Jejaka Jambu Semasam Lime Punya Idea Kreatif


 
                                                           KLIK BANNER UTK JOIN

As salam buat rakan pembaca,

Mengumumkan...Yumida ada kenalan rakan blogger baru. Alhamdulillah..laman sosial banyak memberi manfaat pada diri Yumida. Rakan baru maya bertambah dari sehari ke sehari. Melebarkan ukhuwah ke seluruh dunia..hanya di hujung jari sahaja.

Terbaru...ehem-ehem...Yumida nak memperkenalkan pada korang semua. Penulis blog LimeCreative’s Blog



Wajah blog LimeCreative’s Blog:



Komen blog:

Blog kelihatan kemas, simple, loading pun laju. Susunan widget yang teratur. Sedap mata memandang. Nak baca pun senang. Latar belakang blog berwarna hitam lantas menaikkan seri header blog yang berwarna hijau limau.

 Terpegun dengan ketampanan header LimeCreative’s Blog...unik, kreatif, asli, awesome! Pertama kali Yumida singgah ke blog ni, Yumida terpesona dengan kekacakkan header LimeCreative’s Blog. Tak sangka empunya blog ni punya bakat yang besar dalam bidang melukis. Berjiwa seni.

Menggunakan tema ‘Ramadhan Mubarak’ sememangnya membuatkan diri Yumida merasai aura Ramadhan di bulan yang  barokah ni. Disisipkan dengan logo blog iaitu picture buah limau. Hmmmm...setiap kali Yumida tengok picture ni asyik nak telan air liur je. Teringat kesedapan air limau ais.

Yumida cukup kagum dengan usaha tuan blog LimeCreative’s Blog yang mana cukup kreatif dalam mereka cipta hasil lukisan sendiri. Di setiap entrinya, disertakan dengan pic yang di design oleh LimeCreative’s Blog sendiri. Menarik..unik..kebaboom!

Pada pandangan Yumida sendiri, blog seperti LimeCreative’s Blog mempunyai trademark nya tersendiri. Blogger pelukis. Blog ini lebih mudah dikenali pembaca dengan trademark bakat lukisannya dalam mengolah entri. Pasti meletakkan ia dengan kedudukan yang sangat kukuh di alam blogging.

LimeCreative’s Blog bukan sekadar blog yang cantik, tampan dengan hasil lukisannya...malahan di setiap entrinya penuh bermesej! Berkongsi mengenai tips, panduan, maklumat buat para pembacanya. Blog seperti inilah yang kita damba-dambakan. Berkongsi info yang bermanfaat bersama pembaca lain. Alhamdulillah..perkongsian yang sangat baik yang amat membanggakan!


Haaa... LimeCreative’s Blog jugak mempunyai page facebook yang aktif! Pengikut page Lime Creative bertambah dari sehari ke sehari! Wah...alhamdulillah! Banyak betul peminat. Jom ramai-ramai terjah page Lime Creative ni:



  

Siapa nak tengok empunya diri LimeCreative’s Blog? Sila angkat kaki! Hehe...
  


Inilah jejaka model pemilik LimeCreative’s Blog. Seperti Yumida jugak, orangnya menggunakan picture doodle sebagai pengenalan diri. Dikenali sebagai Nan-Lime. Doodle berkulit sawo matang..segak bergaya! Salam perkenalan daripada Yumida :)


Istimewanya mengenai LimeCreative’s Blog:

Pada pandangan Yumida sendiri, Yumida suka membaca entri yang dihasilkan oleh LimeCreative’s Blog. Penggunaan ayat yang santai. Memudahkan pembaca untuk memahami mesej yang disampaikan dalam entri. Mereka cipta gambar/ doodle bagi mewakili mesej yang ingin diketengahkan. Kreatif! Itulah gambaran tepat buat pemilik LimeCreative’s Blog. Membuatkan para pengunjung terhibur dengan sajian gambar yang disediakan.



Jom mengenali Nan-Lime dengan lebih dekat. Beliau mempunyai 2 buah blog iaitu Blog.Lime.my dan Awesome.Lime.my. Manakala mempunyai 2 buah akaun facebook juga iaitu Lime Creative dan Lime Gadget. Memasing mempunyai peranannya yang tersendiri. Terkini!!! Beliau sedang menganjurkan kontes yang dikenali sebagai Contest Blogger Jejaka Jambu. Sesiapa yang berminat..jemputlah ramai-ramai join kontes ni. Hadiah pun menarik tau. Mana tahu kot-kot terlekat salah satu hadiah powerbank tu. Haaa...kan namanya rezeki. Jomlah join.

Macam Yumida pulak...pilih title Jejaka Jambu Semasam Lime Punya Idea Kreatif. Jejaka Jambu a.k.a Nan-Lime. Hmmm...sebut je nama LimeCreative’s Blog kecur air liur ni, teringatkan air limau. Mmm...sedap! Masam-masam manis gitu! Limau bukan sebarang limau..limau yang special nyer! Kreatif! Inovatif!




Sepatah dua buat LimeCreative’s Blog:

Moga perkongsian ilmu di antara kita akan sentiasa dikembangkan. Supaya pembaca di luar sana sentiasa mendapat faedah hasil pembacaan daripada blog kita. Sokongan daripada rakan blogger umpama suntikan motivasi menyemarakkan lagi dunia blogging. Kekreatifan dalam menjana entri merupakan satu bonus untuk menarik lebih ramai pembaca! Nan-Lime...selamat datang ke alam blogging dan salam perkenalan daripada Yumida.




                                           Artikel ini ditaja oleh : Contest Blogger Jejaka Jambu.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far