Sinopsis Drama
TV3 Slot Azalea Teman Lelaki Upahan
Teman Lelaki Upahan mengisahkan
Kyra Lydia (Siti
Elizad Sharifuddin) mengupah EL (Ungku
Ismail Aziz) sebagai teman lelakinya. Hubungan yang tidak
ditunjangi cinta itu berjalan dengan lancar. Keluarga Kyra Lydia merestui
hubungan mereka.
Demi
menyandang jawatan pengarah di syarikat ayahnya, Casa Furniture, Kyra
Lydia berjaya mencipta helah demi cita-citanya itu. EL pula bersetuju 100%
apabila Kyra Lydia bersetuju memberikannya sebuah banglo yang dia idam-idamkan
selama ini. Dia sanggup menjadi kekasih upahan Kyra Lydia! Namun, ianya
tidaklah semudah yang dia sangkakan. Kerana untuk memiliki banglo itu, dia
mesti berkahwin dengan Kyra Lydia, barulah impiannya ditunaikan.
Hubungan Kyra Lydia dengan ayahnya
begitu renggang. Ini kerana ayahnya telah memisahkan dirinya dengan ibu
kandungnya, Azlina (Fazlina Ahmad Daud). Kyra Lydia tidak pernah memanggilnya
ayah. Sebaliknya menggunakan panggilan Datuk Azham (Rahim Omar). Malahan, dia
juga turut membenci ibu tirinya, Datin Izzaty (Zarynn Min).
EL menerima tawaran Kyra Lydia dengan
mudah. Selepas hatinya kecewa dek cinta tak kesampaian terhadap Zara (Izara
Aisyah). Tambahan lagi, godaan banglo yang mewah itu membuatkan dirinya
bersetuju.
Siapa sangka, hubungan istimewa
sebagai teman lelaki upahan telah melahirkan bibit-bibit cinta antara mereka.
Mereka disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.
Namun, kebahagiaan yang dikecapi
tidaklah berpanjangan. Perkahwinan mereka diuji dengan bermacam ujian hebat.
Hingga timbul rasa dendam di antara mereka! Perkahwinan mereka menjadi goyah.
Apakah yang mencetuskan dendam dalam rumah
tangga EL dan Kyra Lydia? Bahagiakah mereka berdua? Saksikan segalanya menerusi
drama TV3 Teman
Lelaki Upahan.
Tonton Drama
Teman Lelaki Upahan di kaca tv:
Gambar Drama TV3 Teman Lelaki Upahan
Saksikan Teman Lelaki Upahan
Drama Slot
Azalea
Hari: Isnin
– Khamis
Jam: 7.00 –
8.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
layan.. hehe
SITI ELIZAD & UNGKU AZIZ ISMAIL dua-duanya pelakon lama. byk kali gak berlakon drama before ni
saya rasa lebih suka hero ni berbanding zul ariffin yg saya rasakan lakonannya geli2 belaka hahaha
baca novel jee tak tengok drama kat tv malas nak tunggu ending haha