Ads i+n

❤ Persembahan bunga api meledum-ledam malam MERDEKA 2016. Memang WOW!!!
❤ Mari berjiwang! Dedikasi untuk Hari Kemerdekaan Malaysia 2016
❤ Jiwang lagi. Ditujukan khas untuk Hari Malaysia 16 September
❤ Ibu bapa kena AMBIL TAHU perkara ini..jika sayangkan anak2
Mari mengorat! Pewit..>
❤ Zikir dodoikan anak sampai tidur lena
❤ Doa untuk ibu bapa - terbaik! Buat sesiapa membacanya rasa sebak

Jumlah Angpau Raya Amirah RM765.50 JazakAllahu Khairan

Semalam merupakan penamat bulan Syawal. Bulan yang penuh kemeriahan, menyatukan ahli keluarga dalam 1 keraian, paling penting bulan yang memberi kita peluang untuk bermaafan. Memberi maaf dan meminta maaf. Indahnya bulan Syawal..hanya hadir di Hari Raya.

Raya 2016, inilah pertama kali aku dan hb meraikan hari lebaran bersama permata hati kami. Amirah Alya, yang kini usianya setahun. Beraya bersama anak, seronok tak terkata. Pakaikan dia baju baru, jubah lip lap lip lap, gaun bak tuan puteri. Raya tahun inilah kami paling banyak jalan, beraya dengan penuh teruja, bawa baby a.k.a anak sendiri.

AMIRAH ALYA

Amirah orangnya sporting bila dibawa berjalan. Tak banyak kerenah. Cuma ada sesekala dia nak merasa kek raya. Bagi sikit, secubit kek, berkenan pulak si kecik tu makan kek. Setiap rumah yang kami ziarah mesti teruja bila tengok Amirah. Di ajak bergurau, dia gelak je..

Tahun ni Amirah dapat durian runtuh. Dapat banyak angpau Raya. Terima kasih buat semua yang sudi bagi duit Raya kat Amirah. Moga anda semua dimurahkan rezeki. Dengan berakhirnya bulan Syawal semalam, jumlah angpau Raya yang Amirah dapat adalah berjumlah RM765.50. Yang ada 50 sen tu..tu angpau Raya dari anak buah hb, umurnya 7 tahun, darjah 1, dia bagi angpau Raya gak kat Amirah. Hihi…comel je, lawak.

Beraya bersama makcik dan sepupunya

Duit Raya Amirah ni aku dah masukkan dalam akaun ASB dia. Biar beranak pinak. Seronoknya bila tuan rumah hulurkan sedekah duit Raya kat anak. Agaknya macam ni la rasa mak-mak kan.. Syukur setiap rezeki dariMu. Moga mereka yang baik hati suka memberi ni dipermudahkan urusan mereka, diberi kesihatan yang baik, makin bertambah-tambah rezeki. Terima kasih semua.
Terima kasih membaca Jumlah Angpau Raya Amirah RM765.50 JazakAllahu Khairan

9 comments:

  1. Alhmdlh. Byk gk tu. Masuk ASB biar bertambah2

    ReplyDelete
  2. wah banyaknya.. anak tahun ni dalam rm250 jer..

    ReplyDelete
  3. wah...banyak tu...simpan dalam ASB nanti beranak pinak duit tu =)

    ReplyDelete
  4. wah..blh belanja anti ni.. .boleh buat duit simpanan kan

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulillah. rezeki amirah :)
    selamat hari raya yumida :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Untung la amirah.
    Byk duit raya...
    nanti kalu nak simpan emas, roger acik aida ye :-)

    ReplyDelete