Esok Raya Ke?

bulan Ramadhan bakal menutup tirai.jiran tetangga memasing sibuk mengemas umah. haaa...time ni la korang akan tengok bakat mengemop, mengelap, menyapu...semuanya tercungkil keluar. semangat nak raya katakan. dalam pada tu..adakah korang mengetahui definisi sebenar meaning hari raya aidilfitri? nak tahu??? jom kita menyelami maksud sebenar hari raya aidilfitri.


Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.


haaaa...kan. malam ni tunggu pengumuman..raya ke tak besok hari. umah dah siap kemas. yey! malam ni boleh la main bunga api. lalalala...




.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

12 comments

Selamat menyambut Hari Raya. Semoga bergembira di samping keluarga tercinta. Maaf zahir dan batin. =)

Of course esok raya..confirm..kalau tak ramai yang kecewa nanti..hehe

kalau esok diumumkan tak raya, xtau lah nak bagi reaksi macam mana. hahhaha.

btw selamat hari rayaaaaa :D

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...Mohon Maaf Zahir dan Batin...

Selamat menyambut ari raya ktk :D heeee..

biasanya kalo ikot kalendar betul dear..hihi.. selamat hari raya maaf zahir batin yumida.. semoga berbahagia di hari raya... =D

mcm kad raya kmk jak di atas ya.. hehe.. selamat hari raya maaf zahir batin. sapa x tamat posa x blh raya.. :P

Selamat Hari Raya kak yumaida :D

rayaaaa!!!!rayaaa...raya.....slamat hari raya!!!!!