Sinopsis Drama Aku Bukan Dia TV1

Sinopsis Drama Aku Bukan Dia RTM TV1 Slot Arca | Aku Bukan Dia mengisahkan seorang suami yang ingin membina hidup baru bersama isteri yang dicintainya. Namun semuanya punah apabila dia tidak diberi peluang untuk menebus kesalahan diri.

Sinopsis drama Aku Bukan Dia RTM TV1 Slot Arca, pelakon dan gambar drama Aku Bukan Dia TV1, Aku Bukan Dia episod akhir – episod 26, OST lagu tema drama Aku Bukan Dia TV1
Drama Aku Bukan Dia disiarkan di TV1

Johari (Rusdi Ramli) yang telah bersedia menerima kehadiran isterinya Amy (Farahdhiya). Namun berlaku kejadian tidak terduga tanpa sengaja dia terlanggar Amy yang melintas untuk menyeberangi jalan.

Dia membawa isterinya ke hospital di mana Amy telah koma untuk beberapa lama. Semasa di hospital, Johari saban hari menemani isterinya dengan penuh penyesalan dan kesabaran.

Dengan harapan yang mengunung Johari mengharapkan Amy kembali sedar walau untuk sesaat jua bagi memberikan kesempatan kepadanya merasakan bahawa suaminya telah sedar dan ingin menebus segala kesilapan masa lalu.

Ketika itu apa yang terlintas di fikiran Johari mahu kembali membina sebuah kehidupan bahagia bersama isterinya dan bersama-sama mengharungi dugaan dalam lumrah perkahwinan.

Akan tetapi semua impian dan harapan hanya tinggal harapan.

Kesempatan berlalu pergi meninggalkan Johari di dalam kehampaan. Setiap detik dan ketika selepas pemergian Amy. Dia digamit rasa bersalah dan kerinduan yang menyakitkan.

Tidak dapat menyampaikan rasa bersalahnya, tidak dapat meminta maaf dan tidak dapat berbuat baik kepada isterinya yang telah dinafikan hak kasih sayang, Jiwa Johari jadi semakin kacau. Tonton kisah selanjutnya menerusi drama Aku Bukan Dia di kaca tv anda.

Pelakon Drama Aku Bukan Dia TV1
Johari - Rusdi Ramli
Elly - Dira Abu Zahar
Amy - Farahdhiya
Epot - Liza Zain
Tan Sri Meor - Rahim Omar
Munir – Yusri Salleh

Gambar Drama Aku Bukan Dia TV1 
Sinopsis drama Aku Bukan Dia RTM TV1 Slot Arca, pelakon dan gambar drama Aku Bukan Dia TV1, Aku Bukan Dia episod akhir – episod 26, OST lagu tema drama Aku Bukan Dia TV1

Original Sound Track OST Aku Bukan Dia TV1
Lagu: Aku Bukan Dia
Penyanyi: Effendi Sulaiman

Lagu Tema Drama Aku Bukan Dia TV1
Lagu: Terasing
Penyanyi: Sudirman Haji Arshad

Saksikan drama Aku Bukan Dia Slot Arca
Jumlah episod drama Aku Bukan Dia: 26 (episod akhir)
Tarikh drama Aku Bukan Dia mula disiarkan: 2 Oktober 2015
Hari: Khamis dan Jumaat
Jam: 11.05 malam
Saluran: TV1


EmoticonEmoticon