Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin

KLIK BANNER UTK JOIN

As salam. Tertarik ngan pic banner empunya penganjur. Yumida datang menjoinkan diri.


Sebab2 Yumida Nak Menang:

1. Hadiah tabung kamera Canon sebagai pembakar semangat untuk menabung

Yumida amat2 berminat dgn hadiah yg ditawarkan iaitu tabung berbentuk kamera Canon. Melihat pd banner Miraa, semangat utk memiliki tabung kamera Canon membuak-buak. Cantik, cute, juga memiliki design yg menarik. Dgn adanya tabung kamera Canon ni, setiap hari Yumida akan menyumbangkan ringgit dan sen. Sikap menabung telah lama wujud dlm diri Yumida, jadi dgn adanya tabung Canon ni Yumida semakin bergiat aktif. Pada masa yg sama, memupuk sikap berjimat cermat dan mengelakkan sikap boros. Seterusnya, wang simpanan dlm tabung Canon ni nanti blh la digunakan utk membeli gadget impian. Ehem-ehem...semestinya DSLR.



2. Hadiah tabung kamera Canon menggantikan tabung lama

Tabung lama Yumida iaitu tabung KFC dah lama Yumida miliki. Isinya pun dah penuh. Jadi, melihat pada hadiah Miraa ni memang sangat2 sesuai dgn situasi Yumida. Sememangnya Yumida memerlukan tabung baru. Bila tabung KFC ni dah penuh, Yumida jadikan dashboard kereta utk menyimpan duit syiling. Kengkadang bertaburan di sana sini. Agak berserabut sedikit. Ye la...duit2 syiling ni seharusnya diletakkan dlm satu bekas, seelok-eloknya tabung. Jadi, Yumida berharap agar terpilih menjadi yg bertuah nanti.



3. Mempamerkan tabung kamera Canon & sebagai tempat umum utk menderma wang

Tidak dinafikan, tabung kamera Canon ni amat cantik. Yumida sendiri pun sudah terpikat dgn warna dan designnya. Tabung yg cantik sebegini akan Yumida pamerkan di ruang tamu sebagai tatapan tetamu. Malah, Yumida jadikan tabung tu sebagai tempat utk sesiapa menderma duit. Disertakan dgn notis berbunyi, “Dermalah sedikit wang..bagi membantu Yumida mendapatkan DLSR..moga kebaikan anda dibalas olehNya”. Haa..sesape yg baca notis ni sure cair hatinya utk menderma dan menabung demi Yumida. Hehehe..

4. Tabung kamera Canon sebagai platform menyimpan wang utk masa depan

Wang yg tersimpan di dlm tabung ni akan Yumida hantar ke bank. Bukan bank biasa tapi Amanah Saham Bumiputra (ASB). Dgn ASB ni, wang akan beranak pinak. Maka Yumida akan menerima bunga dan faedah hasil menyimpan wang dlm ASB. Jadi, sememangnya berbaloi amalan menabung ni. Bukan utk suka2 menabung tapi sebagai simpanan di masa hadapan. Sama ada digunakan utk kecemasan, pendidikan atau perbelanjaan lain. Masa hadapan kita tidak tahu apa yg bakal terjadi. Dgn adanya tabung kamera Canon, membantu Yumida merealisasikan matlamat Yumida.



5. Ingin mendapatkan membership @ MHB

Yumida nak menang jugak sebab nak jadi sebahagian daripada ahli utk MHB. Banyak manfaat yg diperoleh kalau Yumida menjadi ahli MHB ni. So jimat..so banyak diskaun..so banyak kelebihan yg diperoleh Yumida. Syok. Rasa nak lagi..nak lagiii bershopping di MHB. Itu pun kalau ade membership MHB nih. Yeah...moga Yumida terpilih nanti...

6. Nak..nak nakkkkk RM5 tuuuuu

Yumida tergoda, terpikat, jatuh cinta dgn hadiah pertama iaitu bakal mendapat RM5. Wah...best! best! Dgn adanya RM5 ni Yumida nak beli topup utk reloadkan broadband Yumida. So, dapatlah Yumida beronline setiap masa. Setiap minit beronline amat-amatlah Yumida hargai. Dgn wang RM5 akan Yumida manfaatkan sebaiknya. 



TAG:

TAMAT: 6 MEI 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓