Maafkan Aku


Alhamdulillah...Jumaat tiba lagi
Di hari yg mulia ni
Aku memohon kemaafan andai..
-      Pernah menyinggung perasaan korang
-      Pernah memberi komen yg membuatkan korang rasa tak suka
-      Pernah menghasilkan entry emo..
-      Juga andai tak ter-follow back korang balik
-      Tak membalas kunjungan komen korang

Maafkan aku.
Aku...Si Yumida memohon kemaafan seikhlas hati
 

Perlu disedari, bahawa di dunia ini tidak ada seorang pun yang tidak pernah berbuat kesalahan. Maka hal yang terbaik bagi setiap diri adalah menyedari akan kesalahan yang pernah dilakukannya, kemudian bersegera untuk memohon maaf atas kesalahannya itu.

Jika kesalahan itu terhadap Allah s.w.t., maka bersegeralah memohon keampunan-Nya. Dan jika kesalahan itu terhadap sesama manusia, maka bersegeralah meminta maaf daripadanya.

Paling utama adalah jika ada yang pernah berbuat kesalahan terhadap kita, maka maafkanlah kesalahannya, sekalipun orang yang berbuat kesalahan itu tidak pernah memohon maaf daripada kita. Kerana ketahuilah, bahawa dengan begitu rahmat Allah akan senantiasa meliputi kita. Allahu a’lam.

Esok 6 April 2013 [xde lektrik..huhuhu]
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

17 comments

dgn cikna takde buat salah kot. maafkan cikna juga k. :)

akak takde buat salah pon. yang tak balas komen kunjungan tu maybe akak sibuk kan?

#sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain# peacee =D

luqman pon same jgk :) hehe :) hepi blogging k!

heee ; nice entri ... najihah pom mintak maaf juge :)

ehh takde lah.. tiap kali iha datang sini rasa ceria je tau.. tapi alang2 iha pun nak mintak maaf kat akak jugak kalau sebelum ni iha TERkasar komen ke.. :)

Saya pun nak minta maaf jugak pada Yumida kalau tersalah ayat ker...heheeh

maafkan lissa jugak.. ^^

kkdang kita komen ikut kata hati kita je kan..erm.. hana pun nak kena mtk maaf jugak lah

awat semua komen sedih2 ni x retilah nk sedih2 kat blog tskkk tskkk sob..sob...huwaaaaa!

alah sis yumida terbaik sbb cpt atau lmbt mesti akn bls sggh bc entri n komen entri.kdg2 mmg tgu entri sis yg kelakar dgn kartun nak2 lagi kucing tu hahahaha.

sbnrnya sis xleh nk bw n komen sbb xda elec lah ye ngeee ^**

Yumida xde salah ape2 dengan nur...
Apapun, Nur minta maaf dengan yumida juga ye..

baiklah..dimaafkan..ehehehe:p

Ehh kita lagi suka akak komen blog kita :D

bereh2. hehe

Naim pun sama juga. :)

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/04/ustaz-azhar-idrus-pilihlah-pemimpin.html