Bila
sebut pasal tak ada elektrik ni, 1 je benda yang tergambar kat dalam kepala. Panas.
Ye, sebab tak boleh on kipas, on air cooler, on aircond. Bermula hari Rabu
2/12/2015 rumah gelap gelita tak ada elektrik sampai la petang Khamis 3/12/2015.
Tak
dapat on lampu takpe, masih boleh gunakan lampu suluh, handphone, lilin untuk
ke tandas, memasak, makan. Tapi bab sengsara bila tak dapat nak guna kipas.
Paling kesian bila ada baby kat rumah. Berpeluh-peluh baby.
Segala
peralatan yang guna bateri pun dah habis bila digunakan hari pertama tak ada
elektrik. Kipas baby yang guna elektrik, power bank, lampu suluh. Untuk hari ke
2 tak ada elektrik tu huhuhu..tu la bermulanya dugaan.
Lambat
betul pihak SESCO ni atur elektrik. Tak tahu apa punca kelewatan diorang settle
bab letrik tu. Pagi Rabu tu, dah start takde lektrik, then keluar sebab nak
hantar FIL ke terminal, masa nak bertolak kami tengok pihak SESCO tengah
aturkan tiang letrik kat depan kampung. Balik malam tu, semua kampung gelap
gelita. Tak ada karan!
Tak
ada elektrik tak dapat on internet, tak dapat bertelefon (tiada signal
telefon), tak dapat tengok tv…semua tu benda kecik je. No hal punya la. Tapi
part tak boleh on kipas tu je buat stress. Panas. Kesian kat baby Amirah
berpeluh-peluh.
Jam 2.30 petang, petang Khamis tu…elektrik dah ada. Yey! Alhamdulillah… zup zap zup zap kipas berpusing..sejuk..yeah lega.. Musim sekolah sekarang ni, selamat menikmati cuti sekolah yang panjang. Selamat berkhatan, selamat berholiday, jaga diri dan kesihatan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
5 comments
Kalau x ada elektrik tu memang berpeluh-peluh juga. Tawau selalu blackout malam. Masa kita nak tidur masa itu lah blackout. Panas tidur.Tapi itulah, tidur kan, bukan kisah sangat :p
Memang kesian dekat anak2.. takde elektrik untuk beberapa jam pun tak stress, apatah lagi berhari2..
satu lagi masalah!! tak blh nk iron baju.. ini masalah besar bagi sya hahah
kesian baby... huhuhu
seksa kalau takde elektrik. biar air takde tahan sikit.