RPH Minggu 28-29

Minggu 28


 

Tarikh: 6 Julai 2009 Hari: Isnin

Kelas                         

1H (Masa: 3.25 – 4.00)

Subjek

KHB-Reka Bentuk & Teknologi

Tajuk

4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan

Subtajuk

Kerja Kursus

Aspek

1.1 Perkembangan perniagaan dan masa depannya

Soalan

1. Menyatakan enam cara perniagaan masa kini dengan betul

2. Menyatakan tiga perbandingan perniagaan masa dahulu dengan sekarang dengan betul

ABM

Buku teks, halaman 300 – 302

KBKK

Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks

Nilai Murni

Gigih melakukan tugasan

Refleksi

Pelajar berusaha menyiapkan soalan bagi kerja kursus yang di beri. Pelajar menjawab soalan dengan bantuan dan bimbingan daripada guru. Sebanyak 88% pelajar yang bersungguh-sungguh menyiapkan kerja kursus di dalam kelas dan menghantar tugasan sebelum masa tamat. Namun, sebanyak 12% pelajar yang tidak menghantar tugasan.

Tingkatan

3H (Masa: 5.10 – 6.20)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama

Objektif

1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar

2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar

3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 115 – 119

Penerapan Nilai

Menjaga Kebersihan Alam Sekitar

Penilaian

Pelajar memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar atau anak dalam menjaga kebersihan sama ada berada di sekolah atau di rumah.

Refleksi

Pelajar menyatakan pendapat contoh aktiviti yang disertai oleh mereka di kampung iaitu gotong royong membersihkan dewan. Pelajar menjelaskan aktiviti ini memerlukan kerjasama daripada orang kampung untuk membersihkan kawasan dewan yang besar. Sebanyak 68% pelajar yang mengaku pernah terlibat dalam aktivti gotong-royong, manakala 32% lagi tidak pernah terlibat dalam aktiviti kerja gotong-royong.


 

Tarikh: 7 Julai 2009 Hari: Selasa

Tingkatan

3F/3G (Masa: 12.50 – 2.00), 3B (Masa: 3.25 – 4.35)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama

Objektif

1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar

2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar

3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 115 – 119

Penerapan Nilai

Tanggungjawab Pelajar Memelihara Keindahan Alam Sekitar di Sekolah

Penilaian

Pelajar memahami tanggungjawab sebagai seorang pelajar atau anak dalam menjaga kebersihan sama ada berada di sekolah atau di rumah.

Refleksi

Pelajar menyatakan pendapat pentingnya seseorang pelajar menjaga kebersihan alam sekeliling walau di mana mereka berada. Contohnya, pelajar asrama mesti melakukan pembersihan kawasan asrama pada setiap hari. Ini bertujuan supaya keadaan asrama tidak kotor dan ini mengelakkan pelajar daripada terkena penyakit seperti demam denggi, malaria dan banyak lagi.

Tingkatan

1C (Masa: 4.35 – 5.45)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(c) Arca

Bidang

1.2 Seni Halus

Objektif

1. Mengetahui Jenis Arca

2. Proses Membina Model Arca

3. Teknik-teknik menghasilkan Arca

Aktiviti

Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun

Penerapan Nilai

Hemah Tinggi

Penyerapan Ilmu

Sains

Alat Bantu Mengajar

Sabun dan pisau kecil

Refleksi

Aktiviti mengukir arca sabun dipantau oleh guru. Ini bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar semasa menggunakan pisau kecil di dalam kelas. Semua pelajar menunjukkan kesungguhan dalam mengukir arca. Masing-masing menghasilkan arca yang unik dan cantik. Guru mendapati terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai bakat seni semula jadi, di mana pelajar ini menghasilkan hasil arca dengan penuh kreatif tanpa memerlukan bimbingan daripada guru. Selesai mengukir, semua pelajar membersihkan sisa-sisa sabun yang telah diukir di atas meja masing-masing. Semua pelajar memberi kerjasama positif dalam mendengar arahan guru.


 

Tarikh: 8 Julai 2009 Hari: Rabu

Tingkatan

1K (Masa: 2:00 – 3.10), 1D (Masa: 5.10 – 6.20)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(c) Arca

Bidang

1.2 Seni Halus

Objektif

1. Mengetahui Jenis Arca

2. Proses Membina Model Arca

3. Teknik-teknik menghasilkan Arca

Aktiviti

Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun

Penerapan Nilai

Kejujuran

Penyerapan Ilmu

Sains

Alat Bantu Mengajar

Sabun dan pisau kecil

Refleksi

Seperti kelas sebelumnya, aktiviti mengukir arca di dalam kelas dalam pantauan guru. Kerja mengukir berjalan dengan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah contohnya jari terluka terkena pisau. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar amat memberangsangkan, ini memudahkan proses mengukir arca. Semua pelajar menyiapkan tugasan mengukir arca sabun di dalam kelas dan menghantar hasil ukiran sebaik sahaja masa tamat.


 

Tarikh: 9 Julai 2009 Hari: Khamis

Tingkatan

1M (Masa: 2:00 – 3.10)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(c) Arca

Bidang

1.2 Seni Halus

Objektif

1. Mengetahui Jenis Arca

2. Proses Membina Model Arca

3. Teknik-teknik menghasilkan Arca

Aktiviti

Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun

Penerapan Nilai

Amanah

Penyerapan Ilmu

Sains

Alat Bantu Mengajar

Sabun dan pisau kecil

Refleksi

Bagi kelas 1M, sebanyak 20% pelajar sahaja yang membawa sabun. Manakala 80% pelajar lagi tidak membawa sabun. Pelajar ini terdiri daripada pelajar yang nakal, dan ini memberi cabaran besar kepada guru mengajar subjek pendidikan seni bagi kelas ini. Pelajar yang tidak membawa sabun ini telah membeli sabun yang dibekalkan oleh guru iaitu 1 buku sabun berharga RM1.00. Memandangkan kelas ini dipenuhi dengan pelajar nakal, guru amat tegas dan sentiasa meninjau aktiviti pelajar mengukir arca sabun dengan menggunakan pisau. Tepat jam 3.10 p.m semua pelajar menghantar hasil ukiran masing-masing.

Kelas                     

 1H (Masa: 3.25 – 4.00)

Subjek

KHB-Reka Bentuk & Teknologi

Tajuk

4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan

Subtajuk

Kerja Kursus

Aspek

1.1 Perkembangan perniagaan dan masa depannya

Soalan

3. Menyenaraikan enam contoh alat pembayaran masa kini dengan betul

4. Menerangkan tiga perubahan ciri perniagaan pada masa akan dating

ABM

Buku teks, halaman 299 – 303

KBKK

Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks

Nilai Murni

Bertolak ansur

Refleksi

Pelajar masih meneruskan kerja kursus dengan menjawab soalan yang seterusnya. Guru menerangkan jawapan yang harus pelajar rujuk dalam buku teks. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan memastikan pelajar menyiapkan kerja kursus pada masa tersebut. Sebanyak 100% pelajar menghantar tugasan pada kali ini.

Tingkatan

3H (Masa: 4.35 – 5.10)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara

Tajuk Khas

Renung Bersama/ Apakah Tindakan Anda?

Objektif

1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar

2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar

3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 120 – 121

Penerapan Nilai

Penglibatan pelajar dalam aktiviti gotong-royong kerja pembersihan

Penilaian

Pelajar memahami pentingnya mereka memberi sumbangan tenaga dalam aktiviti bergotong royong sama ada di sekolah, asrama, kampung atau di mana sahaja mereka berada.

Refleksi

Pelajar memberi pendapat sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti yang boleh mencemarkan alam, agar dikenakan hukuman denda yang lebih berat. Denda ini disarankan kepada pihak undang-undang agar mengambil tindakan tegas kepada pesalah yang menyebabkan pencemaran.


 

Tarikh: 10 Julai 2009 Hari: Jumaat

Tingkatan

3B (Masa: 2.00 – 2.35), 3F/3G (Masa: 5.10 – 6.20)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 20: Masyarakat Prihatin Alam Terpelihara

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama

Objektif

1. Menyedari kepentingan menjaga kualiti alam sekitar

2. Menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap isu alam sekitar

3. Melibatkan diri dalam aktiviti menjaga alam sekitar

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 120 – 121

Penerapan Nilai

Tanggungjawab pelajar membersihkan kelas

Penilaian

Pelajar memahami tanggungjawab diri pelajar dan masyarakat dalam menangani masalah alam sekitar yang semakin tercemar pada masa sekarang.

Refleksi

Pelajar menyatakan usaha dalam membantu mengurangkan pencemaran alam contohnya membuat iklan di dalam televisyen, radio, internet dan surat khabar berkaitan tanggungjawab masyarakat untuk selamatkan alam daripada tercemar. Ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada masyarakat tentang kesan negatif pencemaran alam kepada manusia dan member kesedaran peranan setiap masyarakat menangani isu alam sekitar.

Tingkatan

1L (Masa: 2.35 – 3.45)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(c) Arca

Bidang

1.2 Seni Halus

Objektif

1. Mengetahui Jenis Arca

2. Proses Membina Model Arca

3. Teknik-teknik menghasilkan Arca

Aktiviti

Menghasilkan model arca dengan menggunakan sabun

Penerapan Nilai

Kerjasama

Penyerapan Ilmu

Sains

Alat Bantu Mengajar

Sabun dan pisau kecil

Refleksi

Bagi kelas 1L, semua pelajar memberi kerjasama yang baik. Pelajar mengukir arca sabun dengan berhati-hati. Setiap pelajar menghasilkan ukiran yang berbeza dan kreatif mengikut idea masing-masing. Hanya 20% pelajar sahaja yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru. Sebaik sahaja masa tamat, semua pelajar menghantar hasil ukiran arca masing-masing.


 

Minggu 29


 

Tarikh: 13 Julai 2009 Hari: Isnin

Kelas                         

1H (Masa: 3.25 – 4.00)

Subjek

KHB-Reka Bentuk & Teknologi

Tajuk

4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan

Subtajuk

Kerja Kursus

Aspek

1.2 Milikan Perniagaan

Soalan

1. Menyatakan lima jenis milikan perniagaan dengan betul

2. Menyatakan satu contoh nama perniagaan bagi setiap jenis milikan perniagaan dengan betul

ABM

Buku teks, halaman 305 – 309

KBKK

Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks

Nilai Murni

Taat setia kepada raja dan Negara

Refleksi

Di bawah tajuk milikan perniagaan, kerja ini amat merumitkan kerana memerlukan jawapan secara lebih terperinci mengikut jenis-jenis perniagaan. Guru menerangkan kehendak soalan dan menyatakan cara menjawab dalam kertas folio. Pelajar membuat jawapan satu per satu bagi memastikan mereka tidak keliru dengan jenis dan ciri-ciri bagi setiap jenis perniagaan. Hasil bimbingan guru, akhirnya pelajar dapat menyempurnakan tugasan dengan baik. Hanya 93% pelajar menghantar tugasan manakala 7% tidak menghantar tugasan yang terdiri daripada budak nakal yang tidak mendengar arahan guru.

Tingkatan

3H (Masa: 5.10 – 6.20)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 21: Khazanah Negara Warisan Bersama

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama

Objektif

1. Mengenal pasti bentuk khazanah Negara

2. Berbangga dan menyayangi khazanah Negara

3. Menyokong usaha pemeliharaan khazanah Negara

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 122 – 127

Penerapan Nilai

Cinta Akan Negara

Penilaian

Pelajar memahami pentingnya sebagai seorang rakyat Malaysia berbangga dan mengkaji khazanah Negara kita

Refleksi

Pelajar menyatakan pendapat jika mereka menjumpai artifak lama, mereka akan menyerahkan kepada pihak Muzium Negara. Bagi mereka, tindakan ini adalah tindakan sewajaranya supaya artifak yang baru dijumpai itu akan dijadikan pameran untuk tatapan pengunjung yang datang ke muzium.


 

Tarikh: 14 Julai 2009 Hari: Selasa

Tingkatan

3F/3G (Masa: 12.50 – 2.00), 3B (Masa: 3.25 – 4.35)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 21: Khazanah Negara Warisan Bersama

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Tahukah Anda?/ Bincangkan Bersama-Sama

Objektif

1. Mengenal pasti bentuk khazanah Negara

2. Berbangga dan menyayangi khazanah Negara

3. Menyokong usaha pemeliharaan khazanah Negara

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 122 – 127

Penerapan Nilai

Cinta Akan Negara

Penilaian

Pelajar memahami pentingnya pemeliharaaan khazanah Negara untuk generasi akan datang

Refleksi

Pelajar menyatakan pendapat mereka akan sentiasa menyokong apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha memelihara khazanah Negara. Contohnya, jika pihak Jabatan Arkib membuat pameran, mereka akan datang ke pameran tersebut secara beramai-ramai. Mereka bukan sahaja meninjau bahan pameran khazanah, bahkan mereka mencatit nota berkaitan khazanah tersebut. Bagi mereka, ini untuk menambah pengetahuan di samping dapat mengingati tarikh, masa dan tempat khazanah tersebut ditemui.

Tingkatan

1C (Masa: 4.35 – 5.45)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(a) Reka Bentuk Grafik – Poster

Bidang

1.3 Komunikasi Visual

Objektif

1. Fungsi poster

2. Teknik menghasilkan poster

3. Ciri-ciri poster yang baik

Aktiviti

Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna

Penerapan Nilai

Bertanggungjawab

Penyerapan Ilmu

Pendidikan Moral

Alat Bantu Mengajar

Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna

Refleksi

Setiap pelajar melukis poster berdasarkan tajuk-tajuk yang telah disenaraikan oleh guru. Pelajar mengapliksi teknik-teknik menghasilkan poster di atas kertas lukisan. Pelajar berusaha menghasilkan poster yang baik yang menepati ciri-ciri seperti mempunyai satu tema sahaja bagi slogan yang terdapat dalam poster. Sebanyak 92% pelajar kreatif dalam menghasilkan poster masing-masing. Manakala yang selebihnya memerlukan bimbing daripada guru. Keseluruhannya, pelajar dapat menyiapkan poster dan menghantar poster sebaik sahaja masa tamat.


 

Tarikh: 15 Julai 2009 Hari: Rabu

Tingkatan

1K (Masa: 2:00 – 3.10), 1D (Masa: 5.10 – 6.20)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(a) Reka Bentuk Grafik – Poster

Bidang

1.3 Komunikasi Visual

Objektif

1. Fungsi poster

2. Teknik menghasilkan poster

3. Ciri-ciri poster yang baik

Aktiviti

Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna

Penerapan Nilai

Tekun Dalam Melakukan Apa Sahaja Jenis Kerja

Penyerapan Ilmu

Pendidikan Moral

Alat Bantu Mengajar

Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna

Refleksi

Bagi kelas 1K, guru membawa contoh poster yang telah dihasilkan oleh pelajar 1C. Contoh poster ini digunakan sebagai tontonan pelajar supaya pelajar 1K dapat membayangkan apa yang dimaksudkan dengan poster. Usaha ini berkesan di mana pelajar 1K dapat mempraktikkan teknik menghasilkan poster di atas kertas lukisan masing-masing. Sebanyak 100% pelajar menghantar lukisan pada masa yang ditetapkan.


 

Tarikh: 16 Julai 2009 Hari: Khamis

Tingkatan

1M (Masa: 2:00 – 3.10)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(a) Reka Bentuk Grafik – Poster

Bidang

1.3 Komunikasi Visual

Objektif

1. Fungsi poster

2. Teknik menghasilkan poster

3. Ciri-ciri poster yang baik

Aktiviti

Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna

Penerapan Nilai

Dedikasi untuk Cermerlang

Penyerapan Ilmu

Pendidikan Moral

Alat Bantu Mengajar

Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna

Refleksi

Pelajar menyiapkan poster dengan bimbingan daripada guru. Guru membawa contoh terbaik poster yang telah dihasilkan oleh pelajar 1C, 1K dan 1D. Contoh poster ini ditampal di atas papan hitam untuk dilihat oleh pelajar 1M. Usaha ini membuahkan hasil apabila pelajar 1M membuat poster dengan idea kreatif masing-masing dan menggunakan campuran pelbagai teknik mewarna seperti warna air, warna pensel dan magic pen. Tepat jam 3.10 p.m semua pelajar menghantar hasil poster masing-masing.

Kelas                     

 1H (Masa: 3.25 – 4.00)

Subjek

KHB-Reka Bentuk & Teknologi

Tajuk

4.2 Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan

Subtajuk

Kerja Kursus

Aspek

1.2 Milikan Perniagaan

Soalan

3. Menyatakan ciri bagi setiap jenis milikan perniagaan dengan betul

ABM

Buku teks, halaman 305 – 309

KBKK

Rujuk Jawapan Dalam Buku Teks

Nilai Murni

Beradab sopan

Refleksi

Pelajar berusaha menyiapkan tugasan baru yang diberi oleh guru. Memandangkan tugasan ini memerlukan masa yang lama untuk disiapkan, tugasan ini disambung dan dibawa balik oleh setiap pelajar. Hari Isnin depan guru menetapkan penghantaran bagi tajuk kerja kursus yang ke-3 itu. Guru mengingatkan pelajar kewajipan menghantar tugasan tersebut untuk pemberian markah dalam peperiksaan akhir tahun nanti. Semua pelajar melakukan tugasan di dalam kelas.

Tingkatan

3H (Masa: 4.35 – 5.10)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 22: Rukun Negara Asas Kesetiaan

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Mari Menyanyi

Objektif

1. Mengenal pasti prinsip dan kepentingan Rukun Negara

2. Menghayati prinsip Rukun Negara

3. Mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 130 – 134

Penerapan Nilai

Taat Setia Kepada Raja dan Negara

Penilaian

Pelajar memahami kepentingan Rukun Negara yang perlu diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Semua pelajar menghafal kelima-lima prinsip Rukun Negara.

Refleksi

Pelajar menghuraikan nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh setiap orang di samping mengamalkan lima prinsip Rukun Negara. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi yang mulia di kalangan rakyat agar menjadikan rakyat sanggup berkorban dan taat setia kepada raja dan Negara Malaysia.


 

Tarikh: 17 Julai 2009 Hari: Jumaat

Tingkatan

3B (Masa: 2.00 – 2.35), 3F/3G (Masa: 5.10 – 6.20)

Matapelajaran

Pendidikan Moral

Tajuk

Unit 22: Rukun Negara Asas Kesetiaan

Tajuk Khas

Fikir dan Jawab/ Mari Menyanyi/ Bincangkan Bersama-Sama

Objektif

1. Mengenal pasti prinsip dan kepentingan Rukun Negara

2. Menghayati prinsip Rukun Negara

3. Mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan

Prosedur

1. Perbincangan dan soal jawab

2. Simulasi

3. Refleksi

ABM

Buku teks, halaman 130 – 136

Penerapan Nilai

Taat Setia Kepada Raja dan Negara

Penilaian

Pelajar memahami kepentingan Rukun Negara yang perlu diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Semua pelajar menghafal kelima-lima prinsip Rukun Negara.

Refleksi

Pelajar memberi pendapat jika semua rakyat Malaysia mengamalkan nilai-nilai yang terdapat dalam Rukun Negara, Negara akan berada dalam keadaan aman dan tenteram kerana tidak berlakunya pertelingkahan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia.

Tingkatan

1L (Masa: 2.35 – 3.45)

Matapelajaran

Pendidikan Seni

Tajuk

(a) Reka Bentuk Grafik – Poster

Bidang

1.3 Komunikasi Visual

Objektif

1. Fungsi poster

2. Teknik menghasilkan poster

3. Ciri-ciri poster yang baik

Aktiviti

Menghasilkan poster dengan menggunakan pelbagai teknik mewarna

Penerapan Nilai

Kerajinan

Penyerapan Ilmu

Pendidikan Moral

Alat Bantu Mengajar

Pensel, pembaris, pemadam, kertas lukisan dan warna

Refleksi

Seperti kelas 1K dan 1M, guru juga membawa contoh poster terbaik daripada kelas lain untuk ditunjukkan kepada pelajar. Semua pelajar bersungguh-sungguh menyiapkan poster dan mengaplikasi teknik-teknik untuk menghasilkan poster yang baik dan sempurna. Pelajar memahami konsep poster yang diterangkan oleh guru dan mengaplikasikan konsep ke dalam poster masing-masing. Sebanyak 100% pelajar menyiapkan tugasan dan menghantar tugasan tepat pada masa yang ditetapkan.


 


 


 


 


 


 


 


 


EmoticonEmoticon