Sinopsis Akulah Balqis Episod Akhir

Sinopsis Akulah Balqis Episod Akhir (Episod ke 24) Drama TV3 Slot Akasia | Seri (Nabila Huda) masih terlantar sakit selepas mengalami kemalangan jalan raya. Sebelah badannya lumpuh. Dalam mengenang nasibnya itu, dia berasa sedih dan terlalu rindu akan anaknya Balqis (Puteri Balqis).

Sinopsis Akulah Balqis episod akhir (episod ke 24) drama TV3 Slot Akasia, gambar, pelakon, akhir cerita drama Akulah Balqis tamat, last episode, ending Akulah Balqis, episod kemuncak, komen drama Akulah Balqis TV3, biodata pelakon Akulah Balqis
Akulah Balqis Episod Akhir - episod 24

Selepas dia dan suaminya Yamin (Aeril Zafrel) dimasukkan ke pusat pemulihan, Balqis dijaga oleh orang lain. Namun selepas pembebasan mereka, sehingga saat itu mereka masih belum menemui Balqis. Hinggalah suatu ketika Balqis terserempak dengan ayahnya. Ayahnya memujuk Balqis untuk balik ke rumah, katanya ibu Balqis amat merinduinya.

Balqis serba salah kerana ketika itu emak angkatnya iaitu Milda (Nadia Brian) baru sahaja keguguran anak. Milda yang dahulu membencinya kini amat menyayanginya dan tidak mahu berpisah dengannya. Melihat situasi emak angkatnya, Balqis memutuskan untuk tinggal sebentar sehingga emak angkatnya itu kembali sihat sepenuhnya.

Mendengar luahan anaknya, Yamin berasa amat berat hati melepaskan Balqis kepada keluarga itu. Keluarga yang telah menyembunyikan anaknya. Akhirnya Yamin akur akan keputusan anaknya.

Semasa ingin mengimamkan solat, Adi (Nazim Othman) tidak dapat meneruskan bacaan solatnya. Dia menangis sepuasnya. Bersalah pada Yang Maha Esa kerana tidak pernah ingin ambil tahu mendalami ilmu agama. Apatah lagi belajar menunaikan solat. Milda dan Balqis menenangkannya. Mulai saat itu, Adi dan Milda belajar perihal agama dengan seorang tok guru. Mereka belajar solat, mengaji dan mendalami ilmu agama.

Suatu hari, Milda terdengar perbualan telefon antara Balqis dan ayah kandungnya. Baru Milda sedar betapa dia dan suaminya begitu mementingkan diri. Balqis seorang kanak-kanak yang baik dan bertimbang rasa. Sanggup mengetepikan keutamaan dirinya demi berada di sisinya yang masih dalam berpantang selepas keguguran.

Milda meluahkan rasa bersalahnya terhadap suaminya kerana menghalang Balqis berjumpa dengan ibu bapanya. Milda memujuk Adi untuk membawa Balqis berjumpa kedua orang tuanya. Malah Milda juga berterus-terang dan memberitahu kisah sebenar akan kehilangan bayi mereka. Milda memberitahu, mungkin itu balasan yang mereka terima atas perbuatan mereka. Adi turut merasa sedih.

Keesokannya, Milda dan Adi membawa Balqis ke suatu tempat. Balqis tertanya-tanya ke mana destinasi yang akan mereka pergi. Namun, Milda dan Adi mendiamkan sahaja. Mereka tiba di sebuah rumah, Balqis begitu terkejut dapat berjumpa dengan ibu kandungnya. Seri menangis teresak-esak sambil memeluk Balqis.

Sinopsis Akulah Balqis episod akhir (episod ke 24) drama TV3 Slot Akasia, gambar, pelakon, akhir cerita drama Akulah Balqis tamat, last episode, ending Akulah Balqis, episod kemuncak, komen drama Akulah Balqis TV3, biodata pelakon Akulah Balqis
Drama Akulah Balqis TV3 tamat

Seri berterima kasih kepada Adi dan Milda kerana memulangkan anak mereka. Dia begitu gembira dapat melihat anaknya kembali. Seri mengamanahkan Adi dan Milda untuk menjaga Balqis. Permintaan Seri itu membuatkan Balqis terkejut!

Seri menerangkan keadaan mereka yang serba daif, miskin akan menyukarkan Balqis melalui kehidupan. Ditambah lagi dirinya yang lumpuh, tidak mampu menjaga Balqis, apatah lagi menguruskan dirinya. Seri memberitahu kepada Balqis bahawa dia kini mempunyai 2 orang ibu dan 2 orang ayah. Balqis menitiskan air mata, terharu melihat ibunya. Adi dan Milda berterima kasih atas ketulusan hati Seri.

Balqis kini tinggal bersama Adi dan Milda. Dia begitu bahagia mempunyai 2 keluarga. Ada kalanya dia akan balik ke rumah menjenguk ibunya. Selepas beberapa bulan, Milda yang sedang sarat mengandung bakal menimang cahaya matanya. Dengan kehadiran Balqis sebagai penyeri hidup mereka, mereka rasa bersyukur kerana Balqis lah yang menyatukan hubungan mereka. Adi dan Milda akhirnya menimang seorang bayi lelaki. –Tamat-

Pelakon Drama Akulah Balqis TV3
Puteri Balqis sebagai Balqis
Nabila Huda sebagai Seri
Aeril Zafrel sebagai Yamin
Nazim Othman sebagai Adi
 Nadia Brian sebagai Milda
Kamal Kamarudin sebagai Zali 

Gambar Drama Akulah Balqis Episod Akhir 
Sinopsis Akulah Balqis episod akhir (episod ke 24) drama TV3 Slot Akasia, gambar, pelakon, akhir cerita drama Akulah Balqis tamat, last episode, ending Akulah Balqis, episod kemuncak, komen drama Akulah Balqis TV3, biodata pelakon Akulah Balqis

Komen Selepas Menonton Drama Akulah Balqis TV3
Ada kalanya rasa geram jugak tengok si Milda dan Adi ni, suka hati dia je nak sorokkan anak orang lain. Si Balqis pulak, macam orang yang dah matang. Eh ada ke budak sekecik macam Balqis ni berfikiran mature macam tu. Tetttt! Entah la..

Drama Akulah Balqis Slot Akasia
Tarikh episod akhir Akulah Balqis disiarkan: 29 Disember 2015
Akulah Balqis episod akhir – episod 24
Hari: Selasa
Jam: 7.00 petang
Saluran: TV3

Biodata pelakon drama Akulah Balqis TV3:
Biodata Puteri Balqis – watak Balqis
Biodata Aeril Zafrel – watak Yamin (ayah Balqis)
Biodata Nabila Huda – watak Seri (ibu Balqis)
Biodata Nazim Othman – watak Adi (suami kepada Milda)
Biodata Nadia Brian  – watak Milda (isteri kepada Adi)

Info lanjut:
Tamat dah drama AKULAH BALQIS, drama terbaru pula menyusul berjudul Cinta Si Wedding Planner TV3. SELAMAT MENONTON! 

3 comments

Ehh bukan dah tamat ke citer ni hari selasa?

aah drama akulah balqis ni dah tamat hari selasa. ada dinyatakan tarikh tamat drama ni disiarkan kat atas. suka tengok drama ni. best!

cerita ni sedih...nak2 last episod :(


EmoticonEmoticon