Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan orang
ke-6 terkaya di Malaysia tahun 2014, dengan memiliki aset bernilai RM11.07
billion. Beliau merupakan usahawan Melayu yang telah berjaya dalam karier dan
kehidupan. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan idola Yumida. Sila senyum :)
Haruslah contohi orang yang berjaya kannn…
Siapa Tan
Sri Syed Mokhtar Al Bukhary? Bagi sesiapa yang belum mengenali beliau, mari kita lihat latar belakang profil beliau.
Haaa..dah
kenalkan? Maka, bolehlah jatuh cinta. Jatuh cinta pada keperibadiannya. Siapa
sangka dari kehidupan yang susah kita boleh bangkit menjadi orang yang berjaya
di dunia ini. Semuanya dengan usaha yang tinggi di samping tidak mengenal erti
putus asa. Sebab itu Yumida amat kagumi dengan semangat beliau. Dahulunya
beliau pernah hidup susah, di mana tinggal di rumah kayu yang tidak mempunyai
katil, meja dan kerusi. Keadaan ini mengajar dirinya untuk terus bangun dan
meningkatkan taraf hidup keluarga.
Di
sebalik kegagalan dan kepayahan yang diharungi, akhirnya berjaya juga Tan Sri
Syed Mokhtar Al Bukhary merasai kemanisan usahanya. Alhamdulillah, banyak
kejayaan yang telah beliau kecapi sehingga ke hari ini. Semuanya dengan berkat
sabar dan usaha yang konsisten. Mari kita lihat syarikat-syarikat mega di bawah
naungan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Banyak
menerima kegagalan tidak bermakna diri kita akan gagal selama-lamanya. Contohi
sikap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
di mana beliau seringkali menghadapi kegagalan dalam membuka perniagaan. Namun
tidak pernah merasai kegagalan itu mematikan perjuangan hidupnya dalam mencari
rezeki. Sikap yang suka mencuba dan berani mengambil risiko meletakkan dirinya di
antara 10 orang terkaya di Malaysia. Tahniah diucapkan!
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
27 comments
kalau baca buku biografai dia mmg perit time dia nk berjaya.
mmg bnyak dia gagal,
rugi pun berjuta,
tapi dia boleh bangkit semula,
mmg hebat.
sy bangga dengan kejayaan beliau yang sentiasa berusaha
Setiap orang yang berjaya, pernah merasa gagal tapi sik pernah putus asa dan selalu berusaha dengan lebih gigih gik.. ;D
Nak berjaya jugak macam beliau ! :)
Nak berjaya jugak macam beliau ! :)
wah, hebatnyer :) Salam Perkenalan, akak @3Yumida.Sya singgah sini smbl follow blog akak nii :D #876
betul kata Shark tu..tapi dah jatuh nak bangkit yg susah sampai terduduk.. ...mungkin sy lah kot.
jom join segmen ni, hadiah tudung yg lawaa sangat
http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/02/segmen-saya-nak-tudung-syria-superb_22.html
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/02/tasik-banding-perak.html
Memang harus di jadikan IDOLA
Assalammualaikum... yumida,
biografi pasal tan sri syed mokhtar.. jarang ambik tahu pasal orang kaya nie..
mselim3
Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.. semoga menjadi inspirasi kpd kita semua utk berjaya...
Beliau nang The Best... antara bumiputera nk terkaya sekali nak... mun sik silap no.1 sampey no.5 semua non-bumi... sik pasti kmk... hehe...
"Keep Smiling"
^_^
Alhamdulillah...kebiasaannya macam tu...ada yang bangkit semula dan terus berjaya..setelah beberapa kali mengalami kegagalan...
Tan Sri Syed Mokhtar idola Zumal dalam bisnes
Bukan senang nak senangkan..Perjalanan yang panjang penuh dugaan..
blh dijadikan aspirasi utk bjaya
betul kata Lya.. :)
jadikan inspirasi
betul2 berjaya kan..
Bangga pabila melihat ada bangsa kita dan beragama Islam boleh kaya sebegini!
murah rezeki berkat kegigihan nya :)
ni baru betul bajay..seronoknya tuah mereka kan :)
jom kita usaha bg kaya juga Yumida..jom :)
Assalamualaikum yangg, wahh kayanya beliau ~~~
ambil semangat beliau dalam menempuh kegagalan.....
semoga kejayaan orang lain menjadi pemangkin motivasi kita semua untuk berjaya :D
sangat kagum dengna beliau.. jadikan contoh untuk berjaya
wahhh... x semesti susah akn susah smpai bebila kan yumida.. yg penting usaha... kagumlah dgn beliau!