Istikharah Cinta Episod Akhir

Drama TV3 Istikharah Cinta telahpun tamat hari Jumaat lepas. Nak tahu apa kesudahan drama ni? Jom baca sinopsis ringkas Istikharah Cinta episod akhir.

SINOPSIS EPISOD AKHIR DRAMA ISTIKHARAH CINTA
Hubungan Dina (Faye Kusairi) dan suaminya masih tegang! Ini kerana fitnah yang dicipta oleh Aiza (Nonny Nadhirah) dan Hanafis (Syazwan Zulkifli) untuk membuatkan perkahwinan Dina gagal. Mengetahui taktik licik mereka berdua, Airil (Zul Ariffin) langsung tidak mempedulikan rancangan jahat mereka.

Alisya (Lia Natalia) isteri kepada Hanafis kagum dengan sifat Airil yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan. Selepas foto bermesraan Dina dan Hanafis didedahkan kepada Airil, sikap Airil sentiasa ‘cool’. Alisya diserang rasa bersalah kerana dirinya juga cuba mengambil tindakan terburu-buru.

Airil berusaha menceriakan isterinya. Menunjukkan sikap ambil berat. Namun, hati Dina masih sakit mengingatkan Aiza pernah memberitahunya Aiman merupakan anak kepada Airil.

Rancangan keji Hanafis dan Aiza terbongkar apabila Dina mengetahui yang Hanafis dan Aiza saling mengenali masing-masing. Barulah Dina tersedar, rupa-rupanya mereka berdua cuba meruntuhkan rumahtangganya bersama Airil. Dina segera meminta maaf kepada Airil. Hubungan mereka kembali pulih.

Dr. Rizal (Nizen Ayob) suami kepada Aiza menegur sikap bekas isterinya kerana mempergunakan anak mereka iaitu Aiman untuk mendapatkan perhatian Airil. Selepas mendapat keputusan semakan DNA, Aiman sah anak kepada Dr. Rizal.

Selepas berbagai anasir jahat cuba mendapat kembali bekas buah hati mereka, akhirnya Hanafis dan Aiza mengalah. Kini mereka telah sedar, Dina dan Airil bukan hak mereka. Hanafis kembali ke pangkuan isterinya dan melayani isterinya dengan baik. Dr. Rizal menerima kembali Aiza dalam hidupnya. TAMAT! HAPPY ENDING!

Istikharah Cinta episod akhir, sinopsis episod terakhir Istikharah Cinta, gambar, pelakon, pengajaran drama Istikharah Cinta episod akhir, last episode, ending Istikharah Cinta, episod kemuncak

KOMEN ENDING DRAMA ISTIKHARAH CINTA
Aku kurang suka dangan pengakhiran drama Istikharah Cinta ni. Tak nampak seperti kehidupan kita yang sebenar. Segalanya seperti kisah novel, penghujung mesti ada pengaturan kisah masing-masing. Macam biasa, penghujung mesti nak semua part bahagia. Itu biasa yang kita baca menerusi novel. Memang tak best. Jalan cerita biasa. Dah dapat diagak oleh penonton walaupun tak baca novel asal ataupun jarang mengikuti perkembangan drama ni. Mungkin penulis novel atau penulis skrip kena lebih kreatif, menghasilkan karya yang diluar kebiasaan daripada penulis lain.

Ada jugak penonton melabel drama Istikharah Cinta ni seperti sinetron Indon. Jalan cerita merepek. Haha..ini kisah benar melalui pembacaanku di laman sosial. Hadoi..macam-macam..

Semua pelakon bagus, memainkan peranan masing-masing. Pujian melangit buat Syazwan Zulkifli sebab dapat menjayakan watak Hanafis dengan cemerlang! Part jahat, memang jadi betul-betul jahat. Sakit hati kami sebagai penonton ni. Hihi.. Cuma lakonan Faye Kusairi sebagai Dina kurang best. Entah kenapa aku tak dapat nak selami lakonannya. Lakonan yang tak meninggalkan kesan. Mungkin dia masih baru. Hmmm.. Kena perbaiki lagi mutu lakonan ye FK.

PENGAJARAN DRAMA ISTIKHARAH CINTA
- Utamakan suami! Nak keluar, nak jumpa sesiapa kena maklumkan kepada suami terlebih dahulu. Jangan suka layan lelaki yang takde kaitan dalam kehidupan kita. Even berstatus bekas kekasih.
- Selidik berita yang didengar sebelum mempercayainya. Jangan terburu-buru nak percaya terus.
- Jangan menabur fitnah sebab boleh memberi kesan buruk pada orang lain.
- Menghargai orang yang sentiasa ada di sekeliling kita.
- Jadilah insan yang bertanggungjawab. Jalankan tugas sebagai suami, ibu dengan baik.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far