KLIK BANNER UTK JOIN
As salam buat rakan pembaca,
Syukur Alhamdulillah kupanjatkan
padaNya kerana diberikan peluang untuk menyertai Cerita Hari Raya Contest yang dianjurkan oleh dressuana.blogspot.com. Dengan rasa
terujanya, aku nak share kisah beraya aku bersama korang. Jom sama-sama
hayatinya.
Alhamdulillah...raya tahun ni aku rasa
seronok sekali. Sebab apa? Pelbagai perasaan gembira, ceria, kelakar...semuanya
bercampur aduk dengan kedatangan Aidilfitri kali ni. Memberikan kenangan
terindah buat diriku. Ala-ala kenangan masam-masam manis gitu. Yang specialnya
pasal raya tahun ni, aku meraikannya bersama yang tersayang. Suami tercinta :)
HARI
RAYA PERTAMA
Pagi Syawal, ketika bergemanya takbir
raya yang kedengaran tidak jauh dari masjid. Kami sekeluarga kelam kabut mempersiapkan
diri untuk sembahyang raya. Semuanya gara-gara terlewat bangun. Haha.. Malam
sebelum tu dek ghairah nak sambut raya kita orang semua tidur lewat. Bekerja
keras menghias rumah. Bila bangun..nah rasakan! Semuanya kelam kabut.
Misi aku menyediakan baju melayu untuk
hb. Actually dah di seterika malam sebelumnya. Tapi tak jumpa! Cari punya
cari...penat jugak mikir kat mana aku sangkut baju melayu tersebut. Padahal
lokasi terakhir yang aku ingat dekat sofa. So, aku pun tanya la kat kakak ipar
aku tu. Mana baju melayu yang tersidai kat situ. Rupa-rupanyaaa....dah masuk
sekali dalam mesin basuh! Frust menonggeng. Dah la baju baru..siap dah seterika
lagi tu. Coz masa nak tukar langsir malam tu, kain langsir diletakkan jugak kat
atas sofa. Nak dikumpul untuk dicuci terus. Dengan baju melayu tu sekali masuk
dalam washing machine. Huhu... Hmmm..redho je la. Aku pun cari baju melayu yang
lain untuk hb aku. Baju melayu tahun lepas nyer. Tapi tak sempat nak
seterika..nak buat macam mana. Kang dah habis pulak orang solat raya.
Selepas solat raya, kita orang
berkumpul seisi keluarga. Kini tibanya saat gembira dan sedih. Kami bersalaman
meminta maaf antara satu sama lain. Situasi yang penuh emosi. Usai sahaja
bersalaman, duit raya dihulurkan. Tanpa mengira yang tua dan muda semuanya merasa
kegembiraan menerima angpau raya. Nilai wang bukan menjadi faktor pengukur.
Yang penting kehepian semua orang mendapat sampul raya. Riuh rendah jadinya.
Yang best nya...aku pun dapat duit
raya gak. Yey! Raya tahun ni (2013)
merupakan detik bersejarah dalam hidup aku. Sebab apa? Tahun ni aku dapat duit
raya paling banyak!!! Rasa macam tak percaya. Syukur Alhamdulillah..semoga aku
sentiasa dimurahkan rezeki. Even dah dapat title ‘wife’ namun masih ada yang
bermurah hati menghadiahkan duit raya. Horrey! See..aku masih kanak-kanak riang
di mata orang. Ngeee :)
Pssst! Nak
tahu tak jumlah duit raya yang aku dapat di pagi raya tu? Kesemuanya berjumlah
RM1440.00. Aaaaa....macam tak percaya dapat duit raya sebanyak tu! First time
lagi tu. Syukur Alhamdulillah! Terima kasih pada yang sentiasa menghulur,
semoga korang juga sentiasa dimurahkan rezeki olehNya. Dedikasikan khas buat hb
tercinta (RM1200), mother in law (RM50), sister in law (RM100), sister in law
(RM60) dan sister in law (RM30). Yey! Ada duit raya..
Hari Raya
Pertama pada sebelah petangnya pula, kami plan nak berkunjung ke rumah sanak
saudara yang terdekat. Raya pertama katakan...semangat
berkunjung dari satu rumah ke rumah berkobar-kobar. Tambahan lagi tersedia
juadah menanti kedatangan kami sekeluarga. Ada yang bertanya resepi kek, resepi
biskut, rahsia membuat rendang yang awesome rasanya. Siap ade yang
bergosip-gosip. Haha...itulah kemanisan bila kita dapat berkumpul
beramai-ramai.
Masa tu aku dan hb bawak si cilik
comel, Lya. Dia ni anak buah aku. Umur baru 3 tahun. Masa nak bawak dia pergi
berziarah raya, parents dia tak ikut. Pasal..kita berdua bawak dia curik-curik
keluar. Hehe.. Parents dia tak tahu masa tu. Coz pergi beraya ke tempat lain. Haa...kita
orang pun ambik kesempatan. Bawak si kecik ni berjalan. Al-kisahnya..sampai kat
umah saudara sebelah hb, tetibe si Lya ni ‘buat hal’. Kecoh serumah dibuatnya!
Boleh pulak dia pergi lepaskan hajat kat sofa rumah orang. Huhu...segan tak
terkata. Silap kita orang jugak. Pasal tak pakaikan dia pampers. Huhu..sempat
mandi dan pinjam baju tuan rumah. Nasib baik tuan rumah cool. Segan tu..segan
la jugak. Kikiki.. pengajarannya jangan bawak anak orang sesuka hati. Kan dah
dapat padahnya. Haha.. Bila story balik kisah ni kat parents si Lya tu, diorang
gelak tergoleng-goleng.
Jam 8.30 malam..selesai sahaja solat
Isyak, aktiviti membuat asap mula menular. Umpama berperang je bunyinya. Aku
seperti biasa, main bunga api jenis dawai dengan anak-anak buah. Manakala hb
aku pula, main bunga api 16 das. Syok! Berdentam-dentum. Pancaran bunga api
yang pelbagai warna menghiasi ruangan langit. Korang nak tahu. Acara bermain
mercun dan bunga api bermula selesai sahaja habis solat Isyak sehingga ke
tengah malam! Syok wooo.... Seronoknya berhari raya :)
HARI
RAYA KE-2
Plan kami
sekeluarga nak pergi beraya ke rumah atuk. Satu-satunya atuk yang masih hidup.
Perjalanan ke rumah atuk mengambil masa selama 4 jam. Memandangkan di musim
perayaan kereta banyak di jalan, so ianya memanjangkan lagi tempoh perjalanan
kami. Bukan tu sahaja, nak tunggu giliran naik feri aduhai lama bebeno.
Panjaaaang barisannyaaa. Macam tak bergerak.
Kami sampai
di pangkalan jeti Simunjan pada jam 9.30 pagi. Setia menunggu.. Menonton orang
yang lalu lalang ke gerai. Siap berposing pelbagai gaya dalam kereta. Last-last
jam 11.30 pagi baru dapat naik ke feri. 2 jam menanti menaiki perut feri.
Alhamdulillah..akhirnya kesampaian jugak.
Riangnya
berhari raya...berkumpul ramai-ramai cenggini..nampak meriah!
Selepas
beberapa jam di rumah atuk. Jam 3 petang kami berkira-kira nak balik. Hujan
turun renyai-renyai membasahi tanah bumi. Memandangkan rumah atuk belum sampai
jalan bertar lagi. Kawasan berjalan kaki tadi tu menjadi becak.
Hohoho..pengguna bertumit tinggi menjadi panik seketika. Mencari jalan..macam
mana nak lalu jalan yang berbecak tu. Kalau jalan pakai heel, kompom tenggelam
ke dalam. Erk..macam mana nak gerak..huhuhu..
Alhamdulillah..hb
yang baik hati mempelawa aku memakai sandalsnya. Baiknye! So sweet! Terharu aku
dibuatnya. Dia pulak balutkan kaki pakai plastik. Hehe..nampak kiut pulak. Masa
nak lalu kawasan berbecak tu, kami jalan berpegangan tangan. Bukan apa..aku
takut nanti dia tergelincir kat kawasan becak tu. Plastik tu kan licin. Kang
tak pasal-pasal baju melayu dia kotor jatuh tersembab kat situ. So, aku pegang
la tangan dia. Family yang lain kecoh menyakat kami berdua. Katanya kami ni
umpama pengantin baru. Ahaha! Rasa romantik bila jalan berpegangan tangan.
Jeles la diorang tu..kikiki..
Sampai kat
kereta, semua sibuk mencuci kaki lepas melalui jalan berlumpur tu. Masa
perjalanan balik tu kan..kita orang kena naik feri yang sama tadi tu. Huhu..ni
la dugaan menunggu paling lama. Bayangkan korang. Kita orang sampai di
pangkalan jeti jam 4 petang. Tunggu punya tunggu..tak jugak dapat masuk ke
perut feri. Jam 8.30 malam baru dapat menaiki feri. Imagine kan korang. Kami
menunggu selama 4 jam setengah. Lama giler. Kat sini kalau musim perayaan
kompom barisan feri ni akan jammed. Tapi nak buat macam mana. Tu je pilihan
yang ada. Redah je la.
HARI
RAYA KE-3
Raya ke-3 kita orang buat open house.
Jemput saudara mara, rakan taulan, member sekampung, member lama datang ke
rumah. Open house bermula jam 2 petang hingga 9 malam. Ramai jugak tetamu yang
datang. Penat tu penat la jugak. Tapi seronok! Penat yang berbaloi gitu.
Syoknya saat berhari raya. Perayaan
yang disambut setahun sekali. Memang penuh kemeriahannya. Sampai di sini saja
kisah hari raya yang dibawakan olehku. Hope korang semua enjoy menghayatinya :)
Assalamualaikum...
Indahnya
berhari raya,
Masa untuk
semua bersuka ria,
Yang tua
yang muda yang miskin yang kaya,
Selamat hari
raya!
Salam lebaran di pagi Syawal,
Excited bersolat Raya menjadi yang
terawal,
Makan lemang, ketupat dan rendang ikan
bawal,
Beringat-ingat pemakanan hendaklah
dikawal,
Salam Syawal :)
Psssst! Sebelum aku mengundur
diri..nak kasi korang pantun jap. Sambil-sambil tu..moh ler join kontes Dressuana ni: Cerita Hari Raya Contest. Teringin gak nak baca pengalaman korang
berhari raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri u olls :)
TAMAT: 24 OGOS 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
GudLuck Yumida.. ^_^
Good luck
semoga berjaya