Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Dapat Duit Refund PTPTN Berjumlah RMxxx. Kaya mak!!!

Ho yeah! Sebelum ni kempes je poket sebab nak settlekan hutang PTPTN. Tiap bulan mesti nak pi bayar hutang PTPTN. Berbeza dengan kali ni pulak, sebab aku tak perlu bagi duit kat diorang, tapi diorang bagi balik duit kat aku. Cemana tu? Baiknya PTPTN nak bagi duit kat kita semata-mata.

Alkisahnya begini..actually aku dah habis bayar lumpsum PTPTN ni pada tahun 2014. Means sekarang ni aku dah takde hutang dengan mereka lagi. Dah bebas. Namun..baru-baru ni, kes berlaku masa bulan puasa hari tu, aku check kat website PTPTN nak tengok diorang dah update ke hutang aku kat situ. Tup-tup aku tengok ada baki lagi berjumlah RMxxx.

Semakan lebihan bayaran balik pembiayaan (refund ptptn), dapat duit refund ptptn, tuntutan bayaran lebih ptptn
Lebihan bayaran balik pembiayaan PTPTN (refund PTPTN)


Panas la jugak hati ni. Kenapa diorang tak complete sekali masukkan baki bayaran masa aku buat bayaran sepenuhnya pada tahun 2014 tu. Dah la susah nak pergi berurusan ke pejabat PTPTN, sebab kat kawasan aku tinggal ni Bandar kecik. Cawangan PTPTN tu kat Bandar besar, means kena pergi ke Kuching untuk settle segala. Leceh. Perjalanan dari sini ke sana ambik masa 10-11 jam. Tu yang buat aku sebal sangat tu.

Nasib baik bulan lepas cun masa untuk balik celebrate raya di kampung (Kuching). Dapat la laksanakan hal pasal baki PTPTN tu. Habis je Raya aku terus ke pejabat PTPTN. Rupa-rupanya…bukan aku yang hutang mereka. Mereka yang hutang aku! Hahaha… Means duit baki PTPTN tu, duit lebihan bayaran balik PTPTN. Lepas isi borang refund PTPTN, mereka kata duit masuk dalam tempoh 3 bulan. Suka la hati aku kan. Duit masuk tu!

Mesti korang nak tahu berapa duit refund PTPTN tu.. Ianya berjumlah RM277.11. Wah..Kaya mak!! Mak dah insaf dari menyopping, kini habit mak nak isi dalam tabung je, untuk hari tua mak bersama somi dan anak.

Kisah PTPTN lagi..

Sungguh tak ku sangka, dulu rasa macam tak bergerak je amount hutang PTPTN yang banyak tu. Last-last ringan je benak kepala ni bila bebas dari hutang. Makasih PTPTN, bagi mak pinjam duit untuk further study dulu. Kepada yang masih ada hutang, bayar la pelan-pelan. Lama-lama amount makin berkurangan. Moga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kita seharian.
Terima kasih membaca Dapat Duit Refund PTPTN Berjumlah RMxxx. Kaya mak!!!

13 comments:

  1. Kte pakai ptptn time degree je so xda byk sgt. Xdpt pape surat tetibe tertunggak dh berbelas2 bulan😅😅😅. Last2 kuar epf dulu utk settle yg tertggak tu. Then bru bley byar monthly.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...welcome to our kelab bebas hutang PTPTN hehehe...julia start selesai byr lumpsump hutan since 2011...alhamdulilah dah nak masuk 5 tahun bebas hutang...mujur diorang yang hutang dengan umi kasum kan...so boleh la guna duit tu utk tabungan sendiri akan datang...tahniah!

    ReplyDelete
  3. wah..dah habis bayar...tahniah...best rasa kalau tak ada hutang ni kan... =)

    ReplyDelete
  4. PTPTN..tak pernah pinjam..dapat biasiswa jer..so takde rekod dengan dorang

    ReplyDelete
  5. hehe nasib ptptn nk refungd di buatnya diam mcm batu je..hangus la baki tu hehehe

    ReplyDelete
  6. Sy pn dh lega Sgt setel hutang ptptn ni

    ReplyDelete
  7. Sy pn dh lega Sgt setel hutang ptptn ni

    ReplyDelete
  8. kan, bila dah settle hutang rasa lega sangat..

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah yumida ;)
    PG ni masih banyak hutang :(

    ReplyDelete