Sinopsis Klon Episod Akhir

Sinopsis Klon Episod Akhir (Episod ke 15) Drama TV2 Galeri Famili | Kehebatan cermin sakti yang boleh mengklon macam-macam benda kini tersebar! Sehinggakan ada yang merancang ingin mencuri cermin sakti itu. 

Sinopsis Klon episod akhir (episod ke 15) drama TV2 Galeri Famili, gambar, pelakon, akhir cerita drama Klon tv2 tamat, last episode, ending Klon TV2, episod kemuncak
Sinopsis Klon TV2  Episod Akhir

Izwan (Izzy Zulkhazreef) bersama dua lagi sahabatnya iaitu Mei Ling (Shaddai Foo) dan Raju (Safreen Azeem) mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menyembunyikan cermin itu daripada pengetahuan orang ramai.

Mereka mendapat idea! Mengklon cermin sakti tersebut. Cermin klon akan dipegang oleh Izwan manakala cermin asli di simpan di rumah Mei Ling. Orang luar yang mengetahui berita cermin sakti itu membuat persiapan mendapatkan cermin itu.

Sekumpulan pelajar sekolah membuat perkhidmatan pembersihan rumah. Sasaran mereka rumah Mei Ling. Kebetulan hanya bapa Mei Ling sahaja yang ada di rumah. Bapa Mei Ling terus bersetuju sebaik sahaja mereka menawarkan pembersihan rumah secara percuma!

Ketika ketiadaan bapa Mei Ling, mereka menggeledah almari, meja, perabot di rumah Mei Ling. Rupa-rupanya mereka merupakan pencuri cermin sakti. Mereka berjaya menemui cermin sakti tersebut lantas ditunjukkan kepada abang Izwan iaitu Farish (Reza Hasbi). Farish kagum dengan keajaiban cermin tersebut yang boleh mengklon wang kertas!

Orang lain yang melihat kehebatan cermin sakti itu mula cemburu lalu dia nekad melarikan cermin itu dari mereka. Aktiviti pengejaran mula bermula. Ketika Farish ingin merampas cermin itu, dia terjatuh lalu kakinya terseliuh. Izwan datang membantu abangnya. Pada awalnya Farish menolak kasar bantuan Izwan, namun melihat kecederaan kakinya dia terpaksa menerima bantuan Izwan.

Hati Farish tersentuh bila melihat ketulusan hati adiknya. Walaupun dia sering membuli Izwan, namun Izwan tetap berada di sisinya. Farish dengan nada kesal memohon maaf pada adiknya. Izwan menerima permohonan maaf abangnya dengan hati terbuka. Kini mereka bersahabat baik, saling bergurau-senda. Malah abangnya juga guru pengajar bola sepak pasukan mereka.

Mak Izwan iaitu Puan Azza (Azzarima) dan ayahnya iaitu Idham (Zul Yahya) gembira melihat kedua-dua anaknya menjalinkan hubungan akrab. Puan Azza tidak lagi garang walaupun dirinya merupakan ajk persatuan ibu bapa garang (PIBG) :)

Raju memutuskan biarlah dia sahaja yang menyimpan cermin sakti itu. Izwan dan Mei Ling bersetuju. Cermin sakti diserahkan kepada Raju. Keesokan harinya, Raju menghebahkan bahawa cermin tersebut sudah tidak ada lagi di tempatnya! Cermin itu telah dibuang oleh orang tuanya! Mei Ling dan Izwan tercengang! Kempunan nak buat klon untuk kesekian kalinya. –tamat-

Pelakon Drama Klon TV2
Izwan – Izzy Zulkhazreef
Mei Ling – Shaddai Foo
Raju – Safreen Azeem
Azza – Azzarima
Idham – Zul Yahya
Farish – Reza Hasbi
Adam – Ahmad Fazli Masri
Daniel – Mohd Woozier Ali Hamzah
Aiman – Hafiz Ali
Cikgu Comel – Norsyuhaida Ab Razak

Gambar Drama Klon Episod Akhir 
Sinopsis Klon episod akhir (episod ke 15) drama TV2 Galeri Famili, gambar, pelakon, akhir cerita drama Klon tv2 tamat, last episode, ending Klon TV2, episod kemuncak
Gambar drama Klon TV2 

Drama Klon Galeri Famili
Tarikh episod akhir Klon disiarkan: 29 Disember 2015 2015
Klon episod akhir – episod 15
Hari: Selasa
Jam: 1.00 petang
Saluran: TV2


EmoticonEmoticon