Minggu 28
Tarikh: 6 Julai 2009 Hari: Isnin | |
Kelas | 1H (Masa: 3.25 – 4.00) |
Subjek | KHB-Reka Bentuk & Teknologi |
Tajuk | 4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan |
Subtajuk | Kerja Kursus |
Aspek | 1.1 Perkembangan perniagaan dan masa depannya |
Soalan | 1. Menyatakan enam cara perniagaan masa kini dengan betul 2. Menyatakan tiga perbandingan perniagaan masa dahulu dengan sekarang dengan betul |
ABM | Buku teks, halaman 300 – 302 |
KBKK | Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks |
Nilai Murni | Gigih melakukan tugasan |
Refleksi | Pelajar berusaha menyiapkan soalan bagi kerja kursus yang di beri. Pelajar menjawab soalan dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. Sebanyak 88% pelajar yang bersungguh-sungguh menyiapkan kerja kursus di dalam kelas dan menghantar tugasan sebelum masa tamat. Namun, sebanyak 12% pelajar yang tidak menghantar tugasan. |
Tingkatan | 3H (Masa: 5.10 – 6.20) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama |
Objektif | 1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar 2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar 3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 115 – 119 |
Penerapan Nilai | Menjaga Kebersihan Alam Sekitar |
Penilaian | Pelajar memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar atau anak dalam menjaga kebersihan sama ada berada di sekolah atau di rumah. |
Refleksi | Pelajar menyatakan pendapat contoh aktiviti yang disertai oleh mereka di kampung iaitu gotong royong membersihkan dewan. Pelajar menjelaskan aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada orang kampung untuk membersihkan kawasan dewan yang besar. Sebanyak 68% pelajar yang mengaku pernah terlibat dalam aktivti gotong-royong, manakala 32% lagi tidak pernah terlibat dalam aktiviti kerja gotong-royong. |
Tarikh: 7 Julai 2009 Hari: Selasa | |
Tingkatan | 3F/3G (Masa: 12.50 – 2.00), 3B (Masa: 3.25 – 4.35) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama |
Objektif | 1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar 2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar 3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 115 – 119 |
Penerapan Nilai | Tanggungjawab Pelajar Memelihara Keindahan Alam Sekitar di Sekolah |
Penilaian | Pelajar memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar atau anak dalam menjaga kebersihan sama ada berada di sekolah atau di rumah. |
Refleksi | Pelajar menyatakan pendapat pentingnya seseorang pelajar menjaga kebersihan alam sekeliling walau di mana mereka berada. Contohnya, pelajar asrama mesti melakukan pembersihan kawasan asrama pada setiap hari. Ini bertujuan supaya keadaan asrama tidak kotor dan ini mengelakkan pelajar daripada terkena penyakit seperti demam denggi, malaria dan banyak lagi. |
Tingkatan | 1C (Masa: 4.35 – 5.45) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (c) Arca |
Bidang | 1.2 Seni Halus |
Objektif | 1. Mengetahui Jenis Arca 2. Proses Membina Model Arca 3. Teknik-teknik menghasilkan Arca |
Aktiviti | Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun |
Penerapan Nilai | Hemah Tinggi |
Penyerapan Ilmu | Sains |
Alat Bantu Mengajar | Sabun dan pisau kecil |
Refleksi | Aktiviti mengukir arca sabun dipantau oleh guru. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar semasa menggunakan pisau kecil di dalam kelas. Semua pelajar menunjukkan kesungguhan dalam mengukir arca. Masing-masing menghasilkan arca yang unik dan cantik. Guru mendapati terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai bakat seni semula jadi, di mana pelajar ini menghasilkan hasil arca dengan penuh kreatif tanpa memerlukan bimbingan daripada guru. Selesai mengukir, semua pelajar membersihkan sisa-sisa sabun yang telah diukir di atas meja masing-masing. Semua pelajar memberi kerjasama positif dalam mendengar arahan guru. |
Tarikh: 8 Julai 2009 Hari: Rabu | |
Tingkatan | 1K (Masa: 2:00 – 3.10), 1D (Masa: 5.10 – 6.20) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (c) Arca |
Bidang | 1.2 Seni Halus |
Objektif | 1. Mengetahui Jenis Arca 2. Proses Membina Model Arca 3. Teknik-teknik menghasilkan Arca |
Aktiviti | Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun |
Penerapan Nilai | Kejujuran |
Penyerapan Ilmu | Sains |
Alat Bantu Mengajar | Sabun dan pisau kecil |
Refleksi | Seperti kelas sebelumnya, aktiviti mengukir arca di dalam kelas dalam pantauan guru. Kerja mengukir berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah contohnya jari terluka terkena pisau. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar amat memberangsangkan, ini memudahkan proses mengukir arca. Semua pelajar menyiapkan tugasan mengukir arca sabun di dalam kelas dan menghantar hasil ukiran sebaik sahaja masa tamat. |
Tarikh: 9 Julai 2009 Hari: Khamis | |
Tingkatan | 1M (Masa: 2:00 – 3.10) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (c) Arca |
Bidang | 1.2 Seni Halus |
Objektif | 1. Mengetahui Jenis Arca 2. Proses Membina Model Arca 3. Teknik-teknik menghasilkan Arca |
Aktiviti | Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun |
Penerapan Nilai | Amanah |
Penyerapan Ilmu | Sains |
Alat Bantu Mengajar | Sabun dan pisau kecil |
Refleksi | Bagi kelas 1M, sebanyak 20% pelajar sahaja yang membawa sabun. Manakala 80% pelajar lagi tidak membawa sabun. Pelajar ini terdiri daripada pelajar yang nakal, dan ini memberi cabaran besar kepada guru mengajar subjek pendidikan seni bagi kelas ini. Pelajar yang tidak membawa sabun ini telah membeli sabun yang dibekalkan oleh guru iaitu 1 buku sabun berharga RM1.00. Memandangkan kelas ini dipenuhi dengan pelajar nakal, guru amat tegas dan sentiasa meninjau aktiviti pelajar mengukir arca sabun dengan menggunakan pisau. Tepat jam 3.10 p.m semua pelajar menghantar hasil ukiran masing-masing. |
Kelas | 1H (Masa: 3.25 – 4.00) |
Subjek | KHB-Reka Bentuk & Teknologi |
Tajuk | 4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan |
Subtajuk | Kerja Kursus |
Aspek | 1.1 Perkembangan perniagaan dan masa depannya |
Soalan | 3. Menyenaraikan enam contoh alat pembayaran masa kini dengan betul 4. Menerangkan tiga perubahan ciri perniagaan pada masa akan dating |
ABM | Buku teks, halaman 299 – 303 |
KBKK | Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks |
Nilai Murni | Bertolak ansur |
Refleksi | Pelajar masih meneruskan kerja kursus dengan menjawab soalan yang seterusnya. Guru menerangkan jawapan yang harus pelajar rujuk dalam buku teks. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan memastikan pelajar menyiapkan kerja kursus pada masa tersebut. Sebanyak 100% pelajar menghantar tugasan pada kali ini. |
Tingkatan | 3H (Masa: 4.35 – 5.10) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara |
Tajuk Khas | Renung Bersama/ Apakah Tindakan Anda? |
Objektif | 1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar 2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar 3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 120 – 121 |
Penerapan Nilai | Penglibatan pelajar dalam aktiviti gotong-royong kerja pembersihan |
Penilaian | Pelajar memahami pentingnya mereka memberi sumbangan tenaga dalam aktiviti bergotong royong sama ada di sekolah, asrama, kampung atau di mana sahaja mereka berada. |
Refleksi | Pelajar memberi pendapat sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam, agar dikenakan hukuman denda yang lebih berat. Denda ini disarankan kepada pihak undang-undang agar mengambil tindakan tegas kepada pesalah yang menyebabkan pencemaran. |
Tarikh: 10 Julai 2009 Hari: Jumaat | |
Tingkatan | 3B (Masa: 2.00 – 2.35), 3F/3G (Masa: 5.10 – 6.20) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama |
Objektif | 1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar 2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar 3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 120 – 121 |
Penerapan Nilai | Tanggungjawab pelajar membersihkan kelas |
Penilaian | Pelajar memahami tanggungjawab diri pelajar dan masyarakat dalam menangani masalah alam sekitar yang semakin tercemar pada masa sekarang. |
Refleksi | Pelajar menyatakan usaha dalam membantu mengurangkan pencemaran alam contohnya membuat iklan di dalam televisyen, radio, internet dan surat khabar berkaitan tanggungjawab masyarakat untuk selamatkan alam daripada tercemar. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat tentang kesan negatif pencemaran alam kepada manusia dan member kesedaran peranan setiap masyarakat menangani isu alam sekitar. |
Tingkatan | 1L (Masa: 2.35 – 3.45) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (c) Arca |
Bidang | 1.2 Seni Halus |
Objektif | 1. Mengetahui Jenis Arca 2. Proses Membina Model Arca 3. Teknik-teknik menghasilkan Arca |
Aktiviti | Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun |
Penerapan Nilai | Kerjasama |
Penyerapan Ilmu | Sains |
Alat Bantu Mengajar | Sabun dan pisau kecil |
Refleksi | Bagi kelas 1L, semua pelajar memberi kerjasama yang baik. Pelajar mengukir arca sabun dengan berhati-hati. Setiap pelajar menghasilkan ukiran yang berbeza dan kreatif mengikut idea masing-masing. Hanya 20% pelajar sahaja yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru. Sebaik sahaja masa tamat, semua pelajar menghantar hasil ukiran arca masing-masing. |
Minggu 29
Tarikh: 13 Julai 2009 Hari: Isnin | |
Kelas | 1H (Masa: 3.25 – 4.00) |
Subjek | KHB-Reka Bentuk & Teknologi |
Tajuk | 4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan |
Subtajuk | Kerja Kursus |
Aspek | 1.2 Milikan Perniagaan |
Soalan | 1. Menyatakan lima jenis milikan perniagaan dengan betul 2. Menyatakan satu contoh nama perniagaan bagi setiap jenis milikan perniagaan dengan betul |
ABM | Buku teks, halaman 305 – 309 |
KBKK | Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks |
Nilai Murni | Taat setia kepada raja dan Negara |
Refleksi | Di bawah tajuk milikan perniagaan, kerja ini amat merumitkan kerana memerlukan jawapan secara lebih terperinci mengikut jenis-jenis perniagaan. Guru menerangkan kehendak soalan dan menyatakan cara menjawab dalam kertas folio. Pelajar membuat jawapan satu per satu bagi memastikan mereka tidak keliru dengan jenis dan ciri-ciri bagi setiap jenis perniagaan. Hasil bimbingan guru, akhirnya pelajar dapat menyempurnakan tugasan dengan baik. Hanya 93% pelajar menghantar tugasan manakala 7% tidak menghantar tugasan yang terdiri daripada budak nakal yang tidak mendengar arahan guru. |
Tingkatan | 3H (Masa: 5.10 – 6.20) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 21: Khazanah Negara Warisan Bersama |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama |
Objektif | 1. Mengenal pasti bentuk khazanah Negara 2. Berbangga dan menyayangi khazanah Negara 3. Menyokong usaha pemeliharaan khazanah Negara |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 122 – 127 |
Penerapan Nilai | Cinta Akan Negara |
Penilaian | Pelajar memahami pentingnya sebagai seorang rakyat Malaysia berbangga dan mengkaji khazanah Negara kita |
Refleksi | Pelajar menyatakan pendapat jika mereka menjumpai artifak lama, mereka akan menyerahkan kepada pihak Muzium Negara. Bagi mereka, tindakan ini adalah tindakan sewajaranya supaya artifak yang baru dijumpai itu akan dijadikan pameran untuk tatapan pengunjung yang datang ke muzium. |
Tarikh: 14 Julai 2009 Hari: Selasa | |
Tingkatan | 3F/3G (Masa: 12.50 – 2.00), 3B (Masa: 3.25 – 4.35) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 21: Khazanah Negara Warisan Bersama |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama |
Objektif | 1. Mengenal pasti bentuk khazanah Negara 2. Berbangga dan menyayangi khazanah Negara 3. Menyokong usaha pemeliharaan khazanah Negara |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 122 – 127 |
Penerapan Nilai | Cinta Akan Negara |
Penilaian | Pelajar memahami pentingnya pemeliharaaan khazanah Negara untuk generasi akan datang |
Refleksi | Pelajar menyatakan pendapat mereka akan sentiasa menyokong apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha memelihara khazanah Negara. Contohnya, jika pihak Jabatan Arkib membuat pameran, mereka akan datang ke pameran tersebut secara beramai-ramai. Mereka bukan sahaja meninjau bahan pameran khazanah, bahkan mereka mencatit nota berkaitan khazanah tersebut. Bagi mereka, ini untuk menambah pengetahuan di samping dapat mengingati tarikh, masa dan tempat khazanah tersebut ditemui. |
Tingkatan | 1C (Masa: 4.35 – 5.45) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (a) Reka Bentuk Grafik – Poster |
Bidang | 1.3 Komunikasi Visual |
Objektif | 1. Fungsi poster 2. Teknik menghasilkan poster 3. Ciri-ciri poster yang baik |
Aktiviti | Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna |
Penerapan Nilai | Bertanggungjawab |
Penyerapan Ilmu | Pendidikan Moral |
Alat Bantu Mengajar | Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna |
Refleksi | Setiap pelajar melukis poster berdasarkan tajuk-tajuk yang telah disenaraikan oleh guru. Pelajar mengapliksi teknik-teknik menghasilkan poster di atas kertas lukisan. Pelajar berusaha menghasilkan poster yang baik yang menepati ciri-ciri seperti mempunyai satu tema sahaja bagi slogan yang terdapat dalam poster. Sebanyak 92% pelajar kreatif dalam menghasilkan poster masing-masing. Manakala yang selebihnya memerlukan bimbing daripada guru. Keseluruhannya, pelajar dapat menyiapkan poster dan menghantar poster sebaik sahaja masa tamat. |
Tarikh: 15 Julai 2009 Hari: Rabu | |
Tingkatan | 1K (Masa: 2:00 – 3.10), 1D (Masa: 5.10 – 6.20) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (a) Reka Bentuk Grafik – Poster |
Bidang | 1.3 Komunikasi Visual |
Objektif | 1. Fungsi poster 2. Teknik menghasilkan poster 3. Ciri-ciri poster yang baik |
Aktiviti | Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna |
Penerapan Nilai | Tekun Dalam Melakukan Apa Sahaja Jenis Kerja |
Penyerapan Ilmu | Pendidikan Moral |
Alat Bantu Mengajar | Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna |
Refleksi | Bagi kelas 1K, guru membawa contoh poster yang telah dihasilkan oleh pelajar 1C. Contoh poster ini digunakan sebagai tontonan pelajar supaya pelajar 1K dapat membayangkan apa yang dimaksudkan dengan poster. Usaha ini berkesan di mana pelajar 1K dapat mempraktikkan teknik menghasilkan poster di atas kertas lukisan masing-masing. Sebanyak 100% pelajar menghantar lukisan pada masa yang ditetapkan. |
Tarikh: 16 Julai 2009 Hari: Khamis | |
Tingkatan | 1M (Masa: 2:00 – 3.10) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (a) Reka Bentuk Grafik – Poster |
Bidang | 1.3 Komunikasi Visual |
Objektif | 1. Fungsi poster 2. Teknik menghasilkan poster 3. Ciri-ciri poster yang baik |
Aktiviti | Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna |
Penerapan Nilai | Dedikasi untuk Cermerlang |
Penyerapan Ilmu | Pendidikan Moral |
Alat Bantu Mengajar | Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna |
Refleksi | Pelajar menyiapkan poster dengan bimbingan daripada guru. Guru membawa contoh terbaik poster yang telah dihasilkan oleh pelajar 1C, 1K dan 1D. Contoh poster ini ditampal di atas papan hitam untuk dilihat oleh pelajar 1M. Usaha ini membuahkan hasil apabila pelajar 1M membuat poster dengan idea kreatif masing-masing dan menggunakan campuran pelbagai teknik mewarna seperti warna air, warna pensel dan magic pen. Tepat jam 3.10 p.m semua pelajar menghantar hasil poster masing-masing. |
Kelas | 1H (Masa: 3.25 – 4.00) |
Subjek | KHB-Reka Bentuk & Teknologi |
Tajuk | 4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan |
Subtajuk | Kerja Kursus |
Aspek | 1.2 Milikan Perniagaan |
Soalan | 3. Menyatakan ciri bagi setiap jenis milikan perniagaan dengan betul |
ABM | Buku teks, halaman 305 – 309 |
KBKK | Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks |
Nilai Murni | Beradab sopan |
Refleksi | Pelajar berusaha menyiapkan tugasan baru yang diberi oleh guru. Memandangkan tugasan ini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan, tugasan ini disambung dan dibawa balik oleh setiap pelajar. Hari Isnin depan guru menetapkan penghantaran bagi tajuk kerja kursus yang ke-3 itu. Guru mengingatkan pelajar kewajipan menghantar tugasan tersebut untuk pemberian markah dalam peperiksaan akhir tahun nanti. Semua pelajar melakukan tugasan di dalam kelas. |
Tingkatan | 3H (Masa: 4.35 – 5.10) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 22: Rukun Negara Asas Kesetiaan |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Mari Menyanyi |
Objektif | 1. Mengenal pasti prinsip dan kepentingan Rukun Negara 2. Menghayati prinsip Rukun Negara 3. Mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 130 – 134 |
Penerapan Nilai | Taat Setia Kepada Raja dan Negara |
Penilaian | Pelajar memahami kepentingan Rukun Negara yang perlu diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Semua pelajar menghafal kelima-lima prinsip Rukun Negara. |
Refleksi | Pelajar menghuraikan nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh setiap orang di samping mengamalkan lima prinsip Rukun Negara. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi yang mulia di kalangan rakyat agar menjadikan rakyat sanggup berkorban dan taat setia kepada raja dan Negara Malaysia. |
Tarikh: 17 Julai 2009 Hari: Jumaat | |
Tingkatan | 3B (Masa: 2.00 – 2.35), 3F/3G (Masa: 5.10 – 6.20) |
Matapelajaran | Pendidikan Moral |
Tajuk | Unit 22: Rukun Negara Asas Kesetiaan |
Tajuk Khas | Fikir dan Jawab/ Mari Menyanyi/ Bincangkan Bersama-Sama |
Objektif | 1. Mengenal pasti prinsip dan kepentingan Rukun Negara 2. Menghayati prinsip Rukun Negara 3. Mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan |
Prosedur | 1. Perbincangan dan soal jawab 2. Simulasi 3. Refleksi |
ABM | Buku teks, halaman 130 – 136 |
Penerapan Nilai | Taat Setia Kepada Raja dan Negara |
Penilaian | Pelajar memahami kepentingan Rukun Negara yang perlu diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Semua pelajar menghafal kelima-lima prinsip Rukun Negara. |
Refleksi | Pelajar memberi pendapat jika semua rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai yang terdapat dalam Rukun Negara, Negara akan berada dalam keadaan aman dan tenteram kerana tidak berlakunya pertelingkahan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia. |
Tingkatan | 1L (Masa: 2.35 – 3.45) |
Matapelajaran | Pendidikan Seni |
Tajuk | (a) Reka Bentuk Grafik – Poster |
Bidang | 1.3 Komunikasi Visual |
Objektif | 1. Fungsi poster 2. Teknik menghasilkan poster 3. Ciri-ciri poster yang baik |
Aktiviti | Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna |
Penerapan Nilai | Kerajinan |
Penyerapan Ilmu | Pendidikan Moral |
Alat Bantu Mengajar | Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna |
Refleksi | Seperti kelas 1K dan 1M, guru juga membawa contoh poster terbaik daripada kelas lain untuk ditunjukkan kepada pelajar. Semua pelajar bersungguh-sungguh menyiapkan poster dan mengaplikasi teknik-teknik untuk menghasilkan poster yang baik dan sempurna. Pelajar memahami konsep poster yang diterangkan oleh guru dan mengaplikasikan konsep ke dalam poster masing-masing. Sebanyak 100% pelajar menyiapkan tugasan dan menghantar tugasan tepat pada masa yang ditetapkan. |
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓