Sinopsis Novel Isteri VS Tunang

Sinopsis Novel Isteri VS Tunang | Isteri VS Tunang mengisahkan perkahwinan yang diatur atas dasar ego dan tercabar. Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.

Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.

Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.

Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga. Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.

Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang, yang manakah akhirnya menjadi pilihan? Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan segera novel Isteri VS Tunang di bookstore terdekat anda.

Gambar Novel Isteri VS Tunang
Sinopsis novel Isteri VS Tunang, review, ulasan novel Isteri VS Tunang, gambar novel Isteri VS Tunang, Isteri VS Tunang drama adaptasi novel, penulis novel Isteri VS Tunang: Aesya Azahar, novel terlaris dan popular tahun 2015 dan 2016, harga novel Isteri VS Tunang: RM20

Penulis novel Isteri VS Tunang: Aesya Azahar
No. ISBN: 978-967-0874-03-6
Jumlah muka surat: 448 halaman
Harga novel Isteri VS Tunang:
Harga Semenanjung: RM20, Ahli KN: RM16
Harga Sabah Sarawak: RM23, Ahli KN: RM19

Novel Isteri VS Tunang merupakan novel antara yang terlaris dijual tahun 2015. Jom dapatkan novel Isteri VS Tunang di pasaran!


EmoticonEmoticon