KLIK BANNER UTK JOIN
Siapakah
idola aku? Sebagai seorang muslim, semestinya Nabi Muhammad s.a.w merupakan idola bagi setiap umat Islam di dunia
ni. Merujuk kepada idola, ia merupakan ikon yg memberi aspirasi kepada
seseorang untuk menjadi atau berjaya seperti orang yang dijadikan idola itu.
Dalam konteks ini, idola yg aku pilih ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Beliau merupakan usahawan Melayu
yg telah berjaya dlm karier dan kehidupan.
Bagi
sesiapa yg belum mengenali beliau, mari kita lihat latar belakang profil beliau.
Haaa..dah
kenalkan? Maka, bolehlah jatuh cinta. Jatuh cinta pada keperibadiannya. Siapa
sangka dari kehidupan yg susah kita boleh bangkit menjadi orang yg berjaya di
dunia ini. Semuanya dgn usaha yg tinggi di samping tidak mengenal erti putus
asa. Sebab itu aku amat kagumi dgn semangat beliau. Dahulunya beliau pernah
hidup susah, di mana tinggal di rumah kayu yg tidak mempunyai katil, meja dan
kerusi. Keadaan ini mengajar dirinya utk terus bangun dan meningkatkan taraf
hidup keluarga.
Sebagai
org Melayu, bagiku beliau merupakan ikon utk menjadikan diriku bangkit drpd
kehidupanku yg sedia ada. Capailah impian dgn segala usaha terdaya. Jangan di
tunggu sehingga hari esok. Mulakan dgn sekarang. Even pergerakan begitu
perlahan. Transformasilah kehidupan menjadi lebih baik. Cuba mencari peluang yg
boleh membuka luas rezeki kita. Rebutlah peluang yg ada di depan mata. Jangan
terlalu banyak berfikir memikirkan risiko ini risiko itu. Jika tidak di cuba
kita tidak tahu. Dgn percubaan itu kita memperoleh pengalaman dan mengukuhkan
lagi kekentalan jiwa menghadapi cabaran hidup. Sepertimana cabaran dan dugaan
yg dihadapi oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, keadaan yg sukar tidak pernah mematahkan semangatnya utk terus berjuang.
Sikap beginilah yg harus kita ikuti.
Banyak
menerima kegagalan tidak bermakna diri kita akan gagal selama-lamanya. Contohi
sikap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary di
mana beliau seringkali menghadapi kegagalan dalam membuka perniagaan. Namun tidak
pernah merasai kegagalan itu mematikan perjuangan hidupnya dlm mencari rezeki.
Sikap yg suka mencuba dan berani mengambil risiko meletakkan dirinya pada
kedudukan baik di masa sekarang.
Bila
sudah berada di atas jangan di lupa mereka yg berada di bawah. Sikap Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yg
sentiasa merendah diri dan bermurah hati sebagai dermawan amat-amatlah dipuji.
Walaupun beliau sudah kaya dengan asset yg bernilai billion ringgit, namun
beliau tidak pernah lupa diri. Alhamdulillah, orang sebeginilah yg kita
dambakan sebagai ikon terulung.
Di
sebalik kegagalan dan kepayahan yg diharungi, akhirnya berjaya juga Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merasai
kemanisan usahanya. Alhamdulillah, banyak kejayaan yg telah beliau kecapi
sehingga ke hari ini. Semuanya dgn berkat sabar dan usaha yg konsisten. Mari
kita lihat syarikat-syarikat mega di bawah naungan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Antara
kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yg menyentuh jiwaku:
TAG:
TAMAT: 25 MEI 2013
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓