Cari ‘MAK’ Bila Nangis, Panggil ‘ABAH’ Setiap Masa

Amirah..jarang sangat panggil aku ‘mak’. Selalu je aku ajar dia sebut “emak”. Memang tak nak. Time nangis je baru panggil mak. Di situlah baru watak emak wujud.

‘Abah’ memang dia suka sangat sebut. Sentiasa disebut. Bapaknya balik dari kerja, buka pintu, dia dah teruja sambil cakap “ bah..bah..abah..”. Selagi bapaknya tak tengok, selagi tu dia jerit-jerit dari jauh panggil abah.

Amirah masa umur 4 bulan..sekarang dah 1 tahun

Macam tu juga kalau kat kedai makan, kat shopping complex, masa jalan-jalan, even bapaknya tengah kendongkan dia, mulut dia asyik sebut ‘abah’. Pendek kata memang anak bapak. Sentiasa dibelai manja oleh bapaknya. Bergurau pun camtu jugak. Sampai nak tidur pun dia akan peluk bapaknya. Memang anak manja bapak.

Amirah suka gurau sambil baring kat perut. Aku memang tak kasi can la dia baring kat perut. Kang terpijak kat tempat czer, tak pasal2 datang bekas sakit tu. Tapi dengan bapaknya, hmm habis bapaknya kena kerja. Bapak dia pun layankan aje. Maybe pasal tu dia lebih rapat dengan bapaknya berbanding aku yang garang sikit ni. Haha..

Kalau jatuh..automatik nama ‘mak’ keluar. Tak ada pulak sebut nama abah. Hmm pandai budak kecik ni. Dengan matanya yang kuyu, air mata membasahi pipi, minta dipujuk, diambil, dipegang. Anak korang macam mana? Lebih rapat belah korang, belah mak atau bapaknya?

3 comments

comel.. anak buah ejulz pun camya juak.. hehe

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. MASA: dahulu dan sekarang


EmoticonEmoticon