Drama TV3 Istikharah
Cinta telahpun tamat hari Jumaat lepas. Nak tahu apa kesudahan drama ni? Jom
baca sinopsis ringkas Istikharah Cinta episod akhir.
SINOPSIS EPISOD
AKHIR DRAMA ISTIKHARAH CINTA
Hubungan Dina
(Faye Kusairi) dan suaminya masih tegang! Ini kerana fitnah yang
dicipta oleh Aiza (Nonny Nadhirah) dan Hanafis (Syazwan Zulkifli) untuk
membuatkan perkahwinan Dina gagal. Mengetahui taktik licik mereka berdua, Airil
(Zul Ariffin) langsung tidak mempedulikan rancangan jahat mereka.
Alisya (Lia
Natalia) isteri kepada Hanafis kagum dengan sifat Airil yang sentiasa bersabar
dalam apa jua keadaan. Selepas foto bermesraan Dina dan Hanafis didedahkan
kepada Airil, sikap Airil sentiasa ‘cool’. Alisya diserang rasa bersalah kerana
dirinya juga cuba mengambil tindakan terburu-buru.
Airil berusaha menceriakan isterinya. Menunjukkan
sikap ambil berat. Namun, hati Dina masih sakit mengingatkan Aiza pernah
memberitahunya Aiman merupakan anak kepada Airil.
Rancangan keji Hanafis dan Aiza
terbongkar apabila Dina mengetahui yang Hanafis dan Aiza saling mengenali
masing-masing. Barulah Dina tersedar, rupa-rupanya mereka berdua cuba
meruntuhkan rumahtangganya bersama Airil. Dina segera meminta maaf kepada
Airil. Hubungan mereka kembali pulih.
Dr. Rizal (Nizen
Ayob) suami kepada Aiza menegur sikap bekas isterinya kerana mempergunakan anak
mereka iaitu Aiman untuk mendapatkan perhatian Airil. Selepas mendapat
keputusan semakan DNA, Aiman sah anak kepada Dr. Rizal.
Selepas berbagai anasir jahat cuba
mendapat kembali bekas buah hati mereka, akhirnya Hanafis dan Aiza mengalah. Kini
mereka telah sedar, Dina dan Airil bukan hak mereka. Hanafis kembali ke
pangkuan isterinya dan melayani isterinya dengan baik. Dr. Rizal menerima
kembali Aiza dalam hidupnya. TAMAT! HAPPY ENDING!
KOMEN ENDING
DRAMA ISTIKHARAH CINTA
Aku kurang
suka dangan pengakhiran drama Istikharah Cinta ni. Tak nampak seperti kehidupan
kita yang sebenar. Segalanya seperti kisah novel, penghujung mesti ada
pengaturan kisah masing-masing. Macam biasa, penghujung mesti nak semua part
bahagia. Itu biasa yang kita baca menerusi novel. Memang tak best. Jalan cerita
biasa. Dah dapat diagak oleh penonton walaupun tak baca novel asal ataupun jarang mengikuti perkembangan drama ni. Mungkin penulis
novel atau penulis skrip kena lebih kreatif, menghasilkan karya yang diluar kebiasaan daripada
penulis lain.
Ada jugak
penonton melabel drama Istikharah Cinta ni seperti sinetron Indon. Jalan cerita
merepek. Haha..ini kisah benar melalui pembacaanku di laman sosial. Hadoi..macam-macam..
Semua pelakon
bagus, memainkan peranan masing-masing. Pujian melangit buat Syazwan
Zulkifli sebab
dapat menjayakan watak Hanafis dengan cemerlang! Part jahat, memang jadi
betul-betul jahat. Sakit hati kami sebagai penonton ni. Hihi.. Cuma lakonan Faye
Kusairi sebagai Dina kurang
best. Entah kenapa aku tak dapat nak selami lakonannya. Lakonan yang tak
meninggalkan kesan. Mungkin dia masih baru. Hmmm.. Kena perbaiki lagi mutu
lakonan ye FK.
PENGAJARAN DRAMA ISTIKHARAH
CINTA
-
Utamakan suami! Nak keluar, nak jumpa sesiapa kena maklumkan kepada suami
terlebih dahulu. Jangan suka layan lelaki yang takde kaitan dalam kehidupan kita.
Even berstatus bekas kekasih.
-
Selidik berita yang didengar sebelum mempercayainya. Jangan terburu-buru nak
percaya terus.
-
Jangan menabur fitnah sebab boleh memberi kesan buruk pada orang lain.
-
Menghargai orang yang sentiasa ada di sekeliling kita.
-
Jadilah insan yang bertanggungjawab. Jalankan tugas sebagai suami, ibu dengan
baik.
1 comments so far
Pengajaran yg sgt bagus :)
EmoticonEmoticon