Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro)

Sinopsis Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro) | Tersuka Tanpa Sengaja mengisahkan pertemuan yang huru-hara antara mereka membawa kepada ikatan perkahwinan. Semuanya bermula apabila ibu tirinya membuat permintaan agar Syed Arif (Amar Baharin) berkahwin dengan anaknya iaitu Farhah (Emma Maembong).  

Sinopsis drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), pelakon dan gambar drama Tersuka Tanpa Sengaja, biodata pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), Tersuka Tanpa Sengaja episod akhir – episod 16
Drama Tersuka Tanpa Sengaja siaran Astro channel 104 dan 123

Farhah berkecil hati dengan tindakan ayahnya apabila ayahnya sering dilihat melebih-lebihkan adik tirinya iaitu Katrina (Amyra Rosli). Sungguhpun begitu, ibu tirinya menyayangi Farhah seperti anak kandungnya. Syed Arif adalah doktor yang merawat ibu tirinya.

Melihat keperibadian Doktor Syed Arif yang merendah diri dan bertanggungjawab, ayahnya berkira-kira ingin menjodohkannya dengan Farhah. Namun Farhah enggan menuruti kehendak ayahnya. Katrina anak tirinya pula yang menjadi mangsa jodoh ayahnya dengan doktor tersebut. Katrina tidak memberikan sebarang respon.

Sinopsis drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), pelakon dan gambar drama Tersuka Tanpa Sengaja, biodata pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), Tersuka Tanpa Sengaja episod akhir – episod 16
Drama Tersuka Tanpa Sengaja lakonan Emma Maembong dan Amar Baharin

Suatu hari, Syed Arif dipertemukan dengan Farhah dalam insiden tak terduga. Mereka berselisih pendapat mengenai orang kaya dan orang biasa. Perbezaan pendapat antara mereka menarik perhatian Syed Arif. Siapa sangka insan yang berselisih pendapat dengannya bakal menjadi isterinya! Ibu tiri meminta Syed Arif agar berkahwin dengan anaknya.

Pada awalnya, Farhah menolak kerana mereka berdua tidak mencintai sesama sendiri tetapi akhirnya menerima kerana tidak mahu berkahwin dengan sepupunya yang mencintainya dalam diam iaitu Hakim.

Farhah berkahwin dengan Syed Arif tanpa berwalikan ayahnya. Kedua mereka memberi peluang untuk belajar mencintai diri sendiri dan perasaan cinta perlahan-lahan hadir dalam diri masing-masing.

Dugaan melanda, Syed Arif calon menantu pilihan ayah Farhah memperkenalkan Katrina kepada Syed Arif. Namun hati Syed Arif telah mati untuk Katrina kerana sebelum ini cintanya dipandang sepi oleh Katrina. Syed Arif memberitahu Datuk Ahmad Alias bahawa dia telah berkahwin dan Katrina tidak dapat menerima. 

Setelah mengetahui bahawa kakak tirinya merupakan isteri Syed Arif, Katrina cuba untuk memecah belahkan rumah tangga mereka. Rancangannya hampir berjaya tetapi Syed Arif menerangkan segala sejarah dirinya dengan Katrina dan betapa sekarang cintanya hanya untuk Farhah.

Kebahagiaan mereka terganggu seketika setelah Syed Arif mendapat tahu siapa diri Farhah yang sebenar. Setelah mendapat penjelasan Farhah, Syed Arif merasakan dia bertanggungjawab untuk menyatukan kedua anak dan ayah.

Setelah mempertemukan mereka, Datuk Ahmad Alias gembira kerana perancangan untuk menjadikan Doktor Syed Arif menantunya tercapai tetapi dia terkilan kerana tidak mewalikan pernikahan anaknya.

Katrina cuba untuk membunuh diri tetapi Doktor Armand (Hafreez Adam) menegur tindakannya. Katrina sedar dan insaf. Bermulanya bibit cinta antara dirinya dan Doktor Armand. Hubungan Farhah dan ayahnya kembali pulih. Farhah hidup bahagia bersama suami tercintanya, Syed Arif. Jom tengok lakonan Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja di kaca tv anda.

Pelakon Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro)
Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif 
Emma Maembong sebagai Farhah
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda

Gambar Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro) 
Sinopsis drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), pelakon dan gambar drama Tersuka Tanpa Sengaja, biodata pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), Tersuka Tanpa Sengaja episod akhir – episod 16

Saksikan drama Tersuka Tanpa Sengaja
Tarikh drama Tersuka Tanpa Sengaja mula disiarkan: 7 Disember 2015
Jumlah episod Tersuka Tanpa Sengaja: 16
Tersuka Tanpa Sengaja episod akhir – episod 16
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Ria HD 123

Sinopsis drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), pelakon dan gambar drama Tersuka Tanpa Sengaja, biodata pelakon drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro), Tersuka Tanpa Sengaja episod akhir – episod 16

Biodata pelakon Tersuka Tanpa Sengaja:
Biodata Amar Baharin – watak Doktor Syed Arif
Biodata Emma Maembong – watak Farhah
Biodata Amyra Rosli – watak Katrina
Biodata Faye Kusairi – watak Mila
Biodata Hafreez Adam – watak Doktor Armand


EmoticonEmoticon