Cinta Jannah Episod Akhir

Sinopsis Cinta Jannah Episod Akhir (Episod ke 24) Drama TV3 Slot Azalea | Damia (Ramona Zam Zam) datang menemui Jannah (Nelydia Senrose). Damia meminta maaf atas segala perbuatannya terhadap Jannah. Damia menyesal atas tindakannya suatu ketika dahulu.

Sinopsis Cinta Jannah episod akhir (episod ke 24) drama TV3 Slot Azalea, Cinta Jannah episod akhir, sinopsis episod terakhir Cinta Jannah, gambar, pelakon, drama Cinta Jannah tamat, last episode, ending Cinta Jannah, episod kemuncak, biodata pelakon Cinta Jannah TV3
Cinta Jannah episod akhir hari ni 18 November 2015

Damia meminta agar Jannah kembali kepada suaminya Izaryl (Aeril Zafrel). Izaryl telah lama menunggu kepulangan Jannah di sisinya. Izaryl terseksa selepas pemergian Jannah. Damia merayu agar Jannah memulihkan kembali hubungannya dengan Izaryl.

Jannah tidak mampu berkata apa-apa. Hanya air mata yang deras mengalir keluar. Jannah enggan bertemu Izaryl semula kerana telah meninggalkannya terlalu lama. Ibu mertua Jannah iaitu Tengku Zareena (Dian P Ramlee) turut sama meminta maaf kepada Jannah. Dia akui dia telah banyak menyusahkan menantunya dan penjadi penghalang hubungan perkahwinan anaknya.

Kini dia hanya berkerusi roda. Anggota badannya telah lumpuh. Tengku Zareena yang dulunya sombong, angkuh, hanya mahu bermenantukan anak orang kaya kini telah sedar dan insaf. Tengku Zareena terjatuh ketika ingin mengejar Jannah yang ingin berlalu pergi dari situ. Tengku Zareena merayu agar Jannah kembali pada anaknya semula.

Izaryl menadah tangan berdoa kepadaNya agar dipertemukan semula dia dan isterinya. Siapa sangka, doanya dimakbulkan tuhan dalam sekelip mata. Damia menolak kerusi roda Tengku Zareena. Kedatangan mereka berdua menimbulkan tanda tanya Izaryl ke mana perginya mereka sepanjang hari itu. Tengku Zareena mengukir senyuman. Damia menjelaskan mereka ada membawakan 2 orang tetamu.

Wajah Jannah muncul di hadapan pintu. Izaryl terkejut melihat orang yang disayanginya kini betul-betul ada di hadapannya. Jannah memohon maaf kepada suaminya kerana telah meninggalkannya dahulu.

Izaryl menjelaskan dia telah lama memaafkan Jannah dan merasa begitu bahagia melihat kepulangan Jannah. Jannah memperkenalkan anak perempuan mereka.

Jannah mengucapkan terima kasih kepada Damia kerana telah menyatukan mereka sekeluarga. Damia meminta agar Jannah berada di sisi Izaryl selamanya. Malah Damia juga menjelaskan hubungan dia dengan Izaryl telah lama berakhir. Hanya Jannah sahaja jodoh untuk Izaryl. Damia juga memberitahu dirinya telah menjadi sebahagian keluarga Izaryl selepas keluarganya membuang dirinya akibat mengandungkan anak luar nikah.

 Jannah dan Izaryl membina semula kehidupan baru mereka. Mereka sekeluarga hidup gembira dan bahagia. Begitu juga ibu mertuanya Tengku Zareena. – Tamat -

Sinopsis Cinta Jannah episod akhir (episod ke 24) drama TV3 Slot Azalea, Cinta Jannah episod akhir, sinopsis episod terakhir Cinta Jannah, gambar, pelakon, drama Cinta Jannah tamat, last episode, ending Cinta Jannah, episod kemuncak, biodata pelakon Cinta Jannah TV3
Cinta Jannah episod akhir di TV3

Pelakon Drama Cinta Jannah TV3
Aeril Zafrel – Izaryl
Nelydia Senrose – Jannah
Ramona Zam Zam – Damia
Reen Rahim – Balqish
Fattah Amin – Hakim
Shaharudin Tamby – Abdullah
Ezany Nizariff – Suffian
Dian P Ramlee – Tengku Zareena
Fadilah Mansor – Sumaiyyah
Watie Sadali – Tini
Aleza Shahdan – Datin Marina
Qazem Nor - Razlan

Gambar Drama Cinta Jannah Episod Akhir
Sinopsis Cinta Jannah episod akhir (episod ke 24) drama TV3 Slot Azalea, Cinta Jannah episod akhir, sinopsis episod terakhir Cinta Jannah, gambar, pelakon, drama Cinta Jannah tamat, last episode, ending Cinta Jannah, episod kemuncak, biodata pelakon Cinta Jannah TV3
Drama Cinta Jannah di TV3 lakonan Aeril Zafrel dan Nelydia Senrose

Saksikan drama Cinta Jannah Slot Azalea
Tarikh episod akhir Cinta Jannah disiarkan: 18 November 2015
Cinta Jannah episod akhir – episod 24
Hari: Rabu
Jam: 4.00 – 5.00 petang
Saluran: TV3

Info:

Biodata pelakon drama Cinta Jannah TV3:
Biodata Aeril Zafrel – watak Izaryl
Biodata Fattah Amin – watak Hakim
Rbiodata Reen Rahim – watak Balqish
Biodata Nelydia Senrose – watak Jannah
Biodata Ramona Zamzam – watak Damia
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓