Drama Cinta Hati Abah TV3

Sinopsis Drama Samarinda Cinta Hati Abah TV3 | Cinta Hati Abah mengisahkan seorang ayah bernama Pak Salleh (Esma Daniel) yang begitu menyayangi anak perempuannya. Pak Salleh mempunyai 3 orang anak iaitu Intan (Zara Zya), Baizura (Nonny Nadirah) dan Zaharah (Nor Zara Sophia).

Sinopsis drama Cinta Hati Abah TV3, pelakon dan gambar drama Samarinda Cinta Hati Abah TV3, biodata pelakon drama Cinta Hati Abah TV3


Baizura pelajar tingkatan 5 yang juga pelajar cemerlang di sekolah. Baizura bakal menduduki peperiksaan SPM, ayahnya meletakkan harapan tinggi buat Baizura untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Baizura budak pandai dan merupakan gadis tercantik di kampung itu. Kecantikannya menjadi igauan anak orang kaya iaitu Marzuki (Afiq Muiz). Baizura sering dilihat bersama Marzuki. Hubungan mereka diketahui oleh makciknya yang bernama Maimon (Nor Albaniah). Maimon tidak menyukai Marzuki. Baginya, Marzuki tidak sepadan dengan Baizura. Tidak ada pendidikan, tidak mempunyai pekerjaan, juga tidak menghormati orang tua.

Baizura memberi amaran buat adiknya iaitu Intan (Zara Zya) agar tidak masuk campur urusan hidupnya. Walaupun Intan sering kali melihat Baizura keluar, dia sendiri tidak berani mengadu pada ayahnya. Baginya, Baizura seorang kakak yang garang. Sedikit sahaja kesilapannya pasti mendapat hukuman dari Baizura.

Maimon datang berjumpa emak Marzuki iaitu Cik Gayah (Laila Nasir) untuk memberi peringatan agar menjauhkan anak saudaranya. Cik Gayah tidak peduli amaran dari Maimon. Sebab dirinya juga suka jika Baizura menjadi menantunya. Malah dia berkali-kali mendesak Marzuki untuk memilih Baizura sebagai isterinya.

Baizura gadis miskin yang tiba-tiba sahaja dihujani dengan barang mewah, hadiah dari Marzuki menyebabkan dirinya semakin sayang pada lelaki itu. Malah dia gemar keluar dengan Marzuki menghabiskan masa dengan suka ria.

Suatu hari, adik bongsu Baizura iaitu Zaharah (Nor Zara Sophia) telah memasuki biliknya. Habis lipstick Baizura dikerjanya. Intan panik melihat Zaharah bermain barang kepunyaan kakaknya. Dia cepat-cepat membasuhkan mulut dan anak patung adiknya. Namun, hal itu diketahui juga oleh Baizura. Itu membuatkan dia berang dan ingin memukul adiknya. Intan melindungi Zaharah dari terkena pukul oleh Baizura.

Pak Salleh terkejut apabila keluarga Cik Gayah menghantar rombongan merisik untuk anaknya. Dia sendiri tidak mengetahui rupanya Baizura sudah mempunyai buah hati. Risikan itu ditolaknya dengan alasan Baizura masih lagi bersekolah. Ayah Marzuki iaitu Jalil (Razak Ahmad) merasa malu kerana isterinya kelihatan melampau dengan tindakannya.

Apa tidaknya, merisik untuk gadis yang masih lagi bersekolah menengah. Padahal anak mereka, si Marzuki itu bekerja pun tidak. Asyik berfoya-foya. Jalil menasihati isterinya namun Cik Gayah tidak mengendahkan. Dia tetap mahu bermenantukan Baizura.

Kontroversi hubungan Baizura dan Marzuki menjadi buah mulut orang kampung. Baizura ditangkap kahlwat dengan Marzuki! Pak Salleh begitu terkejut dengan berita itu. Maimon beranggapan itu semua kerja Cik Gayah yang menggunakan taktik kotor untuk mengahwinkan Baizura dengan anaknya.

Apakah Baizura dan Marzuki bakal dinikahkan? Bagaimana dengan pelajaran Baizura?Saksikan segalanya dalam Cinta Hati Abah di kaca tv anda.

Pelakon Drama Cinta Hati Abah TV3
Zara Zya sebagai Intan
Nonny Nadirah sebagai Baizura
Nor Zara Sophia sebagai Zaharah 
Esma Daniel sebagai Pak Salleh
Laila Nasir sebagai Cik gayah
Ben Amir sebagai Fikri 
Afiq Muiz
Nor Albaniah
 Razak Ahmad

Gambar Drama Cinta Hati Abah TV3
Sinopsis drama Cinta Hati Abah TV3, pelakon dan gambar drama Samarinda Cinta Hati Abah TV3, biodata pelakon drama Cinta Hati Abah TV3

Saksikan drama Samarinda Cinta Hati Abah
Drama terbaru akan datang
Hari: Rabu - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

Biodata pelakon drama Cinta Hati Abah TV3:
Biodata Zara Zya – watak Intan
Biodata Ben Amir – watak Fikri


EmoticonEmoticon