Selamba Buang Sampah Ke Dalam Sungai

Selamba Buang Sampah Ke Dalam Sungai | Masa on the way ke Sibu melalui Jalan Selangau, aku tertengok seorang lelaki membuang 1 plastik hitam sampah besar ke dalam sungai. Reaksi aku pada awalnya terkejut! Terkejut melihat caranya yang selamba melempar bungkusan sampah ke sungai tanpa rasa bersalah, tanpa rasa ragu-ragu.

kesan buang sampah sarap ke dalam sungai, sebab tidak boleh buang sampah di sungai
Buang sampah sarap ke dalam sungai

Tetibe aku rasa sakit hati. Melihat kemalasannya nak buang sampah tu kat tong yang disediakan. Ambik senang, buang je segala-galanya kat sungai. Kononnya ikan-ikan tu nanti telan dan lenyapkan sampah yang dia buang tadi. Dasar tak ada kesedaran sivik. Nak kata dia tak larat jalan kaki ke tempat tong sampah macam tak logik. Usianya masih muda. Masih kuat.
  
kesan buang sampah sarap ke dalam sungai, sebab tidak boleh buang sampah di sungai
Kesan akibat membuang sampah ke dalam sungai. Sungai penuh dengan bungkusan plastik sampah!
Kredit foto buang sampah sarap ke dalam sungai 1 & 2

Kat sekolah kita dah dididik jangan membuang sampah merata-rata, jangan buang sampah ke dalam sungai. Apatah lagi kat rumah, try la buang sampah bawah kerusi, bawah meja, kejap lagi kena cubit. Bila dah besar panjang, harusnya kesedaran dalam diri tu ada. Aplikasikan apa yang kita belajar kat sekolah dalam kehidupan seharian kita.

Tin minuman, tisu, plastik gula-gula pun akan aku kumpul dalam satu plastik, bila berhenti kat mana-mana baru buang ke dalam tong sampah. Tak kisah la tong sampah kedai ke, tong sampah petronas, tong sampah shell, tong sampah R&R, jangan buang sampah menerusi tingkap kereta yang pastinya sikap sebegini menjadi punca mengapa banyaknya sampah sarap sepanjang jalan raya. 

8 comments

Assalammualaikum... yumida,

naper dia orang ambil sambil lewa dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Membuang sampah sesuka hati.. tak patut.

mselim3

Sibu Sarawak kan?? Pergghhhhh pengotor gile.

eii..sampai penuh macam ni..tak sangka ada lagi tempat macam ni kat malaysia..

wsalam, sikap pengotor dan pemalas macam ni mencemarkan alam dan sungai

ya sibu tu terletak di sarawak. yang gambar sampah sarap tu di ambil dari gambar google, bukan situasi kat sibu tu. gambar tu gambaran kesan jika sikap membuang sampah ke dalam sungai tak ditangani dan berlaku berterusan. ya membuang sampah sesuka hati adalah sikap orang yg pengotor

geli kan tengok sampah bertimbun macam tu kat sungai


EmoticonEmoticon