Akulah Jutawan Pewaris Harta Kekayaan US$1.3 Juta

Aku kaya! Aku kaya!!! Hohoho..(gaya orang kaya gelak). Terima kasih kepada Zaiton yang baik hati ingin menjadikan aku pewaris harta sebanyak 1.3 juta dollar. Kalau darab dengan duit Malaysia, pastinya boleh beli banglo 3 bijik.

Katanya, dia dari HSBC New York. Eh eh, jauhnya.. penat-penat je emel kat kita yang duduk kat Malaysia ni. Orang New York tak nak ke harta sebanyak tu. Ker aku insan terpilih. Bestnya kalau aku betul-betul jadi kaya raya, nak jugak wajah aku terpampang kat carta orang terkaya. Macam mereka ni: SENARAI 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA

scam internet, transfer duit juta ringgit, jutawan, orang terkaya, penipuan dunia maya, emel scam

Kandungan emel tersebut:
Salam dan selamat sejahtera, saya Zaiton dari HSBC New York disini saya ingin meminta kerjasama dan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tidak ada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2001.

Untuk pengetahuan anda saya dapat maklumat ini semasa melakukan audit dalaman beberapa minggu yang lepas. Ternyata pemegang akaun ini tidak meninggalkan pewaris setelah kematiannya pada 2001 kerana kemalangan kapal terbang dan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Jika anda bersetuju untuk bekerjasama, saya akan bantu anda bersama peguam saya disini untuk menjadikan anda pewaris. Anda perlu maklumkan pada saya segera kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut segera.

Saya akan maklumkan pada anda langkah selanjutnya jika anda benar-benar berminat untuk bekerjasama dalam urusan ini. Sila balas segera ke email peribadi saya di (zaitonmbi@yahoo.com) kerana email ini tidak terima reply.

Cenggitu la kisahnya. Baik hati benar nak bagi duit 1.3 juta dollar kat orang. Eh ahli keluarga or sanak saudara cik/puan Zaiton sendiri tak mahu ke? Duit tu weh! Juta-jutaan! Tapi tak apalah, terima kasih je la. Saya lebih suka hidup secara sederhana je. Alhamdulillah, mensyukuri nikmat dengan apa yang ada sekarang.

Buat kengkawan semua, berhati-hatilah bila menerima emel sebegini. Emel sebegini biasanya berunsurkan penipuan (scam). Jangan dilayan. Jangan berikan butiran peribadi kita terutamanya nombor bank. Bahaya dedahkan maklumat peribadi kita pada mereka sebegini. 

1 comments so far

tak tahu la nak kata apa..huu dia ingat kita tak berapa cerdik ke apa la hahah


EmoticonEmoticon