Sinopsis Drama Merah Gaun Pengantin TV1

Sinopsis Merah Gaun Pengantin Drama RTM TV1 Slot Bidadari | Merah Gaun Pengantin mengisahkan Almy (Nad Zainal) telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di ibu kota. Almy menumpang rumah mak saudaranya iaitu Datin Maimon (Raja Ema). Datin Maimon seorang yang kaya dan berada namun orangnya merendah diri dan tidak sombong, begitu juga dengan suaminya, Dato Alias (Mubarak Majid). Mereka melayan Almy dengan baik.

Sinopsis Merah Gaun Pengantin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Merah Gaun Pengantin TV1, Merah Gaun Pengantin episod akhir - episod 13, OST lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1
Drama Merah Gaun Pengantin disiarkan di TV1

Penampilan Almy yang kelihatan gadis kekampungan telah menyuntik semangat Datin Maimon untuk mengubah Almy. Datin Maimon mengubah penampilan Almy supaya kelihatan lebih moden, cantik, anggun dan ranggi. Almy bercita-cita untuk membuka syarikat perunding perkahwinan selepas tamat pengajiannya kelak.

Almy orangnya suka berdikari, dia pergi ke kolej hanya menaiki bas. Suatu hari ketika mengejar bas untuk ke kolej, dia hampir dilanggar oleh Heykal (Fazreen Rafi) yang menaiki kereta mewah bersama ibunya, Datin Balqis (Hamidah Wahab). Almy dimarahi oleh Heykal kerana cuai dan hampir sahaja menyebabkan kemalangan jiwa berlaku.

Almy begitu sakit hati dengan perangai berlagak Heykal yang tidak tahu meminta maaf dan mempunyai ego yang tinggi. Sikap Almy yang baik hati amat disenangi oleh rakan-rakannya terutamanya Faizal (Syafiq Kyle). Dalam diam, Faizal menaruh hati terhadap Almy.

Nadia (Falisya Crossley) seringkali bercakap tentang Faizal yang dianggap sering menjadi tumpuan murid-murid perempuan dalam kolej. Akhirnya Nadia, Almy dan Faizal menjadi satu kumpulan untuk menyiapkan beberapa projek kolej. Hubungan mereka menjadi rapat kerana masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri.

Sinopsis Merah Gaun Pengantin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Merah Gaun Pengantin TV1, Merah Gaun Pengantin episod akhir - episod 13, OST lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1
 Merah Gaun Pengantin drama lakonan Nad Zainal, Syafiq Kyle dan Fazreen Rafi

Ketika Almy balik dari kolej, dia telah bertembung dengan Datin Balqis. Mereka berdua kemudiannya mula menjadi sahabat baik apabila mengetahui bahawa Almy berbakat sebagai jururunding perkahwinan. Almy yang jujur telah menceritakan siapa dirinya yang sebenar sebelum datang ke ibu kota.

Faizal menyatakan perasaannya terhadap Almy pada Nadia. Tapi Nadia tersalah sangka. Dia sangkakan Faizal jatuh cinta padanya. Hakikatnya Faizal menggunakan Nadia sebagai orang tengah. Mereka saling berjalan bertiga, ini membuatkan Nadia sangkakan Faizal benar-benar menyayanginya. Mereka bertiga bercadang untuk membuka kedai perunding perkahwinan setelah tamat pengajian kelak.

Faizal memang mahir dengan kamera foto kesayangannya, suka megambil berbagai gambar. Nadia pandai mereka cipta pakaian gaun pengantin sementara Almy bijak dalam soal pemasaran. Faizal memberanikan diri meluahkan perasaannya yang sebenar tapi Almy tidak mahu melayan. Dia anggap Faizal hanya bergurau kerana memang itu sifatnya semasa di kolej, semua orang tahu.

Sementara itu Dato’ Bahar kecewa dengan sikap Heykal yang masih tidak membuat persediaan majlis perkahwinannya dengan Suzie (Mimi Ernida) yang tinggal tidak berapa bulan saja lagi. Perkahwinan ini penting untuk perniagaan mereka. Datin Balqis serba salah, sejak awal lagi dia tidak berapa setuju dengan rancangan perkawinan ini tetapi tidak berani menentang. Heykal kecewa dengan pilihan ayahnya kerana dia kenal sangat siapa Suzie sebelum ini.

Suzie jadikan Heykal seperti pelabuhan, sesuka dia datang dia akan datang, bila bosan dia akan pergi bersama orang lain. Datin Balqis sendiri sudah jemu dengan sikap keanak-anakan Suzie. Datin Balqis selalu memujuk Heykal supaya bersabar sajalah dan terima saja apa pilihan ayahnya demi masa depan keluarga mereka. 

Datin Balqis menawarkan Almy menjadi perunding perkahwinan untuk Heykal dengan Suzie. Pada mulanya Almy menolak tetapi akhinya dia berubah fikiran dengan galakan yang diberikan Faizal dan Nadia. Heykal menyesal dengan sikap sombongnya terhadap Almy dan menghantar bunga untuk memujuk Almy.

Mereka kemudiannya saling berhubung membincangkan majlis perkahwinan Heykal. Mereka selalu bertemu dan hubungan mereka bertambah rapat. Heykal mula jatuh cinta pada Almy dalam diam. Sehari tidak bertemu dan mendengar suara Almy, dia mula menjadi rindu.

Sinopsis Merah Gaun Pengantin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Merah Gaun Pengantin TV1, Merah Gaun Pengantin episod akhir - episod 13, OST lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1

Sementara itu, Almy kian rapat dengan Faizal semenjak mengendalikan perancangan perkahwinan Heykal. Mereka sama-sama merindui tetapi takut meluahkan perasaan, bimbang persahabatan mereka akan putus. Almy takut mengakui perasaan cintanya pada Faizal kerana dia tahu, Nadia amat menyintai Faizal dalam diam. Begitu juga dengan Faizal yang mula menyintai Almy. Mereka hanya meluahkan apa yang terbuku melalui ruang chatting FB secara bergurau. Masing-masing tidak mampu meluahkan perasaan secara berhadapan.

Namun siapakah jejaka yang menjadi pilihan Almy? Bagaimana pula dengan cita-cita mereka mahu membuka perniagaan bersama? Saksikan segalanya menerusi drama Merah Gaun Pengantin di kaca tv anda.

Pelakon Drama Merah Gaun Pengantin TV1
Nad Zainal sebagai Noraimi / Almy
Fazreen Rafi sebagai Heykal
Syafiq Kyle sebagai Faizal
Alif Hadi sebagai Asraf
Mimi Ernida sebagai Suzie
Raja Ema sebagai Dato Maimon
Mubarak Majid sebagai Dato Alias
Taib Mahmud sebagai Dato Taha
Hamidah Wahab sebagai Datin Balqis
Rahim Omar sebagai Salim
Falisya Crossley sebagai Nadia
 Syed Ali sebagai Shahrul
Nor Albaniah Raffie sebagai Rokiah
Norlia Ghani sebagai Nenek Salimah
Faye Kusairi sebagai Intan

Gambar Drama Merah Gaun Pengantin TV1
Sinopsis Merah Gaun Pengantin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Merah Gaun Pengantin TV1, Merah Gaun Pengantin episod akhir - episod 13, OST lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1

Sinopsis Merah Gaun Pengantin drama RTM TV1 Slot Bidadari, pelakon dan gambar drama Merah Gaun Pengantin TV1, Merah Gaun Pengantin episod akhir - episod 13, OST lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1

Original Sound Track OST Merah Gaun Pengantin
Lagu tema drama Merah Gaun Pengantin TV1
Lagu: Kembali
Penyanyi: Akim feat Stacy

Saksikan drama Merah Gaun Pengantin Slot Bidadari
Jumlah episod drama Merah Gaun Pengantin: 13 (episod akhir)
Tarikh drama Merah Gaun Pengantin mula disiarkan: 12 November 2015
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 3.05 petang
Saluran: TV1


EmoticonEmoticon