Cerekarama Wan Embong TV3

Sinopsis Wan Embong Cerekarama TV3 | Wan Embong mengisahkan gadis bernama Wan Embong (Neelofa) dinikahkan atas dasar bukan cinta. Suaminya bernama Omar (Faizal Hussien) yang berjawatan ketua kampung itu sudah mempunyai 2 orang isteri. Ini bermakna, Wan Embong isteri ke-3 Omar.

Sinopsis Wan Embong cerekarama TV3, pelakon dan gambar cerekarama Wan Embong TV3, drama telefilem Wan Embong TV3, biodata pelakon cerekarama Wan Embong TV3
Cerekarama Wan Embong TV3 bersiaran malam Sabtu ini

Segalanya bermula apabila ayahnya, Wan Manap (Dato Rahim Razali) tidak mampu membayar hutang Omar dek faktor kemiskinan dan semakin uzur. Omar mencadangkan agar Wan Embong berkahwin dengannya, maka segala hutang akan langsai begitu sahaja. Wan Embong yang masih berusia muda, yang baru sahaja menamatkan persekolahan membantah cadangan Omar!

Namun, Wan Embong tidak mempunyai pilihan. Ayahnya sudah tidak mampu untuk bekerja lagi. Dalam terpaksa, Wan Embong terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Omar. Namun ada syaratnya. Omar tidak boleh menyentuh dirinya walaupun sudah bergelar suami isteri kelak.

Menjadi isteri ketiga Omar, bermulanya perkenalan Wan Embong dengan madu-madunya. Seri (Vanida Imran) dan Chempaka (Izreen Azminda) merupakan isteri Omar. Mereka berdua begitu begitu taat dengan Omar.

Seri isteri pertama Omar tidak menyukai Chempaka dan Embong kerana beranggapan mereka hanya menginginkan harta suaminya. Berlainan dengan Chempaka, yang mudah mesra dan bersikap baik dengan Embong.

Namun segalanya berubah apabila Wan Embong diperkenalkan oleh Chempaka dengan Ali (Johan Asaari). Ali sudah lama mencintai Embong. Chempaka akhirnya mengatur langkah untuk menyatukan Ali dan Embong dalam diam. Chempaka memiliki niatnya yang tersendiri.

Apakah niat sebenar Chempaka? Apakah Omar tidak akan mengetahui hubungan cinta rahsia Ali dan Wan Embong? Apakah Seri akan berdiam diri? Saksikan segalanya dalam cerekarama Wan Embong di kaca tv anda.

Pelakon Cerekarama Wan Embong TV3
Faizal Hussien - Omar
Neelofa - Wan Embong
 Izreen Azminda - Chempaka
Vanida Imran - Seri
 Johan Asaari - Ali
 Dato Rahim Razali – Wan Manap

Gambar Cerekarama Wan Embong TV3
Sinopsis Wan Embong cerekarama TV3, pelakon dan gambar cerekarama Wan Embong TV3, drama telefilem Wan Embong TV3, biodata pelakon cerekarama Wan Embong TV3
Cerekarama Wan Embong TV3 lakonan Neelofa, Johan Ashari, Izreen Azminda, Faizal Hussein

Saksikan cerekarama Wan Embong
Tarikh Wan Embong disiarkan: 21 November 2015
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

Biodata pelakon cerekarama Wan Embong TV3:
Biodata Johan As’ari – watak Ali
Biodata Neelofa – watak Wan Embong
Biodata Izreen Azminda – watak Chempaka


EmoticonEmoticon