Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Umur 1 Tahun 11 Hari: Amirah Dah Ada 4 Batang Gigi

2 gigi atas, 2 lagi gigi bawah, jumlah kesemua gigi Amirah 4 batang. Mula-mula gigi bawah dulu tumbuh, masa usia Amirah 10 bulan. Nak menjangkau 12 bulan gigi atas pula tumbuh. Besar betul gigi atas dia. Padahal gigi susu, nampak macam gigi kapak je.

Comelnye gigi besar dia

Sungguhpun dah ada gigi, Amirah tak pandai makan bubur. Apa-apa makanan kalau bagi hanya sesuap je makan, yang lainnya dia taknak makan. Bagi telur, makan sikit je lepas tu lantai makan. Biskut beras lagi la, yang baby bytes tu, dia buang ke lantai je, tak nak makan.

Sungguhpun tak makan bubur nasi, berat badan dia naik sikit la time menimbang tu. Risau jugak takut berat badan dia turun. Susah betul nak bagi dia makan. Hanya minum susu dengan nestum (baby cereal) tu.

Nestum tu kalau bagi suap ke mulut dia pun taknak makan. Setiap kali buatkan minuman dia, aku campurkan susu dengan nestum. Cair nestum tu dalam botol susu. Camtu je la cara dia makan. Campuran nestum dalam botol susu dia. Nasib baik dia on je. Dibuatnya tak suka kat nestum naya..

Cak!!!

Oh ya, Amirah suka makan kentang putar KFC tu. Tapi bila aku rebus sendiri kentang, kasi lenyek-lenyek taknak pulak dia makan. Adohai anak..memilih sungguh! 
Terima kasih membaca Umur 1 Tahun 11 Hari: Amirah Dah Ada 4 Batang Gigi

8 comments:

  1. amirah comel ye rkamu hehhe yeyy dh banyak gigi dia leh test gigit isi siapa hehe

    ReplyDelete
  2. ank sy x tumbuh gg lagi..haha..dh 10bulan...comel amirah

    ReplyDelete
  3. Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. APERTURE SQUAD

    ReplyDelete
  4. Ooo malas nak kunyah la ni ye.
    alahai syg.
    anak2 pompuan aida dulu pun sama.
    susu aje.
    after 1 year plus br makan.

    ReplyDelete