Sinopsis Drama Mr. London Ms. Langkawi

Sinopsis Drama Mr. London Ms. Langkawi

Mr. London Ms. Langkawi mengisahkan Aidid Mukhlis (Zul Ariffin) jejaka kacak yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya hebat. Semenjak kecil, Aidid Mukhlis menetap di luar negara dan jarang sekali dibawa balik ke kampung. Kerana itu, Aidid Mukhlis sudah lali dengan gaya hidupnya di Kota London itu. Akhirnya kerana dipaksa, Aidid Mukhlis pulang juga tanpa rela.

Nurul Liyana (Izara Aishah) seorang gadis kampung berperwatakan menarik. Belajar hingga di takat SPM sahaja dengan keputusan cukup makan. Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, namun semangat patriotik dalam diri Nurul Liyana cukup tinggi.

Nurul Liyana dan Aidid Mukhlis umpama anjing dengan kucing. Kerjanya asyik bercakaran sahaja! Masing-masing tak mahu mengalah.

Nurul Liyana digelar Ms. Langkawi manakala Aidid Mukhlis dipanggil Mr. London. Asal bertemu ada sahaja isu dibangkitkan. Membuatkan kedua-duanya marak bertekak. Kata orang, perbezaan akan mewujudkan keserasian. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana? Mungkinkah ada timbul bibit-bibit cinta antara mereka? Saksikan segalanya menerusi drama Mr London Ms Langkawi siaran Astro.

Pelakon Drama Mr. London Ms. Langkawi

Zul Ariffin - Aidid
Izara Aisyah - Liyana
Amar Baharin - Ijam
Nur Zahirah - Milah
Wan Wala - Usin Jingga
Yaya Zahir - Adira
Shah Rezza - Encik Azman
Watie Sadali - Sabariah
Liza Abdullah - Puan Mariam
Kismah Johar - Hajah Kamariah

Gambar Drama Mr. London Ms. Langkawi 

Sinopsis drama Mr London Ms Langkawi, review drama Astro Mr London Ms Langkawi, pelakon, gambar drama Astro Mr London Ms Langkawi, drama adaptasi novel penulis Herna Diana, Mr London Ms Langkawi episod akhir, Zul Ariffin – Aidid Mukhlis, Izara Aisyah – Nurul Liyana, Amar Baharin – Ijam, Nur Zahirah - Milah

Asal Zul Ariffin berlakon mesti best! Kali ni, Zul Ariffin bakal membintangi drama terbaru. Drama Astro yang diadaptasi dari novel berjudul Mr. London Ms. Langkawi. Bergandingan dengan si cantik Izara Aisyah. Rasanya ni pertama kali aku tengok Zul Ariffin berlakon dengan Izara sebagai watak utama drama tv.

Gambar Novel Mr. London Ms. Langkawi

 Sinopsis drama Mr London Ms Langkawi, review drama Astro Mr London Ms Langkawi, pelakon, gambar drama Astro Mr London Ms Langkawi, drama adaptasi novel penulis Herna Diana, Mr London Ms Langkawi episod akhir, Zul Ariffin – Aidid Mukhlis, Izara Aisyah – Nurul Liyana, Amar Baharin – Ijam, Nur Zahirah - Milah

Baca sinopsis Mr. London Ms. Langkawi macam menarik je. Novel Mr London Ms Langkawi merupakan karya novelis hebat dari Herna Diana. Watak macam langit dengan bumi. Sungguh berbeza dan bertentangan. Best kan? Haa, kita tunggu drama ni disiarkan dan tonton hingga ke episod akhir drama Mr. London Ms. Langkawi. Jangan lupa tengok :)

Saksikan akan datang drama terbaru Mr. London Ms. Langkawi
Drama siaran Astro

2 comments

smpai skrg xtahu bila siarannya.. hurm


EmoticonEmoticon