakkan agamanya.
Disamping itu
ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan
keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan
dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga
menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama
ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai
ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.
Kata pepatah Arab
"Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang
guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar
darinya memungut keuntungan -keuntungan
yang abadi
PENANGGUHAN
HUTANG
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:
"Sesiapa
yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau
membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah
naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali
naunganNya."
(Hadis riwayat
Imam Tirmizi).
Kesimpulan
Hadis:
1- Galakan supaya
bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh
pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau
sebahagiannya sahaja.
2- Kelebihan
orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat
ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat
kelak.
3- Kelebihan
mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka
serta harus berurusan dengan cara hutang.
ADAB MAKAN DAN
MINUM
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila
salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan
tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan
tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan
tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis
riwayat Imam Muslim).
Kesimpulan Hadis:
1- Makruh makan
dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara
adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai
syaitan.
2- Sunat
mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di dalam
persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah.
3- Ancaman dari
melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan syaitan.
TAG:
Nur Faznia
Fatimah
Khalid
TAMAT: 26 JAN 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
semoga berjaya